Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, April 28, 2017

Mengapakah Langkawi Merupakan Destinasi Percutian Yang Menarik?


Credit gambar Google

Assalamualaikum semua, Syima cadang nak pergi Langkawi lepas habis belajar bulan 7 ni. Banyak sebab lah kenapa syima pilih Langkawi sebagai salah satu tempat percutian untuk percutian syima kali ni. Antaranya, Langkawi adalah sebuah tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara, oleh kerana keunikan dan keindahan pulaunya. Bukan itu sahaja, Langkawi juga merupakan sebuah tempat yang menjadi daya tarikan daripada negara luar untuk menyertai dalam event ataupun majlis seperti aktiviti berbasikal Le Tour De Langkawi. Malah, Langkawi mempunyai Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA), yang dimana di situ ada banyak pertunjukan udara dengan menggunakan kapal perang, helicopter dan banyak lagi.

Credit gambar Google

Selain itu, Langkawi juga famous dengan ‘Duty Free’ nya, haaa, maksudnya ia sangat terkenal dalam kalangan kaki shopping seperti syima ni, lebih-lebih lagi yang sangat gemarkan coklat, pinggan mangkuk, minyak wangi, dan banyak lagi lah. Kalau nak bershopping ni memang ada satu tempat yang memang ‘famous’ untuk korang pergi bershopping, iaitu Kompleks HIG (Haji Ismail Group), cakap je nak apa, semua ada, korang hanya perlu pastikan duit korang mencukupi sahaja.

Credit gambar Google


Credit gambar Google


Di samping korang bershopping tu, korang boleh la pergi berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan juga Telaga Tujuh. Haaa.. kalau korang nak tempat lain daripada yang lain, korang boleh la berkunjung ke Muzium 3D di Langkawi, yang akan membuatkan korang seronok untuk bergambar terutama buat kaki-kaki selfie macam syima ni hahaha. Tempat ni memang korang kena kunjungi sebab ianya merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan di dunia! Ada 200 lukisan 3D yang boleh korang hayati sambil bergambar tau, jadi pastikan korang datang awal sikit sebab confirm korang akan spend lebih masa untuk bergambar nanti.

Okay sampai sini sahaja tempat menarik yang ada di Langkawi, sekarang jom kita berbalik ke topik asal iaitu pencarian hotel atau tempat penginapan yang best dekat Langkawi ni pula. So far, di Langkawi memang mempunyai pelbagai jenis hotel untuk korang pilih, dari tempat penginapan yang bajet sehingga lah yang ke hotel mewah lima bintang. Tetapi , website manakah yang memudahkan kita dalam pencarian hotel? Tambahan pula, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Jadi, Syima cadangkan korang menggunakan website Traveloka. Kenapa Traveloka? Haaa.. Nanti syima cerita, sekaligus ada beberapa hotel dan tempat penginapan yang memang disarankan agar percutian korang di Langkawi menjadi lebih bermakna dan menjadi kenangan terindah gitu.

Apa Itu Traveloka?



Traveloka ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih 100,000+ laluan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik. Malah, Traveloka akan sentiasa menawarkan tambang penerbangan dengan kadar yang paling rendah setiap hari.


Traveloka ni mudah bagi syima atau korang yang nak bercuti, kerana korang boleh ‘download’ dalam Play Store untuk pengguna android macam syima. Selain itu, korang boleh pergi sendiri ke websitenya iaitu www.traveloka.com. Di situ mempunyai pelbagai jenis hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Sebab tu lah syima cadangkan korang menggunakan website Traveloka. Buat apa fikir panjang-panjang demi mencari penginapan yang terbaik, Traveloka kannn adaaa..

3 Hotel Atau Tempat Penginapan Yang Disarankan


Dayang Bay Serviced Apartment & Resort


Credit gambar kepada Dayang Bay Resort

Dayang Bay Serviced Apartment & Resort ni terletak dekat dengan pekan Kuah, dimana ianya membolehkan korang pergi bershopping ke pekan Kuah dengan cepat, maksudnya senang untuk korang nak akses keluar dan masuk ke pekan Kuah. Selain itu, keistimewaan korang yang menginap di apartment and resort ni ialah, ianya menjanjikan ruang yang luas dan selesa, sangat sesuai bagi korang yang datang beramai-ramai bersama keluarga. Kolam renang pun boleh tahan besar jadi korang boleh la berendam ramai-ramai dengan family nanti.





Adya Hotel, Langkawi

Credit gambar kepada Adya Hotel


Bagi korang yang menginginkan hotel yang berkonsepkan ala-ala islamik dan moden, korang
boleh la menginap di Adya Hotel ni. Istimewanya hotel ini, Ia terletak betul-betul di pekan
Kuah, jadi tiada masalah bagi korang yang nak jalan-jalan dekat pekan Kuah ni. Di samping
itu, swimming pool yang disediakan juga mesra ibadah dan khas untuk kaum hawa serta anak-anak, makanya bagi kaum hawa macam syima yang menutup aurat sangat sesuai lah kalau nak mandi swimming pool. Malah, waktu gym juga telah ditetapkan untuk kaum hawa. Jadi, bagi kaum hawa, jangan segan-segan untuk ke swimming pool dan gym kerana korang bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut di Adya Hotel ni tau! Selain itu, di sini juga mempunyai Spa untuk korang merehatkan diri  daripada kesibukkan pekerjaan atau kehidupan.





HIG Hotel
Credit gambar kepada HIG Hotel


HIG Hotel ni memang sangat sesuai bagi korang yang memang aim datang ke Langkawi
ni untuk membeli-belah terutamanya untuk shopping coklat. Ianya kerana, hotel milik Haji Ismail Group ni memang terletak bersebelahan jep dengan Kompleks HIG, jadi senang la untuk korang ulang-alik bershopping nanti kan. Bestnya, hotel ni masih dalam keadaan baru, dan bilik memang
dilengkapi dengan sejadah dan Al-quran.




Banyak lagi hotel yang boleh korang kunjungi jika korang dah sampai ke Langkawi ni. Untuk memudahkan urusan tempahan hotel korang, korang hanya perlu membuat tempahan di website Traveloka.com je seperti yang syima beritahu pada awalnya, kerana kat situ ada banyak senarai hotel in Langkawi yang boleh korang ‘check out’  . Jadi, tunggu apa lagi? Jom bercuti!

7 comments:

  1. waa lama dah tak pergi langkawi. dekat 10 tahun mungkin.

    ReplyDelete
  2. lama tak pi langkawi..bestnya..jom kita plan gi langkawi..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  3. serius akak tak pernah sampai langkawi hahahah mesti org gelak kalau cite hahahha

    ReplyDelete
  4. Perlu di explor lagi nih biar makin membudaya di dunia. dhadigital

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan


    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  6. Blog yang sangat bagus untuk memberikan informasi daerah wisata. https://sudo-id.com

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.