Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, June 3, 2016

Bagaimana Teknik Penyusuan Bayi Yang Betul?

Breast Feeding

Sumber Google

Assalamualaikum semua. Tajuk pada hari ini adalah "Penyusuan Bayi" atau lebih gemar dipanggil dengan gelaran "Breast Feeding". Tajuk ini adalah tajuk dalam pembelajaran syima iaitu "Pemberian Nasihat Kesihatan Kepada Ibu". Selalunya, kami pelajar jururawat akan beri nasihat kesihatan kepada ibu sebelum ibu bersalin dan selepas ibu bersalin. Kami juga sentiasa menggalakkan ibu untuk beri susunya kepada bayi. Malah, kalau korang nak tahu ada beberapa buah hospital yang menerapkan "Hospital Rakan Bayi" termasuklah tempat syima belajar iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Teknik Breast Feeding Yang Betul




1. Posisi ibu haruslah betul dan selesa. Terdapat 4 jenis posisi dalam penyusuan iaitu Cradle, Cross Craddle, Football dan Lying.

2. Cara memegang bayi. Ibu hendaklah mengampu kepala, bahu dan punggung bayi dalam satu garis lurus. Malah, harus menghadapkan kepala dan badan bayi kearah badan ibu agar kepala bayi tidak akan teleng.

3. Cara pegangan payudara adalah ibu hendaklah memegang payudara dalam bentuk "C"

4. Bagi permulaan penyusuan, ibu hendaklah memainkan puting ibu pada mulut bayi. Setelah bayi membuka mulut dengan luas, masukkan puting ibu kedalam mulut bayi. Hal ini dipanggil sebagai "Rooting Reflex".

5. Bagi attachment yang betul. Mulut bayi akan terbuka luas, bibir bayi akan keluar dan seperti mulut ikan, dagu bayi akan menyentuh payudara ibu dan pipi bayi akan membulat. Malah, ibu akan mendengar bunyi seperti "Sucking-Swallow" iaitu bunyi seperti menghisap dan menelan.



Kelebihan Susu Ibu Kepada Bayi


Sumber Google

Seperti yang kita maklum, susu ibu banyak sangat khasiatnya kepada bayi. Malah, Islam pun menggalakkan kita untuk Breast Feeding. Antara kelebihannya adalah :

1. Colostrums
Apa itu colostrums?? Okaylah secara ringkasnya colostrums adalah susu pertama yang keluar daripada payudara ibu. Ia berwarna seperti kekuningan sedikit. Tolong jangan buang susu tersebut kerana ia banyak khasiatnya tau. Antaranya, melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia meningkatkan antibody bayi. Selain itu, melindungi bayi dari jangkitan mata kerana ia kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E. Malah, ia kaya dengan faktor pembesaran yang bagus dalam tumbesaran bayi. Akhirnya, ia akan mengeluarkan meconeum (tahi pertama bayi yang berwarna hijau gelap) sekaligus menghalang bayi daripada mendapat jaundice.
Sumber Google
Apa itu colostrums?? Okaylah secara ringkasnya colostrums adalah susu pertama yang keluar daripada payudara ibu. Ia berwarna seperti kekuningan sedikit. Tolong jangan buang susu tersebut kerana ia banyak khasiatnya tau. Antaranya, melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia meningkatkan antibody bayi. Selain itu, melindungi bayi dari jangkitan mata kerana ia kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E. Malah, ia kaya dengan faktor pembesaran yang bagus dalam tumbesaran bayi. Akhirnya, ia akan mengeluarkan meconeum (tahi pertama bayi yang berwarna hijau gelap) sekaligus menghalang bayi daripada mendapat jaundice.

2. Nutrient lengkap
Susu ibu mempunyai nutrient yang sangat lengkap untuk bayi. Malah, yang bagus untuk tumbesaran bayi seperti protein, lemak dan vitamins

3. Mudah dihadam
Satu lagi kelebihan susu ibu adalah ia senang atau mudah dihadam oleh perut bayi. 

4. Suhu yang sesuai
Susu susu ibu adalah suhu bagi seorang manusia yang biasa dalam 36.0 darjah selsius. Jadi, sangat bersesuaian dengan bayi.

5. Mengandungi antibody IgA
Apa itu  IgA? IgA adalah Immunoglobulin A yang berfungsi sebagai antibody yang menghalang badan daripada mendapat menyakit dan akan menyerang pathogen.



Kelebihan Breast Feeding Kepada Ibu


Sumber Google

1. Mempercepatkan pengecutan rahim dan menghindari ibu daripada mendapat Post Partum Haemorrhage

2. Akan mengurangkan berat badan ibu

3. Mengurangkan risiko ibu mendapat kanser seperti kanser payudara dan kanser serviks (kansr pangkal rahim)

4. Menjimatkan kos dan masa. Ibu tidak perlu menghabiskan duit membeli susu tepung kepada anak tambahan pula dengan ekonomi negara yang meningkat.

5. Merapatkan hubungan ibu dan bayi.

Okaylah harap info yang syima beri ini memberikan manfaat dan berguna. Ini adalah ilmu yang syima pelajari ketika belajar dalam kejururawatan. Maaf jika ada salah dan silap. Salam sayang. Syima Yusuf.

1 comment:

  1. terima kasih aats info ni. nak menyusukan anak mmg mencabar. bila pk kelebihannya terus rasa semangat

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.