Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, June 24, 2016

Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-Anak Yatim




Assalamualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru ni syima di izinkan oleh Allah untuk pergi ke Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS bersama anak-anak yatim daripada Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang (PERKAP)yang diadakan di Impian Golf & Resort Kajang.







FAMR | Peneraju Produk Halal Pertama


Penganjur Majlis Iftar Ramadhan adalah FAMR. Sebelum tu, korang pernah dengar FAMR? Okaylah secara ringkasnya, FAMR atau nama panjangnya adalah Farid & Alice Marketing Resources merupakan satu organisasi yang menjadi platform kepada usahawan IKS (Industri Kecil Dan Sederhana) dan membantu usahawan bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dengan member pendedahan dan pentauliahan berkualiti. Malah,  FAMR menganjurkan program-program bagi mematangkan usahawan IKS dan membuka mata pengguna mengenai kualiti dan kepentingan produk usahawan IKS.




Kalau korang nak tahu, pengasas FAMR ialah Dato’ Siti Zaleha Binti Abd Ghani. Beliau sangat peramah dan seorang yang merendah diri, malah beliau seorang yang sangat syima kagumi. Menurut beliau, beliau mahukan peniaga-peniaga melayu meningkat dalam industri pemakanan dan mahukan produk halal berada di pasaran. Malah akan datang, FAMR akan mengadakan program siri jelajah FAMR di lokasi AEON Big terpilih di Malaysia.



Penaja Bersama | SuperSquad Juice   


SuperSquad Juice diasaskan oleh Puan Nor Haslina atau mesra di panggil Puan Liana. Beliau merupakan salah seorang usahawan IKS yang Berjaya. SuperSquad Juice adalah minuman berperisa dan bervitamin yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak. Ia mempunyai 4 perisa iaitu Laici, Mango, Blackcurrent dan Ice Lemon Tea. Malah ia mempunyai Vitamin C, dihasilkan dengan R.O Water untuk menjamin kebersihan dan kurang gula. Malah, SuperSquad Juice menampilkan karakter animasi yang menarik minat kanak-kanak untuk meminumnyaSuperSquad Juice juga dikeluarkan bersama MediaFoundry Sdn. Bhd. dan KincirMas Sdn. Bhd.




Malah, kalau korang nak beli SuperSquad Juice atau mahu menambah pendapatan untuk menjadi agen SuperSquad Juice boleh menghubungi Puan Liana seperti gambar diatas.



Penaja Bersama | Fatihah Frozen Foods Sdn. Bhd.




Fatihah Frozen Foods Sdn. Bhd. Merupakan syarikat pengeluar makanan sejukbeku berkualiti tinggi yang menghasilkan produk seperti SuperSquad Roti Magic Flat Brad, Roti Paratha Royal, Popia Istimewa, Karipap dan pelbagai lagi. Malah, ianya mempunyai pensijilan lengkap Halal, HAACP dan GMP.



Wajah Anak-Anak Syurga




Terpampang di wajah anak-anak kecil wajah yang gembira ketika mereka. Seronok tengok anak-anak ni gembira, terutama bila ada badut yang menceriakan mereka dengan aneka belon dan lawak. Syima tengok mereka beratur ketika nak dapatkan belon, comel sangat.



Malah, dengan adanya maskot SuperSquad iaitu Elly memeriahkan suasana. Kedengaran suara anak-anak ni cakap “Elly nak salam, nak salam” hehe comel sangat. Maaf lah, hakak ni suka kanak-kanak hehe.



Namanya Nabila



Kemudian sementara menunggu azan Maghrib masuk, syima pergi ke arah meja dan melayan telatah si kecil. Ada seorang kanak-kanak comel ni, Syima tanya “Nama apa?”. Kemudian dia menjawab, “Nabila”. Syima tanya lagi, “umur berapa tahun?”. Dia pun menjawab “enam tahun” sambil menunjukkan jari enam dan tersenyum.

Kemudian dia memegang tangan syima dan seperti tidak mahu dilepaskan. Ketika itu, hati syima rasa sayup sangat dengan anak-anak kecil ni. Mereka dibesarkan dengan ketiadaan ibu atau bapa dan hidup dalam keadaan yang daif. Tengok keadaan mereka yang dibesarkan tanpa ibu atau bapa mahupun keluarga, rasa nak menitis air mata ni.



Terima Kasih



Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan penaja kerana menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut serta dalam Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-Anak Yatim. Rasa bersyukur sangat diberi peluang untuk turut serta dalam Majlis ni.






2 comments:

  1. Ena tak boleh pergi iftar2 macam ni, mesti berair je air mata tengok anak-anak yatim tu. Huaaaaaa. Hati manyak bertisu-tisu

    ReplyDelete
  2. seronok dapat tengok anak=anak kecil ni, telatah diorang pun sejuk tgk.. sayu pun ada bila tgk..huhu tapi diorang sangat tabah.. tahniah jugak buat FAMR jayakan program seperti ini..

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai