Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, April 27, 2017

Teruja Dapat Photoshoot Dengan Photographer Terkenal Wan Izhar Abu Bakar


Assalamualaikum semua, semalam entry syima mengenai Photoshoot Raya Bersama KBBA9. Kali ni pula entry syima mengenai Photographer Terkenal iaitu Wan Izhar Abu Bakar. Rasa teruja tu ada tau bila nak shoot dengan beliau. Bayangkan kita ni orang biasa-biasa tapi orang hebat seperti beliau mengambil gambar kita. Rasa malu, kekok tu mesti lah ada. Biasalah pertama kali di hadapan lensa photographer terkenal. Tetapi Alhamdulillah, beliau banyak beri tunjuk ajar, dan cara untuk posing di depan kamera.


Kagum Dengan Beliau


Pertama sekali, syima rasa kagum dengan beliau kerana beliau pandai mengambil pelbagai jenis ‘angle’ untuk photoshoot. Malah, beliau tak sombong walaupun beliau merupakan photographer terkenal. Sampai ke petang juga lah, beliau mengambil gambar tapi beliau kelihatan tenang dan bersahaja. Terselah sikap professional dalam diri beliau.

Photographer Untuk Perkahwinan Akim Dan Stacy

Credit gambar dari instagram Wan Izhar

Kalau korang nak tahu, beliau merupakan photographer untuk perkahwinan Akim dan Stacy. Wahhh.. Akim dan Stacy tauu.. Bukan calang-calang orang. Selain daripada Akim dan Stacy, beliau juga mengambil gambar Arja Lee untuk albumnya iaitu ‘Bintang Malam, malah, beliau pun pernah mengambil gambar Bront Palarae serta model-model yang lain.

Credit gambar dari instagram Wan Izhar


Credit gambar dari instagram Wan Izhar


Credit gambar dari instagram Wan Izhar


Credit gambar dari instagram Wan Izhar

ODS STUDIO COMMUNICATION SDN BHD

Credit gambar dari instagram Wan Izhar

Sebagai seorang photographer, haruslah beliau mempunyai studionya sendiri. Kalau korang rasa macam tak nak photoshoot di luar a.k.a ‘outdoor’ kerana panas atau mungkin hujan, korang boleh lah shoot di studionya. Dengan beliau, korang tak perlu takut untuk bergambar kerana beliau agak peramah dan boleh beri tunjuk ajar kepada korang.

Terima Kasih Wan Izhar Abu Bakar

Credit gambar dari instagram Wan Izhar


Ucapan penghargaan terima kasih kepada Wan Izhar Abu Bakar kerana sudi mengambil gambar kami ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Walaupun, sampai ke petang beliau tidak jemu mengambil gambar kami dan sentiasa nampak beliau tersenyum. Kalau korang nak photoshoot dengan beliau, boleh menghubungi melalui email iaitu wanizhar@odsstudio.com atau boleh follow instagram beliau @wanizhar

2 comments:

  1. Memang terbaik Wan Izhar tak sabar tengok hasilnya.

    ReplyDelete
  2. cantik tengok syima hari tu...makeupnya sangat sweet..mestia kebabom gambar yang dihasilkan nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai