Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, November 25, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur


Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama rakan blogger yang lain di Mont Kiara. Haaa.. Kalau korang pergi Mont Kiara mesti tercari-cari tempat makan best di kawasan situ. Haha terutamanya bagi pelajar macam syima yang suka lepak-lepak sambil menikmati makanan yang enak lagi melazatkan. Syima cadangkan korang cuba "lepak sambil makan" di Pretz n' Beanz Mont Kiara Kuala Lumpur. Sebab apa eh? haha baca blog syima sampai habis baru korang tahu kenapa. Tambahan pula, ada promosi di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur sempena Krismas yang bakal tiba. Wahhh memang best la makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur.

Friday, November 11, 2016

Asvie Skincare Merawat Kulit Secara Semula Jadi


Assalamualaikum semua, hari ni syima nak share sedikit mengenai produk skincare yang 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu daripada hasil tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Hehe syima ni kalau bab mencuba memang nombor 1. Setelah 3 hari memakainya nampak perubahan pada wajah syima.

Sunday, November 6, 2016

Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ | Makanan Steamboat Dan Grill Terbaik Di Shah Alam


Assalamualaikum semua, Kali ni syima nak review makanan lain dari yang lain iaitu steamboat dan grill. Makanan yang ada steamboat dan grill hanya terdapat di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Ia juga menjadi keistimewaan buat Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Namanya juga tidak asing lagi di Shah Alam dan sering mempunyai ramai pengunjung.

Tuesday, November 1, 2016

Ephyra Collagen Menyerlahkan Lagi Kecantikkan Wanita



Assalamualaikum semua, ramai di antara kita yang umurnya muda tapi wajahnya tidak melambangkan umurnya yang sebenar dan salah seorangnya ialah syima. Sejak syima di bangku sekolah lagi orang mesti akan cakap muka syima Nampak “Matured” dan itulah yang syima sentiasa dengar. Ada yang cakap salah satu faktor terjadinya begitu (muka nampak lebih tua daripada umur) adalah disebabkan kurangnya collagen di dalam badan. Jadi, apa itu collagen? Pentingkah collagen kepada badan? Malah, kenapakah syima memilih Ephyra Collagen untuk dicuba? Banyak persoalan mengenai collagen yang boleh kita rungkaikan.

Monday, October 24, 2016

Penyakit Glaukoma Boleh Membutakan Mata

"No Wonder It's Called The Silent Thief Of Sight"


Assalamualaikum semua, daripada ayat di atas adalah berkaitan dengan penyakit yang kita akan bincangkan iaitu penyakit glaukoma. Ia tidak mendatangkan kesakitan serta tiada symptom sehinggalah penglihatan semakin kabur dan lama-kelamaan boleh membutakan mata tanpa kita sedari. Jadi, sebelum kita tahu lebih lanjut mengenai glaukoma. Korang kena tahu apa itu glaukoma?

Saturday, October 22, 2016

Awas! Bagi Si Pemakai “Contact Lens”


Assalamualaikum semua, syima tengok sekarang ni ramai yang memakai “contact lens” atau nama lainnya adalah kanta lekap. Terutama yang berwarna-warni dan bercorak memang sangat berleluasa di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan satu dunia agaknya si pemakai kanta lekap. Tetapi tahukah anda, bahawa kanta lekap mengundang bahaya kepada mata. Malah, apakah risiko yang bakal di hadapi oleh si pemilik kanta lekap?


Monday, October 10, 2016

Berat Badan Turun 5KG Dalam Masa Beberapa Minggu | Killoss

Memori Pahit Yang Akan Di Ingati


Assalamualaikum semua, syima nak cerita sikit la mengenai ketidakpuasan hati ini. Walaupun sudah lama ia berlalu tetapi hakikatnya memori pahit tersebut masih lagi melekat di kotak memori syima. Kejadian ini berlaku dalam beberapa bulan lepas. Ketika itu syima demam dan memang rasa lemah je badan. Tetiba ada seorang rakan lelaki dalam kelas syima menegur “Syima, kau tak sihat ke? Asal aku tengok kau macam makin gemuk eh? ”. Perghh.. Ayat tersebut ibarat kau sedang memanah dan kena pada jantung. Sakit weyh kata-katanya. Lepas daripada tu,syima balik je bilik menangis gilla-gila sampai bengkak juga lah mata ni.


70.1 KG hmmmm..

Sunday, October 9, 2016

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan, resepi simple, mudah, senang, keju leleh, macarooni cheese

Assalamualaikum semua, Syima nak masak pasta iaitu macarooni tetapi syima terlupa pula nak beli Sos Carbonara atau Tomato jenama Prego. Maka, syima mencari ikhtiar untuk buat sos buatan sendiri. Tak salahkan mencuba sesuatu yang baru. Setelah selesai membuat Sos Putih tersebut, rasa sedap pula. Malah, keluarga syima pun cakap sedap. Okay lah syima kongsi resepi syima.

Tuesday, October 4, 2016

5 CERITA KOREA YANG BEST DAN WAJIB UNTUK DITONTON



1.  Doctors


Ia mengisahkan seorang gadis bernama Yoo Hye Jung dilakonkan oleh Park Shin Hye yang masih bersekolah dan kehidupan beliau penuh dengan liku-liku kehidupan. Beliau seorang yang mempunyai personaliti gangster dan “kaki pukul”. Belaiu juga dibuang oleh ayah kandungnya selepas kematian ibunya dan dijaga oleh neneknya. Tetapi kelakuannya berubah selepas berjumpa seorang lelaki bernama Hong Ji Hong dilakonkan oleh Kim Rae Won yang merupakan cikgu di sekolah barunya. Cikgunya banyak mengubah beliau daripada seorang loser ke seorang hero sehinggalah beliau menjadi doktor.
(Rating Syima : 5/5)

2. Descendent Of The Sun


Yoo  Si Jin yang dilakonkan oleh Song Joong Ki merupakan kapten dalam angkatan tentera Korea Selatan dan juga hero bagi cerita ni. Perkenalan Yoo Si Jin bersama Dr. Mo Yeon yang dilakonkan oleh Song Hye Kyo bermula di unit emergency di sebuah hospital. Detik perkenalan mereka berterusan sehinggalah Kapten Yoo Si Jin kena berkhidmat di luar Negara. Malah, Dr Mo Yeon yang juga heroin dalam cerita ni juga dihantar untuk berkhidmat sebagai doktor yang kebetulan sama tempat dengan Kapten Yoo Si Jin.
(Rating Syima : 4/5)

3.  Oh My Venus


Kim Young Ho dilakonkan oleh So Ji Sub adalah seorang “Personal Trainer” di Hollywood. Pertemuan beliau dengan seorang wanita berbadan besar bernama Kang Joo Eun yang dilakonkan oleh Shin Min Ah di dalam kapal terbang. Suatu ketika dahula ketika Kang Joo Eun bersekolah, beliau seorang yang cantik, kurus dan merupakan kegilaan ramai para jejaka sehingga di gelar “Daegu Venus”. Kehidupannya berubah selepas beliau menjadi peguam kerana beliau kini telah gemuk dan sentiasa dihina sehinggalah kekasihnya curang dengan rakannya. Pertemuan Kang Joo Eun bersama Kim Young Eun mengubah kehidupan wanita tersebut sehinggalah mereka berdua “terjatuh cinta” bersama. Bagi sesiapa nak kurus macam syima, boleh lah tengok cerita ni sebab ia sangat memotivasikan diri kita.
(Rating Syima : 5/5)

4. My Love From The Star


Ia mengisahkan mengenai alien berbentuk manusia yang bernama Do Min Joon yang dilakonkan oleh Kim Soo Hyun yang telah mendarat di bumi selama 400 tahun yang dulu. Beliau mempunyai keupayaan melihat, mendengar dan boleh bergerak dengan pantas. Sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang artis bernama Cheon Song Yi dilakonkan oleh Gianna Jun dan akhirnya mereka jatuh cinta bersama. Banyak liku-liku kehidupan ketika mereka bersama.
(Rating Syima : 4/5)

5. Birth Of Beauty


Ia adalah sebuah romantic komedi mengenai dendam, cinta dan kejaayan seornag wanita cantik yang mempunyai personality seperti seorang mak cik. Ia mengisahkan kisah seorang wanita yang beristeri dan berbadan besar. Beliau dicurang oleh suaminya, malah keluarga mertuanya selalu membulinya sehinggalah berlaku suatu kejadian yang tak diduga. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki bernama Han Tae Hee dilakonkan oleh Joo Sang Wook yang mengubah kehidupan wanita tersebut menjadi cantik dan menjadi kegilaan ramai. Semasa proses penukaran, secara tak sengaja membibitkan rasa cinta mereka.

(Rating Syima 5/5)

Sunday, September 18, 2016

Adakah Kita Mengamalkan Pemakanan Seimbang?

Assalamualaikum semua. Baru hari ni rasanya free nak menulis blog. Sekarang ni syima dah masuk posting dalam wad selama dua belas minggu, minggu ni adalah minggu kedua. Wad yang syima posting adalah wad mental. Best juga posting di wad mental, banyak pengalaman yang syima dapat dan kita boleh lihat pelbagai jenis perangai. So, dalam wad ni syima kena buat pamplet iaitu ceramah kesihatan kepada pesakit. Syima dapat tajuk pemakanan seimbang. Jadinya syima nak kongsikan sedikit sebanyak info mengenai pemakanan seimbang. Malah, persoalannya adakah kita mengamalkan pemakanan seimbang? Renung-renungkanlah hehe.

Apa Itu Pemakanan Seimbang ?

Monday, August 29, 2016

Mengatasi Ketiak Berbau Bersama Kleencaleett Dengan Cepat

Alamak Ketiak Berbau


Assalamualaikum semua, sekarang ni cuaca panas kan? Tambah pula dengan jerebu fuhhhh panas dia rasa lain macam sikit. Tadi syima balik je dari praktik terus pergi ke KL Sentral ambil barang dekat Pos Laju. Tudiaa rasa juga lah peluh satu badan. Bayangkan naik LRT dari Kerinchi ke  KL Sentral dengan berdirinya lepas itu redah pula orang ramai dekat KL Sentral. Aduhai, penatnya tambah pula dengan peluh memang buatkan syima rasa nak duduk sambil menghadap air-cond atau kipas je. Tapi apakan daya, redah juga lah kan. Balik je dari KL Sentral, baru syima sedar ketiak berbau. Aduhai malu pula rasanya. Ketiak berbau tambah dengan melekit lagi. Huhu tak selesa sangat.

Friday, August 19, 2016

Nak Kulit Cantik Tapi Menjimatkan

"Si Comel" | Assalamualaikum semua, Pagi tadi syima exam Gerontologi Dan Perawatan Kesihatan. Bila exam ni, mula lah "Si Comel" nak tumbuh kat muka. Hahaha jangan fikir bukan-bukan ya. "Si Comel" tu merujuk kepada eyebag, jerawat, blackhead dan whitehead. Biasa lah tu, bila stress tiba maka hormon jadi tak stabil sekaligus mengeluarkan "Si Comel" tersebut.

Sunday, August 14, 2016

Mengapakah Oppo Menjadi Pilihan Syima

Telefon Ku Rosak

Assalamualaikum semua. Syima nak story sikit, hari Sabtu hari tu, telefon bimbit Syima rosak. Nak dekat seminggu lah syima pinjam telefon kawan untuk kegunaan seperti telefon, mesej dan Whatsapp. Mula-mula telefon syima tu "hang" kemudian syima off dan hidupkan semula tapi ! Tak hidup-hidup. Memang nangis juga lah sebabnya ia adalah telefon kegemaran dan sangat diperlukan terutama bila ada tugasan yang memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Tambahan pula sekarang ni tempat belajar syima memang menggunakan I-Study. Apa-apa info pensyarah akan update dalam I-Study. Syima tengok I-Study dalam telefon sahaja tapi apabila telefon rosak. Menangis tak berlagu lah jawabnya.

Oppo Menjadi Pilihan


Sunday, August 7, 2016

Vitamin C Untuk Kecantikkan Luar Dan Dalam

Vitamin C | Sandoz


Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi jalan-jalan di Mid Valley, then syima masuk Guardian nak cari barang makeup sikit. Kemudian ada seorang promoter suruh syima rasa air vitamin C katanya.  Syima pun try lah, rasanya masam-masam sikit. Promoter tu pun suggest vitamin C jenama Sandoz kepada syima sebab masa tu memang syima tengah demam dan selsema. Masa tu pula vitamin C ni tengah diskaun daripada RM40 lebih ke RM32. Dalam tu ada 4 kotak, setiap kotak ada 10 biji. Satu biji vitamin C mempunyai 1000mg, bak kata promoter tu, orang dewasa seharusnya ambil 1000mg vitamin C setiap hari.

Friday, July 22, 2016

Bestnya Makan Di Owlery Cafe

Owlery Cafe | Dine & Grind




Assalamualaikum semua, dah lama tak update blog kerana sibuk dengan orientasi pelajar junior masuk hehe. Almaklum lah dah tahun ketiga sekarang. Tup tup tahun depan syima dah graduate.
Oklah, hari tu syima makan di suatu cafe. Cafenya yang simple, cantik dan banyak kemudahan memang menarik minat syima.

Friday, July 1, 2016

Atasi Masalah Mata Dengan iVita Cassia Leaf | Vitamin Untuk Mata

Mata Kering Akibat Pemakaian Kanta Lekap




Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima dah start pakai contact lens balik dan syima selalu pakai dari pagi sampai ke malam. Selalunya syima pakai contact lens bila nak keluar. Maklumlah nak bergaya punya pasal hahaha. Satu perkara yang syima hadapi setiap kali pakai contact lens adalah kekeringan mata. Malah, mata syima tu rasa tak selesa dan rasa macam nak letak air je dalam mata ni. Bukan syima je hadapi masalah macam ni, tapi kakak syima pun hadap masalah ni setiap kali pakai contact lens.

Syima terfikir, tak ada ke benda yang boleh mengurangkan kekeringan bawah mata ni. Kemudian syima diperkenalkan dengan iVita Cassia Leaf. Katanya bagus untuk mata dan dikenali sebagai vitamin mata.


Wednesday, June 29, 2016

Yeo's Kem Ramadhan 2016 | Ceria Ria Beramal Bersama Bintang



Assalamualaikum semua, 25 Jun (sabtu), syima pergi ke Dewan IM4U, Puchong bersempena Yeo's Kem Ramadhan 2016 Ceria Ria Beramal Bersama Bintang. Ada 6 orang Bintang iaitu Kaka Azraff, Shukri Yahaya, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan juga Faizdickie.

Tuesday, June 28, 2016

Makan Di Flora Kafe Rasa Macam Dekat Paris

Flora Kafe | Menceriakan Hari Mu



Assalamualaikum semua, Hari tu Syima berbuka puasa di AmpWalk iaitu Flora Kafe. Mula-mula masuk AmpWalk tu seakan-akan terpegun melihat suasana cafe yang cukup gah dengan hiasan bunga-bungaan yang warna-warni dan rasa macam dekat Paris. Kuala Lumpur tak asing lagi dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi kereta, rasa stress pun ado. Tapi bila korang datang ke cafe ni, rasa macam stress tu zappppp ! Hilang. Hahaha. Ni pertama kali syima tengok cafe yang cantik, ceria dan tenang gitu.

Friday, June 24, 2016

Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-Anak Yatim




Assalamualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru ni syima di izinkan oleh Allah untuk pergi ke Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS bersama anak-anak yatim daripada Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang (PERKAP)yang diadakan di Impian Golf & Resort Kajang.

Friday, June 17, 2016

Ephyra Skin Care Series Pelengkap Hidup Syima

Alhamdulillah Ada Ephyra Skin Care Series



Assalamualaikum semua. Setiap perempuan menginginkan kulit yang putih, bersih dan "feloles", begitu juga Syima. Jerawat. Satu perkataan yang tidak asing bagi semua perempuan dan tidak dapat lari darinya terutama bila bulan mengambang (period, datang haid). Bila nak keluar rumah je mesti letak bedak sebab nak tutup cela kat muka. Kadang-kadang tu cemburu juga tengok dekat Instagram, ada je perempuan yang cantik, feloles, putih, lawa. Dalam hati kata "Teringin nak muka macam mereka". Alhamdulillah sejak guna Ephyra Skin Care Series ni, kulit dah tak macam dulu. hehe. Perkataan "Teringin nak muka macam mereka" pun dah tak ada sebab dah dapat apa yang syima nak.

Tuesday, June 14, 2016

Skytrex Shah Alam Mencabar Fizikal Dan Emosi

Aktiviti Paling Mencabar Bagi Syima | Skytrex Shah Alam

Assalamualaikum semua. Korang Pernah dengar Skytrek? Pernah? Tak pernah? Best ke Skytrek ni?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?




Monday, June 6, 2016

Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan Ephyra.

Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda | Ephyra Skin Care Series


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Korang nak tahu? Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.

ephyra, ephyra skin care, Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan Ephyra, kulit cantik, kulit gebu, kulit sensitif, kulit licin, Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda | Ephyra Skin Care Series, ephyra, mahu muka , cantik? , lawa, gorgeous, malaysia, princess, puteri, molek, perempuan, malaya, malay pretty

Sunday, June 5, 2016

Photoshoot KBBA9 Bertemakan Hari Raya 2016

Photoshoot KBBA9



Assalamualaikum semua.. Pada 4 Jun 2016 (Sabtu), Kelab Blogger Ben Ashaari mengadakan telah “Photoshoot KBBA9” yang bertemakan ‘Hari Raya’. Sebelum tu, Syima nak mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat. Okaylah, balik kepada topik kita. Meriah dan best sangat Photoshoot KBBA9 ni, malah merapatkan hubungan silaturrahim. Ada yang Syima berkenalan melalui media sosial, tapi bila jumpa depan-depan macam dah kenal lama hehe.

Friday, June 3, 2016

Bagaimana Teknik Penyusuan Bayi Yang Betul?

Breast Feeding

Sumber Google

Assalamualaikum semua. Tajuk pada hari ini adalah "Penyusuan Bayi" atau lebih gemar dipanggil dengan gelaran "Breast Feeding". Tajuk ini adalah tajuk dalam pembelajaran syima iaitu "Pemberian Nasihat Kesihatan Kepada Ibu". Selalunya, kami pelajar jururawat akan beri nasihat kesihatan kepada ibu sebelum ibu bersalin dan selepas ibu bersalin. Kami juga sentiasa menggalakkan ibu untuk beri susunya kepada bayi. Malah, kalau korang nak tahu ada beberapa buah hospital yang menerapkan "Hospital Rakan Bayi" termasuklah tempat syima belajar iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Thursday, June 2, 2016

Beauty Sweet Fibre Mencantikkan Wanita Luaran Dan Dalaman

Nak Kurus ! | Beauty Sweet Fibre

Assalamualaikum semua. Wahh Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, kemudian didatangi dengan Syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Korang tak nak ke “Badan Raya”? Maksud badan raya tu lansing, anggun dan cantik gitu. Confirm nak kan? Hahaha Syima pun nakk ! Siapa yang tak nak kan?

Okaylah sebelum tu Syima nak share sikit pengalaman Syima sendiri. Syima dah try banyak produk untuk kurus tau yang Syima beli di Toko Jamu, Guardian, Watson, semuanya macam tak kena dengan Syima. Malah, semuanya mendatangkan cirit-birit kepada Syima. Lepas dah cirit-birit, sudah semestinya Syima termakan banyak kan? Tambahan pula dari sekolah sampai ke Universiti, orang ejek Syima “Gemuk”. Pedih woahh ! Ayat tu. Ibarat dihiris-hirisnya hati ni dengan sebilah samurai yang tajam gitu.


Kali ni Syima nekad, nak kurus ! Syima nak cuba produk daripada Beauty Sweet Global iaitu Beauty Sweet Fibre. 

 


Sunday, May 29, 2016

Jom Hidup Sihat Bersama LivingWell Dan LivingFood

LivingWell | LivingFood

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat? Sudah berapa banyak kempen yang telah dijalankan, tetapi tiada kesan dan perubahan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung meningkat jumlah pesakitnya saban hari. Adakah faktor yang utama untuk hidup sihat??

Monday, April 25, 2016

Rizq Design Hasilkan Jubah Modern Bagi Para Jejaka

Jubah Lelaki Moden | Rizq Design


Assalamualaikum semua. Hari Raya lagi 3 bulan je. Korang dah cari baju untuk raya? Masa raya adalah kelebihan bagi kaum wanita kerana memiliki pelbagai jenis koleksi dan warna untuk dipakai. Tetapi, bagi kaum lelaki, agak sukar untuk mencari koleksi-koleksi pakaian yang selesa dan trendy untuk dipakai pada Hari Raya nanti. Setiap tahun, mesti “Baju Melayu” kan? Haaaa mesti dah bosan kan? Hehe apa kata tahun ni korang para jejaka yang tampan lagi segak bergaya dengan menggunakan jubah atau kurta.Haaaa.. itu trend terbaru tau. Bukan setakat mengikut trend malah selesa untuk dipakai. Okay lah kembali kepada topik utama kita.


Korang pernah dengar jenama daripada Rizq Design? Alaaa, yang famous dekat dalam Instagram, Facebook dan media social yang lain tu. Haaa, kalau korang nak tahu, Rizq Design ni membuat design khas untuk para jejaka iaitu Jubah dan Kurta. Pengasas Rizq Design adalah oleh Fazreen Rafi. Seorang pelakon yang mencipta nama di industry seni tanah air dan pertama kali syima tengok beliau berlakon adalah dalam drama “Spa Qistina atau Spa Q”. Cerita tersebut memang hangat ketika itu.


Disebalik nama Rizq Design adalah sempena nama anak beliau iaitu Rizqeen Humaira, Rizqin Qayyum dan Rizqin Nuwais. Anak beliau semua comel-comel hehe. Rizqy Design juga telah beroperasi selama 3 tahun dan sudah mempunyai butik kilang. Malah, Rizqy Design mempunyai pelbagai jenis koleksi jubah, kurta, warna dan saiz. Saiz yang tersedia adalah dari saiz S ke XXL. Kalau korang nak tahu, material yang digunakan adalah tahan lasak dan tidak mudah panas. Al maklumlah sekarang kan musim panas, jadi mesti korang nak kain yang tidak panas kan?

Wow ! Open Day Rizq Design


Rizq Design akan mengadakan Open Day di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Haaaaa.. bagi korang yang nak cari duit poket atau duit sampingan, korang boleh jadi agen/dropship bagi Rizq Design (Jubah Lelaki Moden). Yang bestnya Open Day ini adalah, korang boleh lihat sendiri dan merasai koleksi jubah dan kurta Rizq Design. Hehe mesti korang tertanya-tanya bila Open Day akan diadakan? Ia diadakan pada 30 April 2016 dan 1 Mei 2016. Pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. So, boleh la korang merasai pakaian Rizq Design dari pagi sampai malam, hehe gurau je. Bagi agen/dropship boleh mula membuat pre-order pada 30 April 2016 dan pada 1 Jun 2016 stok Rizq Design akan dipasarkan. Wow ! ada berita baik bagi agen/dropship Rizq Design adalah korang boleh dapat kadar keuntungan sebanyak 20% sehingga 50% !!! Wah-wah memang terbaik lah ! Apa lagi korang tunggu, cepat-cepatlah jadi agen/dropship Rizq Design kerana ia adalah terhad.


Special Project Rizq Design


Korang kenal Hafidz Roshdi? Ala.. Pelakon yang popular dengan drama “Tundukkan Playboy Itu”. Kali ini Rizq Design mengadakan kolaborasi istimewa bersama pelakon tersebut. Ternyata sungguh kacak, segak dan tampan ketika Hafidz Roshdi menggayakan jubah dari Rizq Design. Hahaha mesti gadis-gadis, cewek, dan wanita di luar sana tergoda dengan Hafidz Roshdi termasuklah syima. Errr hahaha.

Harga Jualan !

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa harga bagi satu jubah atau kurta. Bak kata syima “Don’t worry, Be happy”, harganya semua berpatutan dengan kualiti pakaiannya tau. Kebanyakkan koleksi jubah dan kurta moden adalah dalam lingkungan RM109 sehingga RM229. Kalau bagi syima la kan, baik korang beli dah siap dari Rizq Design daripada korang nak beli kain dan tempah jahit dekat orang. Jimat masa dan tenaga tau. Hehe. Untuk pengetahuan korang, Rizq Design mempunyai 3 koleksi jubah yang hebat dan 1 koleksi kurta. Menariknya koleksi ini kerana mempunyai 10 pilihan warna bagi setiap koleksi.


Koleksi Jubah Terbaharu Yang Unik Dari Rizq Design 

Korang nak tahu, ni pertama kali syima lihat jubah yang unik dan menarik untuk dipakai pada hari raya. Yang menariknya jubah ini adalah, ia mirip-mirip dengan pakaian kungfu. Kalau pakai jubah boleh berkungfu, ia bermakna material dan kualitinya terbaik. Tahan lasak dan mempunyai pelbagai warna. 

      



Jualan akan bermula 1 Jun 2016. Maka, moh lerr ramai-ramai, kita beli jubah dan kurta daripada Rizq Design. Siapa cepat, dia dapat.


 
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Boleh Layari :



Atau


Atau

Mesej/ Whatsapp : 011 2152 4939

Atau



Lihat lah Kelab Blogger Ben Ashaari pun support Rizq Design



Tuesday, April 12, 2016

We Run KL 2016 | NIKE Malaysia 21K

Larian Nike Run Kl 2016


Assalamualaikum semua, pada 10 April 2016, Ahad. Ketika semua tengah nyenyak tidur dan berdengkur haha kami "student nurse" bangun pukul 1 pagi untuk pergi ke Nu Sentral. Tudiaaaa.. First time kerja memalam gini ketika semua tengah tidur. Ini adalah pengalaman yang amat berharga dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 

Saturday, April 2, 2016

Dark Circle Concealer Correcteur | NYX

Bagaimana nak tutup lingkaran hitam bawah mata ???

Assalamualaikum, hari ini syima nak story tentang lingkaran hitam bawah mata. Pastinya ramai yang mal tutup lingkaran bawah mata haha termasuk lah syima. Ada yang cakap syima macam panda erm ermm. hahaha. Tapi tu dulu lah. Sekarang ni ada yang tanya syima lingkaran hitam bawah mata syima makin berkurangan. Macam mana syima hilangkan nya. Apa yang syima lakukan untuk hilangkan, dan macam-macam lagi lah.

Friday, March 25, 2016

Monday, March 21, 2016

Jom Cuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum semua, Okay lah syima nak tanya, siapa yang ada bintik-bintik hitam, jeragat mahu pun jerawat? Lepas itu, kulit korang macam tak sekata atau kulit kusam? Malah, korang ada lebam bawah mata? Syima yakin mesti ramai yang hadapi semua masalah yang syima tanya kan tadi. Syima sendiri pun mempunyai masalah tersebut, terutama bahagian bawah mata. Hohoho macam panda dah syima tengok. Mustahil lah ada perempuan yang tidak hadapi itu semua kerana itu adalah “natural process” bagi kaum perempuan. Cuma cara kita kawal dan hadapi itu semua.

Friday, March 18, 2016

Jom KetchUp ! 5 Café Dalam 1 Hari

KetchUp | The Food Hunter


Assalamualaikum semua, minggu lepas kan korang ada tengok banyak jenis makanan dan café yang syima pergi dalam instagram dan facebook syima. Ramai juga tanya kemana syima pergi? Apa yang syima lakukan? Malah, ada yang tanya, apa itu KetchUp? Sebabkan syima hashtag #KetchUp kan. Lepas tu ada pula rakan yang lain buat lawak cakap KetchUp tu “sos tomato ke?”. Hahaha

Saturday, February 20, 2016

Cendol Pulut Terbaik Yang Anda Wajib Cuba

CEN Cendol Pulut Jeniang | Kedah

Assalamualaikum semua. Apa habaq semua? hehe minggu ni dah seminggu syima posting dalam ward. Ada lagi 11 minggu weyh. Ayoyo. Minggu ni syima masuk wad postnatal. Postnatal tu yang lepas bersalin tu. Alhamdulillah syima dapatlah mandi kan bayi dan banyak lagi perkara syima buat. Memang comel-comel lah baby dalam wad. Rasa macam nak cium je haha ( tapi tak cium pun sebab anak orang kan). Nanti ada masa syima story lagi kay. hehe

Wednesday, February 17, 2016

Jom Makan Tanpa Masak Dan Tanpa Pergi Ke Kedai | Shogun2U

Jom Makan Tanpa Masak Dan Tanpa Pergi Ke Kedai | Shogun2U


Assalamualaiku. Bunyi tajuk di atas macam pelik je kan? Haaaa.. Korang mesti lapar kan? Tapi malas nak masak atau malas nak pergi kedai. Syima pun macam tu juga hehe. Maklum lah duduk asrama, tak boleh masak dalam asrama dan kedai makan pula jauh. So, kalau boleh nak duduk dalam bilik je. Duduk dalam bilik dan tunggu makanan sampai depan mata.

Thursday, February 11, 2016

Misteri Terungkai Dengan Jus Annona | Untuk Kesihatan Wanita

Rahsia Kejelitaan dan Kesihatan Buat Para Wanita | Jus Annona


Assalamualaikum semua. Kita semua tahu, wanita yang masuk awal 20an ke atas akan mengalami masalah wanita seperti migrain, sukar membuang air besar, stress, period tidak teratur, kulit nampak tua dari usia. Hmm.. sebenarnya syima pun menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula, sekarang syima belajar di kolej dalam kawasan Kuala Lumpur pula tu. Bayang kan, syima kena hadapi peperiksaan dan posting di ward. Lepas tu kalau nak keluar jalan-jalan (kononya nak hilangkan stress) kena hadapi jem dan orang yang ramai di pusat membeli-belah. Tapi semua tu membuatkan kita lagi stress.

Monday, February 8, 2016

Overstepped Cafe | Cafe Hipster Kedah

Overstepped Cafe | Cafe Hipster Kedah


Assalamualaikum. Baru-baru ni syima pergi Kedah sebab melawat kakak syima yang menetap di sana. Maka, bila sampai ke negeri orang, tak sah lau tak rasa makanannya. Hahaha well "Food Hunting" begin bak kata orang putih. 


Friday, February 5, 2016

Merawat Kanser Dengan Jus Annona

Merawat Kanser Dengan Buah Durian Belanda | Jus Annona


Assalamualaikum semua. Hari ini syima nak share sikit pasal kanser. Percaya atau tidak pesakit kanser semakin meningkat dari hari ke hari. Banyak artikel (Metro , Berita Harian )yang menunjukkan peningkatan kanser di Malaysia. Ok lah syima tak nak cerita panjang mengenai apa itu kanser, jenis kanser dan sebagainya. Korang boleh baca dalam info kesihatan .


Sumber Google

Wednesday, February 3, 2016

Kekal Sihat Dengan Jus Annona

Sakit ?? Chill lah Jus Annona  kan ada | Jus Kesihatan Dan Kecantikkan


Assalamualaikum, Apa itu sihat? Penting ke penjagaan kesihatan ni? Ok lah, Sihat adalah bebas dari sebarang jenis penyakit dan kesakitan. Kalau sakit pinggang, migrain, senggugut. Adakah itu sihat? Selalu orang cakap, "Ala normal la tu, lepas ambil pil penahan sakit, lega la tu". Tapi sampai bila kita nak bergantung pada ubat penahan sakit (anagesic) seperti Paracetamol, Tramal, Ponstan dan sebagainya? Tambahan pula, jika kita ambil pil penahan sakit berpanjangan boleh dapat banyak kesan sampingan seperti sakit buah pinggang. Haaa.. bertambah lagi kesakitan tu. Sebelum tu, mana datangnya kesakitan ni??


sumber google


.