Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, April 26, 2017

Photoshoot Raya Bersama KBBA9 2017


Credit gambar kepada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum semua, dah lama syima tak menaip di papan kekunci ni kerana kekangan waktu dan dugaan yang syima hadapi sebelum ni. Okay lah syima tak nak story panjang-panjang kembali kepada tajuk asal. Baru-baru ni syima pergi ke Muzium Warisan Melayu di Universiti  Putra Malaysia untuk photoshoot raya bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Ni merupakan photoshoot kedua yang syima join dan kali ni punya photoshoot best dan banyak perubahan berbanding sebelumnya.


Credit gambar kepada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari


Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia



Kali ni punya photoshoot ala-ala kekampungan dan membuatkan syima rindu pada kampung syima yang berada di Perak. Rumah kampungnya sungguh mengimbau kenangan lama masa kecik-kecik di kampung bersama dengan arwah opah syima dan saudara mara. Kalau korang nak photoshoot ala-ala kampung, korang boleh la datang ke Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia.  Ada banyak lagi tau rumah kampung yang ada di sini. Malah, disini menyediakan makanan ala-ala kampung. Sedap tau !! Makanan kampung always my favourite. Hehe korang boleh la follow instagram @muziumupm

Credit gambar kepada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari

Kerjasama Photographer Terkenal Wan Izhar Abu Bakar


Photoshoot kali ni, gambar kami semua di ambil oleh  photographer terkenal iaitu Wan Izhar Abu Bakar. Haha syima dah la first time depan photographer yang pro ambil gambar, rasa kekok nak bergaya di hadapan kamera. Tapi Alhamdulillah, beliau banyak bagi tunjuk gaya untuk posing ketika bergambar. Tak sabar rasanya nak tengok hasil dari Wan Izhar Abu Bakar. Mesti gempak ! hehe
Untuk makluman lanjut boleh layari http://bit.ly/2oyBJ9l


Makeup Cantik Meletop Hasil daripada Afifah Bakri


Kalau photoshoot, tak sah kalau tak makeup kan? Hehe sebabnya makeup tu yang menaikkan lagi seri untuk photoshoot. Terutamanya kalau kita tengok model-model, mesti akan makeup. Nak di jadikan cerita MUA (Makeup Artist) syima tak dapat hadir last minit. Tetapi Alhamdulillah, seorang MUA lain sanggup nak makeup syima iaitu Afifah Bakri

   

Hasil air tangan MUA Afifah Bakri memang cantik dan syima suka !! Terutamanya di bahagian mata. Memang naik lah seri muka. Malah, makeupnya tahan lama dan rasa sayang tau nak buang mekap ni masa nak mengambil wuduk sebabnya mekapnya cantik hehe tapi syima buang juga mekap ya untuk berwuduk.


Kalau korang nak makeup untuk dinner, nikah, sanding atau apa-apa event boleh hubungi beliau 
014-9351709 atau boleh instagram @afifahbakri


Tajaan Baju Kurung Dari By Nanienazyra Collections



Alhamdulillah ada orang nak taja baju kurung untuk photoshoot raya kali ni. Bajunya sangat selesa dan cantik sangat. Untuk lebih lanjut boleh baca di http://bit.ly/2qdyVL8


Brownies Lazat Daripada Khaisyadelite

Credit gambar kepada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari

Sebelum ni syima pernah makan brownies tapi kali ni brownies dari Khaisyadelite lain dari yang lain. Serius ! Sedap sangat. Rasa coklatnya memang ‘deep’ masuk dalam hati. Korang kena cuba sendiri browniesnya, confirm korang akan makan sampai licin terutamanya penggemar coklat macam syima. 


Selain daripada brownies, Khaisyadelite mempunyai Durian Crepe, Tartlets, Cheesecake dan Sandwich. Boleh lah follow @khaisyadelite untuk melihat sendiri dessert-dessertnya.

   

Okay akhirnya, Terima kasih kepada Abang Ben Ashaari dan juga Ahli Jawatankuasa KBBA9 kerana bertungkus-lumus untuk menjayakan photoshoot kali ni serta memeriahkannya. Macam syima cakap, photoshoot kali ni banyak perubahan daripada sebelumnya. Alhamdulillah. In Shaa Allah, tahun depan syima nak join lagi jika tiada apa-apa halangan kerana kemungkinan syima dah mula bekerja sebagai jururawat terlatih In Shaa Allah, takut tak dapat cuti huhuhu. Sekali lagi, terima kasih kepada semua ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.

 

6 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.