Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, June 29, 2016

Yeo's Kem Ramadhan 2016 | Ceria Ria Beramal Bersama Bintang



Assalamualaikum semua, 25 Jun (sabtu), syima pergi ke Dewan IM4U, Puchong bersempena Yeo's Kem Ramadhan 2016 Ceria Ria Beramal Bersama Bintang. Ada 6 orang Bintang iaitu Kaka Azraff, Shukri Yahaya, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan juga Faizdickie.




Kumpulan Krisantimum Bersama Feeya Iskandar


Acara di mulakan dengan pembahagian kumpulan. Syima adalah kumpulan Krisantimum bersama dengan penyampai radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar. Mula-mula tu macam kekok juga la bila bersama dengan ahli group yang baru sahaja kenal. Lama-lama rasa macam dah lama kenal haha.




Kemudian, dalam kumpulan Krisantimum, kami dipecah kan lagi dan syima adalah kumpulan Kris 3. Seterusnya, kami bermain 'Ice Breaking". Kami diminta untuk membina satu bendera yang memaparkan kumpulan kami. Kemudian, seisi perkenalan diri. Tapi kali ni berbeza sedikit kerana, kena gunakan 3 ayat sahaja. Kalau seorang tersalah ayat atau gagap, satu kumpulan kena denda. Denda dia ni lain sikit, haha kena tulis huruf menggunakan kepala.


Kami di satukan kembali kepada kumpulan besar Krisantimum, dan kali ni adalah permainan mencari "Monster". Jadi syima pun mewakilkan diri sendiri untuk mencari "Monster". Syima diminta untuk naik ke pentas, dan ahli kumpulan syima tengah bersiap sedia. Misi pencarian Monster bermula. First tu syima tersalah orang, maka syima kena denda dengan menulis menggunakan kepala. Kemudian, Feeya Iskandar memberi clue kepada syima. Maka, syima dapat meneka siapa Monster.


Seterusnya, Kami meneruskan lagi aktiviti dengan melakukan senaman. Memang best, macam-macam gaya yang kami gayakan.


Selepas, semua aktiviti. Sudah tiba masa pelancaran. Ia dirasmikan oleh Pengarah Yeo's sendiri bersama dengan Bintang.

 Pusat Jagaan Kasih Murni


Kami bergerak menaiki bas ke Taman Keramat iaitu Pusat Jagaan Kasih Murni dimana ia menempatkan anak-anak yatim. Anak-anak itu menanti kedatangan kami dengan senyuman. 




Kemudian kami dibahagikan tugas, ada yang menyapu lantai, mencuci kipas, menganyam ketupat untuk hiasan dan macam-macam lagi lah aktiviti kami di sini. Malah, dalam masa yang sama berlaku satu pertandingan iaitu pertandingan Instagram. Pertandingan ini haruslah mengambil gambar dengan 10 Tema dan haruslah melakukan 1 Video berkenaan tema yang diberikan.









Penamat Di Pusat Jagaan Kasih Murni


Pihak Yeo's dengan diwakili oleh Feeya Iskandar menyerahkan cek sebanyak RM1,000.00 kepada pihak Pusat Jagaan Kasih Murni.


Syima pun nak bergambar dengan Feeya Iskandar hehe. Kalau korang nak tahu, Feeya Iskandar sporting dan peramah sangat. Rasa tak kekok bila sama kumpulan dengan beliau. 

Syima Berlakon??


Haaa yaaa. syima berlakon. haha tapi bukan berlakon dalam tv atau drama. Syima berlakon ketika aktivit telemovie di event ni. Syima melakonkan watak Anna, adik kepada Elsa yang dilakonkan oleh Feeya Iskandar. Hahaha lakonan kami kelaut tapi sungguh menghiburkan hati. Pengalaman ni tak dapat syima lupakan.

Tiba Masa Untuk Berbuka

 Kami berbuka dengan air soya Yeo's. Kalau korang nak tahu, pengarah Yeo's juga berpuasa tau. hehe

Kumpulan Syima memenangi pertandingan Instagram bergambar atau bertemakan 'Tersayang & Tercinta" dan hadiahnya adalah air kotak Yeo's seperti gambar di bawah


Syima suka air yogurt Yeo's perisa anggur, sedap... Kalau tak percaya korang try la rasa hehe


Sesi Bergambar Bersama Bintang




Bersama InstaFamous #VillagePeople iaitu Faizdickie




Bersama Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar



Bersama Penyayi Kaka Azraff 



Bersama AG Hot FM




Bersama Shukri Yahaya pelakon yang kacak ni hehe

Okay lah, sampai disini syima share pengalaman syima join Kem Ramadhan Yeo's. Memang BEST !


1 comment:

  1. seronok kan,akak pegi 2 tahun lepas,kenangan best sangat...

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai