Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, November 6, 2016

Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ | Makanan Steamboat Dan Grill Terbaik Di Shah Alam


Assalamualaikum semua, Kali ni syima nak review makanan lain dari yang lain iaitu steamboat dan grill. Makanan yang ada steamboat dan grill hanya terdapat di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Ia juga menjadi keistimewaan buat Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Namanya juga tidak asing lagi di Shah Alam dan sering mempunyai ramai pengunjung.



Lokasi Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ


 Ianya terletak belakang bangunan Acapella dan memang mudah untuk di cari. Alamatnya adalah Sri Acapella ,1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor. Atau pun korang boleh Waze atau Goggle Map sahaja dengan menaip "D'Kayangan Steamboat BBQ". Di bawah syima sertakan petanya sekali agar memudahkan korang untuk sampai ke sini.


Opening Hour Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ

Ia dibuka setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 5 petang hingga 1 pagi. Manakala pada hari Ahad pula ia dibuka dari jam 12 tengah hari sehingga 12 pagi. Jadi, kalau hujung minggu korang tak tahu nak makan dekat mana, syima sarankan korang makan di sini kerana ia di buka sehingga lewat malam.


Konsep 2 Dalam 1 | Steamboat Dan Grill



Haaa.. kan syima dah bagi tahu hanya Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ sahaja mempunyai konsep 2 dalam 1 iaitu Steamboat dan Grill. Mesti korang tertanya-tanya konsepnya bagaimana? dan macam mana konsepnya dilakukan. Ianya konsep yang sangat menarik bagi syima. Kalau sebelum ni kita selalu asingnya makanan steamboat dan bergrill tapi kali ini ia di cantumkan menjadi satu. Pengunjung  juga diberi pilihan sama ada sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati dengan pilihan menu yang tersedia




Tengok gambar diatas pun sudah dapat menggambarkan betapa banyaknya menu yang kita boleh makan haha. Ada yang korang boleh rebus dan ada yang korang boleh grill kan ia. Antara menu yang digrill adalah Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry, Buggati Pedal, Sausage Mocca dan macam-macam lagi. Maka, terpulang kepada kita mahu yang mana untuk dimakan. Bagi syima, syima sukakan kedua-duanya sekali. Syima suka yang direbus dan juga digrill.










Kambing Golek Pun Adaaaa !


Wah-wah siapa tak suka makan kambing golek. Terutamanya ia di perap dengan pelbagai rempah dan di golekkan di atas api arang BBQ. Waduhhh..! makan pula dengan Sos Lada Hitam atau Sos cendawan. Memang menjilat jari lah kalau makan haha. Untuk pengetahuan korang resepi sos dan bahan perapan di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ adalah disediakan khas  oleh Chef  Shahnizam yang sangat berpengalaman selama 15 tahun berkhidmat didalam bidang perhotelan dan kulinari bertaraf antarabangsa. 



Hidangan Makanan Yang Lain Pun Ada


Pelbagai Jenis Maggi Dan Mee



Pelbagai jenis Maggi atau Mee juga terdapat disini. Korang boleh makan ia bersama makanan yang lain. Bagi syima, syima suka makan maggi dengan kuah nya yang ala-ala tomyam gitu dicampur pula dengan bebola ikan dan makanan yang lain.



Tak lengkap kalau tiada sayur dalam makanan kita. Hidup kita kena seimbang dengan pelbagai nutrien maka sayur-sayuran juga penting. Syima akan rebuskan sekali dengan makanan yang lain. Barulah gaya hidup sihat hehe. Betul tak?


Tak Lengkap Tanpa Nasi


Hidup di Malaysia tidak akan lengkap tanpa nasi. Di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ ada pelbagai jenis nasi yang korang boleh rasa. Ada nasi lemak, nasi goreng, nasi pelangi dan pelbagai menu nasi yang lain.


Makanan Manis-Manis


Hehe tajuk pun dah menyatakan 'manis' bermaksud makanan yang manis seperti kek, kuih dan buah-buahan. Pelbagai jenis perisa kek terdapat di sini yang korang boleh rasa.


Korang juga boleh buat jagung manis korang sendiri tau.



Aiskrim pelbagai perisa pun ada tauuu !!


Pelbagai jenis Minuman juga terdapat di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ


Harga Yang Sangat Berpatutan 

Daripada 1hb September 2016, harga diturunkan ke RM 33+ dewasa & Rm 18+ kanak2. Voucher ‘8+2’ ditawarkan kepada pelanggan kami yang belanja lebih rm 150 di restoran dimana pelanggan boleh menggunakan voucher tersebut untuk lawatan yang seterusnya. Selain itu, bermula Ogos lalu restoran tersebut menganjurkan Sunday Family Day bermula jam 12 tengah hari sehingga 3 petang dengan harga RM22.90+ (dewasa) dan RM9.90+ (kanak-kanak).

Cara Menghubungi Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ



Korang boleh layari laman Facebook Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ atau ke laman Instagram Dkayangansteamboat. Malah korang boleh hubungi jika ingin membuat sebarang tempahan di 012-2971091, 017-5076274 atau 03-55234979 

Apa Pendapat Syima Mengenai Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ


Okay lah, pada pandangan syima, Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ sangat bagus bagi pelbagai jenis majlis seperti Majlis Hari Lahir atau untuk makan dihujung minggu bersama yang tersayang. Ia mempunyai 200 menu dan bagi syima ia sangat banyak berbanding tempat yang lain. Malah, harganya juga sangat berpatutan. Memang best sangat makan di sini dan ini pengalaman berharga syima makan bersama keluarga tersayang.

Bersama rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Kak Saidila

Terima Kasih memberi peluang kepada kami untuk merasai kenikmatan makanan di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ


1 comment:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai