Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama rakan blogger yang lain di Mont Kiara. Haaa.. Kalau korang pergi Mont Kiara mesti tercari-cari tempat makan best di kawasan situ. Haha terutamanya bagi pelajar macam syima yang suka lepak-lepak sambil menikmati makanan yang enak lagi melazatkan. Syima cadangkan korang cuba "lepak sambil makan" di Pretz n' Beanz Mont Kiara Kuala Lumpur. Sebab apa eh? haha baca blog syima sampai habis baru korang tahu kenapa. Tambahan pula, ada promosi di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur sempena Krismas yang bakal tiba. Wahhh memang best la makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur.
Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur
Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur terletak di Solaris Mont Kiara. Kalau korang nak senang, taip je di Waze atau Google Map "Pretz n' Beanz Solaris Mont Kiara". Pasti korang akan jumpa. Masa tu syima naik Grabcar je hehe relaks sikit. Sebelum tu syima nak kongsi sedikit mengenai apa yang syima baca di laman web www.pretznbeanz.com iaitu mengenai logo Kafe Pretz n' Beanz. Ia mempunyai logo seperti 'pretzel' di sebelah kiri dan biji kopi di sebelah kanan, ia digabungkan dengan seperti simpulan yang berbentuk 'hati'. Yang membawa maksud cinta kepada pretzel dan kopi. Korang boleh rujuk gambar di bawah.
Kalau bab tempat makan ni syima suka tengok hiasannya dahulu. Ternyata Pretz n' Beanz Cafe mempunyai konsep yang ala-ala klasik gitu. Hiasannya juga penuh dengan maksud yang tersirat. Korang boleh datang sendiri untuk melihat keunikkan hiasannya.
Malah, syima cerewet sikit mengenai tempat makan ni dan yang paling penting adalah kebersihan. Tetapi ternyata Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur ni bersih dan mempunyai kategori "A" tau. Maka, "Jangan ragu-ragu sayang" hehe seperti lagu Syed Shamin dan Tasha Manshahar lah pulak. Selain itu, Susun atur semua peralatan dan hiasan juga kemas dan teratur.
![]() |
Bersama Blogger si cantik manis iaitu Qaseh Dalia |
Makanan Utama Yang Korang Wajib Cuba
Kalau korang datang Pretz n' Beanz Cafe ni, tak sah kalau korang tak rasa menu wajibnya. Terutama keempukan pretzelnya hehe memang lazat. Terdapat tiga jenis Pretzel di Pretz n' Beanz Cafe ni, antaranya adalah Pretzel pelbagai perisa, Pretzel Pizza dan Filled Pretzel. Tetapi menu yang syima nak fokuskan adalah Pretzel pelbagai perisa dan Filled Pretzel
Pretzel
Bagi Pretzel pelbagai perisa mempunyai rasa original (tiada perasa tambahan), Cinnamon Sugar, Sesame Sugar, Seaweed, Poppy Seed, Basil Cheese, Parmesan Cheese, Chocolate Cookie Crunch, Mini Pretzel Platter (Ada kecil dan besar) serta menu yang terbaik adalah Pretzel Tower ( Mini tower dan Regular tower.
Pretzel Tower

Pretzel Tower ni mempunyai dua jenis iaitu Mini Tower dan Regular Tower. Terdapat perbezaan antara dua jenis Pretzel Tower seperti kuanti Pretzel dan jenis sos yang dihidangkan.
- Mini Tower Pretzel
Ia mempunyai 6 mini plain pretzel dan mempunyai 4 jenis sos yang berbeza antaranya Cream Cheese Dip, Caramel Dip, Chocolate Sauce Dip, Passion Jam, Sour Cream Onion Dip.Harganya pula, RM19.00.
- Regular Tower Pretzel
Ia mempunyai 12 mini plain Pretzel dan 9 jenis sos yang berbeza. Antara sosnya adalah Cream Cheese Dip, Cheddar Cheese Dip, Praline Hazelnut/Nutella, Sos Satay, Caramel Dip, Chocolate Sauce Dip, Passion Jam, Sour Cream Onion Dip dan Salsa Tomato.
Harganya pula adalah RM35.00
Fillet Pretzel
Fillet Pretzel mempunyai pelbagai jenis perisa dan isi di dalamnya. Antaranya BBQ Frankfurter, Sweet Potato, Pepperoni Beef, Apple Cinnamon, Jumbo Chicken Hot Dog, Jumbo Cheesy Chicken Hot Dog dan Cheesy Chilli Chicken. Semuanya ternyata membangkitkan "Nafsu Makan" syima haha. Tetapi kami memilih Chessy Chilli Chicken.
Chessy Chilli Chicken
![]() |
Cheesy Chilli Chicken sedap bagi pendapat syima kerana syima merupakan peminat keju. Gabungan keju, ayam dan cili memang sedap tak terkata.
Harganya RM11.50.
Korang boleh cuba menu yang syima sarankan. Hehe tetapi terpulang kepada korang. Kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan.
Promosi Luar Biasa Sempena Krismas
Wahhh tak lama lagi seluruh dunia akan meraikan perayaan Krismas iaitu jatuh pada 25 Disember 2016. Maka dengan itu berita gembira kerana Pretz n' Beanz Cafe mengadakan promosi bagi perayaan Krismas.
Ia bermula pada 24 November 2016 sehingga 30 Disember 2016. Selain itu, Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur membuat menu yang istimewa khas untuk Christmas Turkey Set yang cuma berharga RM46 SAHAJA !!! Wahhh promosi yang luar biasa.
Apa menu-menu yang ditawarkan? Antaranya :
Mushroom Soup with Christmas Almond Stellen, Caesar Salad with Crispy Turkey Slice, Christmas Gingerbread dan Americano/Gourmet Tea serta satu Menu Utama Christmas Ala Carte
Menu Utama Christmas Ala Carte
Menu utama ni korang kena pilih antara 3 seperti yang syima senaraikan di bawah. Ikut cita rasa korang nak pilih yang mana satu hehe tapi cuma satu je tau.
- Chicken Breast stuffed dengan Turkey slice, Spinach dan Cheese with Brown sauce
Di dalam ayam ni terdapat bayam dan keju. Memang sedap ! Ditambah pula dengan sos nya hehe sedap. Harganya pula adalah RM27 (harga ala carte).
- Turkey slice Pizza
RM27 (harga ala carte)
- Aglio Olio Turkey slice Spaghetti
RM15 (harga ala carte)
Hidangan Sampingan
Hidangan sampingan pula korang akan dapat Sup dan Salad bagi set Christmas Tuerkey seperti yang syima terangkan sebelum ni.
- Mushroom Soup with Christmas Stollen
- Caesar Salad with Turkey slice
Manis-Manisan Berkonsep Christmas
Pastry ni kalau boleh korang buat pre-order awal 5 hari kerana takut kehabisan stok pastry. Hehe maklumlah pastry dia comel-comel je. Antara manisan yang korang boleh rasa adalah :
- Chirstmas Gingerbread/ Tree/ Angel/ Gingerbread Man : RM6.50 (setiap satu)
- Christmas Almond Stollen : RM15.00
- Christmas Caramel Dundee Fruit Cake : RM48.00
- Christmas Black Forest Yule Log : RM65.00
- Christmas Gingerbread House : RM98.00
Percuma Christmas Gingerbread Pada Hari Krismas !
Ianya khas buat ahli Pretz n' Beanz Cafe sahaja. Korang boleh beli apa-apa sahaja makanan di Pretz n' Beanz Cafe dan korang akan dapat satu Christmas Gingerbread dengan percuma ! Apa tunggu lagi baik korang daftar sebagai ahli Pretz n' Beanz Cafe. Haaaaa.. Percuma ni hanya pada hari Krismas sahaja iaitu 25 Disember 2016.
Waktu operasi : Isnin – Jumaat : 7.00 pagi – 1.00 pagi
Sabtu & Ahad: 7.00 pagi – 2 pagi.
Untuk maklumat lanjut:
memang menarik semua hidangan kat situ.....
ReplyDeleteHehe btul btul menarik
DeleteMenariknyaaa mknan..
ReplyDeleteHehe bukan setakat menarik, tapi sedap tau abg ben
DeletePernah pergi situ. Mmg selesa dan makanan sedap. Suka pretzel pizza....sedapnyaaa
ReplyDeleteHehe syima suka pretzel tower sbb ada pelbagai pilihan sos
Deletesedapnya ceaser salad tu omaigadd
ReplyDeleteCeaser salad dia sedap ! Serius hehe
Deletemenggoda sungguh. hmm nasib baik jauhhh
ReplyDeleteHehe nanti kalau kak lisa datang kl, datang la makan dekat pretz n beanz cafe ni
Deletesedapnya..meleleh tengok..salad tu pun nmpak sedap
ReplyDeleteHehe semua makanan sini sedap kak nadia
DeleteSedap je tengok gambar2 makanan tu semua
ReplyDeletewaaaa... tempting tgk semua makanan.. yummy....
ReplyDeletewaduhhh terliur tgk...hurmmm ada masa boleh try sini...hihihi
ReplyDelete