Aktiviti Paling Mencabar Bagi Syima | Skytrex Shah Alam
Assalamualaikum semua. Korang Pernah dengar Skytrek? Pernah? Tak pernah? Best ke Skytrek ni?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?
Okaylah secara ringkasnya, Skytrek ni adalah aktiviti sukan lasak. Haaaa bagi korang yang gayat tuuu. Boleh la cuba Skytrek ni hehe. Sebab dengan mencubanya, kita dapat atasi masalah gayat kita tu. Syima pun seorang yang gayat, tapi bila cuba, banyak kali syima mengucap haha.
Lokasi Skytrek Shah Alam
Ia berada di Seksyen 8, berhampiran Taman Botani Negara Shah Alam. Kalau korang guna waze, tulis je Skytrex Shah Alam. Ni alamatnya Jalan Liku ,8/1, Seksyen 8, 40000, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi
- Selasa hingga Jumaat (Pada jam 8.30 Pagi hingga 1.30 Petang)
- Sabtu, Ahad dan Cuti Am* (Pada jam 8.30 Pagi hingga 3 Petang)
- Cuti Am* hanya pada hari tertentu sahaja. Tertakluk kepada pihak Skytrex
- Ditutup pada hari Isnin kecuali Cuti Sekolah atau Cuti Am yang tertentu.
Pembayaran Skytrex Shah Alam
Untuk pembayaran, korang kena layari laman web :
http://www.skytrex-adventure.com/ . Kemudian korang kena booking masa, tarikh dan kena buat pembayaran secara online.
Aktiviti Skytrex Shah Alam
Kemudian, korang disarankan untuk membeli sarung tangan. Syima pun sarankan korang beli sarung tangan ni sebab bila korang dah dekat atas pokok tu, korang banyak gunakan tangan dan kemungkinan tangan korang akan luka.
Kemudian, kami dipakaikan dengan alatan keselamatan seperti gambar diatas haha sebab syima lupa nama alat tersebut. Jangan risau pekerja disitu akan pakaikan untuk kita. Selepas memakai alat keselamatan, kami diberi penerangan mengenai keselamatan dan cara-cara untuk melakukan semua aktiviti. Haaa kalau korang nak tahu, semua aktiviti ni korang buat sendiri. Mereka hanya ajar mula-mula je, lepas tu korang kena berdikari buat semua aktiviti.
Macam dalam gambar di atas, Syima pasang alat keselamatan syima sendiri ketika nak "berflying fox". Haaa kan tadi syima nak cerita kenapa kena pergi tandas dahulu untuk kosongkan pundi kencing sebabnya kalau kita dah berada di atas pokok, macam mana nak buang air kecil atau besar. Hahaha
Ada banyak halangan.. ! Ada flying fox, lalu titi, bergayut macam monyet. Semua tu mencabar sangat dan semakin tinggi pokok yang korang akan lalui.
Perasaan Syima
Keseluruhannya, memang best sangat ! Perasaan tu bercampur-campur, rasa takut, gayat, rasa nak nangis, nak pitam pun ada. Kalau korang nak tahu, Syima ni seorang yang penakut. Takut gelap, takut cerita hantu, takut tinggi . Hahaha Tapi Alhamdulillah syima berjaya redah semua halangan dalam Skytrex ni.
seronok buat aktiviti lasak camni..
ReplyDeletemacam best je ni.. bila nak bawa yanie pulak pergi sini.. hihi
ReplyDeletewww.yanieyusuf.com
best tempat tempat mencabar tetapi mesra alam....
ReplyDeletealaaa bestnya.. dari haritu nak pergi skytex. tapi tak pergi pergi lagi
ReplyDeleteya Allah..rindunya zaman studyy..huwaaaaaa
ReplyDelete