Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, January 14, 2017

Laman Seni DI Tanjung Malim Perak


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima keluar lepak dengan rakan sekolah namanya Aida. Syima tanya Aida, nak jalan mana di Tanjung Malim ni. Sebab agak jemu kalau asyik nak ke Proton City je. So decide, nak jalan-jalan dan makan di pekan je. Lepas tu, kami pergi Scret Recipe untuk jadah sikit makanan sebelum nak jalan-jalan. Sambil tu banyak lah nak di boraknya, maklumlah dah lama tak jumpa. Rasa nya last jumpa masa Raya haha. Masing-masing sibuk dengan belajar, lagipun kami belajar pun jauh-jauh. Syima belajar di Kuala Lumpur, Aida pula di Terengganu


Pekan Tanjung Malim Perak


Secara jujurnya Pekan Tanjung Malim ni agak suram dahulu tetapi sejak ianya dimajukan dengan seni. Membuatkan syima tertarik nak pergi haha. Pekan dahulu dengan sekarang dah banyak berubah. Dulu, lorong di pekan tu penuh dengan sampah dan tak ada orang lalu pun. Tapi kini, pekan dah penuh dengan lukisan yang berwarna warni, sampah pun dah tiada lagi. Jalan di lorong tersebut pun dah dibaiki dan semakin cantik lagi

Sama Dengan Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam


Bila syima tengok Laman Seni Tanjung Malim ni teringat pula dekat Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam. Hampir sama cuma tidak lah semeriah Laman Seni Shah Alam. Tapi okay lah hehe tak ada lah bosan sangat kalau nak jalan dekat pekan Tanjung Malim tu.

Harapan

Syima harap Tanjung Malim Perak ni akan berkembang dengan lebih maju. Haha. Walaupun Tanjung Malim mempunyai Universiti Pendidikan iaitu UPSI atau nama penuhnya Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga Kilang Proton juga terdapat disini. I Love Tanjung Malim Perak







1 comment:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai