Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, January 5, 2017

3 Hari Syima Demam Panas Rupanya Syima...


Assalamualaikum semua, alkisah masa 2016 syima teringat yang tiga hari syima demam panas. Sebelum tu Selamat Tahun Baru 2017 !!!. Balik kisah tadi, Suhu syima masa tu dalam 38.5 darjah selsius ke atas. Bila dah makan panadol, turun sikit la dalam 37.5 darjah selsius tapi masih dalam lingkungan demam sebab suhu demam adalah 37.4 darjah selsius ke atas. Kemudian rasa sakit tekak, nak menelan punya lah sakit yang teramat sangat, sakit kepala huhu masa tu hanya Allah je yang tahu rasa kesakitannya bagaimana.



Maka, pada hari ketiga tu syima pun pergi Trauma dan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada malamnya. Alhamdulillah prosedur jumpa doktor berjalan dengan lancar walaupun ramai pesakit yang lain. Tanda vital syima di periksa dan dapati masih lagi demam iaitu 38.9 darjah selsius serta bacaan nadi syima agak tinggi dalam 130 beats per minute.

Syima Kena Suspect DENGGI !

Gambar tangan kena cucuk dulu huhu

Setelah itu, syima ke bilik doktor untuk rawatan kesihatan yang selanjutnya. Doktor menyuruh syima untuk diambil darah bagi mengetahui punca syima demam. Pada awalnya dokto suspect syima demam denggi jika platelet syima kurang dari bacaan normal tetapi jika platelet syima tinggi dan sel darah putih syima tinggi, ia bermakna syima mempunyai jangkitan.

Hampir setengah jam tunggu keputusan darah, memang berdebar je rasa hati ni tapi didiamkan saja. Tepat jam 09.50 malam, syima masuk bilik doktor semula. Doktor tengok keputusan darah dan menerangkan kepada syima bahawa ia hanya jangkitan sahaja. Kemungkinan ia adalah "Exudate Tonsilitis". Maka syima dapat 14 biji antibiotik untuk seminggu dan juga paracetamol untuk mengurangkan demam.

"Tonsilitis"

Apa itu tonsilitis? Ia adalah jangkitan di bahagian tonsil. Selalunya ia terjadi akibat daripada virus atau jangkitan bakteria. Maklumlah syima menjaga ramai pesakit dengan pelbagai penyakit. Berkemungkinan syima boleh dapat.

Ni lah gambar asal mulut syima yang ada tonsilitis

Tanda-Tanda Tonsilitis

  • Sakit di bahagian tekak
  • Susah dan sakit untuk menelan
  • Demam yang tinggi
  • Rasa sejuk je di bahagian kaki dan tangan serta mengigil
  • Sakit kepala
  • Tonsil membengkak dan kemerahan
  • Ada spot putih dan kuning di bahagian tonsil
Jika korang ada tanda-tanda seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor okay :)

2 comments:

  1. Akak kalau nk tonsilitis mmg akan demam jenis sendi semua sakit...get well soon syima

    ReplyDelete
  2. Terbaekkk lh syima#supportmember
    #misi2ppum

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai