Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, January 7, 2017

Duduk Rumah Dan Shopping dengan Shopee MY

Shopping Dengan Harga Yang Rendah


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima nak shopping beli baju. Selalunya syima shopping baju di Times Square atau pun Masjid Jamek. Syima pilih dua tempat tersebut kerana harganya lagi berpatutan dan banyak pilihan yang ada. Cuma bila ada rezeki lebih baru syima pergi shopping di Mid Valley atau lain-lain tempat. Tetapi jika dikira balik, banyak juga duit yang dikeluarkan. Kos pengangkutan pergi balik, kos shopping dan kos makanan lagi (kalau dah keluar mesti nak kena beli makanan). Macam tak berbaloi pun ada tambah pula dengan kesibukkan belajar yang agak sukar untuk syima keluar shopping. Kemudian syima diperkenalkan dengan Shopee MY oleh rakan. Apa itu Shopee MY


 Shopee MY : Buy And Sell On Mobil


Shopee MY adalah aplikasi online melalui telefon bimbit sahaja. Kita boleh shopping bila-bila masa dan dimana jua kita berada asalkan kita mempunyai data internet dan telefon bimbit. Aplikasi ini sangat memudahkan pengguna terutama yang sibuk bekerja atau yang mahukan penjimatan. Tambah pula dengan ekonomi Malaysia yang agak kucar kacir ni maka seeloknya bershopping melalui Shopee MY. Syima suka shopping melalui aplikasi ini kerana ia memudahkan syima untuk shopping serta terdapat banyak pilihan dan harga sangat-sangat berpatutan. Malah, harga barangan di Shopee jauh lebih murah berbanding bershopping di luar. Terdapat pelbagai jenis barangan. Ada baju, seluar, skirt, pakaian lelaki, pakaian wanita dan kanak-kanak, ada makanan, serta pelbagai jenis barangan yang lain.




Selain itu, korang boleh follow mana-mana penjual yang menjual barangan kesukaan korang. Contohnya, syima follow penjual yang syima selalu beli atau penjual yang menjual barangan yang murah dan berkualiti. Maka, mudah lah jika syima nak shopping barangan dekat penjual yang sama. Malah, korang boleh mengumpul "My Shopee Coins" dengan setiap pembelian yang anda lakukan. Melalui aplikasi ini, korang boleh log in melalui facebook, email atau no telefon.


Shopee juga akan update semua promosi kepada korang. Maka mudah lah kita nak membeli barangan yang dipromosi kan. Malah, kita boleh tahu sama ada pembayaran yang kita lakukan telah disahkan atau tidak serta kita boleh mengetahui sama ada barang yang kita beli tu telah di pos kan. Penjual juga akan update tracking number kepada pengguna.



Selain itu, kita boleh chat dengan penjual bagi memudahkan urusan pembelian. Bagi syima, Shopee adalah aplikasi beli belah yang mudah dan senang. Malah, ianya boleh dipercayai dan syima dah banyak kali membeli belah dengan aplikasi Shopee.


1 comment:

  1. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai