Flora Kafe | Menceriakan Hari Mu
Assalamualaikum semua, Hari tu Syima berbuka puasa di AmpWalk iaitu Flora Kafe. Mula-mula masuk AmpWalk tu seakan-akan terpegun melihat suasana cafe yang cukup gah dengan hiasan bunga-bungaan yang warna-warni dan rasa macam dekat Paris. Kuala Lumpur tak asing lagi dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi kereta,
Banyaknyaaaa Makanan !
Makanan di Flora Kafe perghhhh banyak. Ada pelbagai makanan yang memang melelehkan air liur syima, nasib baik puasa haha telan air liur lah dulu. Ada makanan asli Malaysia, makanan barat, , ada pencuci mulut, ada kuih-muih, ada yang berkuah, ada pelbagai jenis buah-buahan. Aduhai, banyak sangat makanannya.Menu Utama | Makanan Asli Malaysia
Macam biasa, kalau menu utama semestinya kita akan makan nasi. Ada dua jenis nasi iaitu Nasi Briyani dan Nasi Putih. Lauk-lauknya pula ada pelbagai jenis yang sangat menyelerakan.
Pencuci Mulut | Aneka Manisan
Cakap pasal pencuci mulut atau manisan, sudah semestinya menjadi rebutan semua terutama syima hahaha. Siapa tak suka makanan yang manis-manis, jangan terlampau manis suda,manis lebih dalam senyuman boleh haha. Ada puding, ada ABC, ada Fountain Coklat, kuih-muih pun ada tau.
Hidangan Sampingan | Memikat Selera
Ada pelbagai jenis hidangan sampingan yang akan memikat selera korang, antaranya ada laksa, ada makanan bergoreng seperti koew tiau goreng, ada roti jala, ada yong tau fu, ada sate, ada buah-buahan dan macam-macam lagi.
Buffet Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan ni, Flora Kafe mengadakan Buffet Ramadhan dengan harga yang berpatutan. Bagi seorang dewasa hanya RM65+ (harga biasa), manakala bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun berharga RM35+
Tempat menarik. Makanan dia pun berselera tgk. Fuhhh. Hilang diet gini
ReplyDeleteHahaha memang hilang diet pun
DeleteBest. Kena repeat ni..
ReplyDeleteHaha jum jum repeat
DeleteBest. Kena repeat ni..
ReplyDelete