Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, January 9, 2017

Berpeluang DI Makeupkan Oleh FirdusFatin Make Up Artist


Assalamualaikum semua, Minggu lepas syima pergi Prescott Hotel dekat Kajang untuk makeup oleh FirdausFatin Make Up Artist. Pada asalnya, syima menang pertandingan yang dianjurkan oleh Yaya Cendana. Rasa macam tak percaya je dapat menang haha. 


Pada hari tersebut, syima pun datang lah ke Prescott Hotel Kajang dengan menaiki kereta (Kakak yang bawa hehe) sampai ke Damansara untuk mengambil ubat abah syima di KPJ Damansara. Makanya, kakak drop kan syima dekat MRT TTDI. Nasib baik MRT percuma sehingga 16 Januari 2017. Turun je Pusat Bandar Damansara, syima menaiki bas ke KL Sentral. Nasib baik bas pun free haha. Dari KL Sentral, syima naik KTM hingga ke Kajang. Haha begitu lah perjalanan syima untuk makeup. 

FirdusFatin Make Up Artist


Make Up Artist ni nama asalnya ialah Siti Norfatin yang berumur 25 tahun. Beliau asal Selangor dan ialah anak sulong dari 3 orang adik beradik. Beliau juga merupakan seorang Guru Tadika dan kalau korang nak tahu, beliau memenangi Plussize Ambassador Search Malaysia 2016 serta merupakan model Plussize. 

Minat Dari Kecil

Siti Norfatin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Atyn, mempunyai minat mendalam dalam Make Up sejak kecil. Menurut Kak Atyn, belia dari kecil suka curi-curi guna makeup mak serta main conteng-conteng dan makeup kawan-kawan adiknya semasa darjah 4. Kemudian, lama-kelamaan beliau makeup diri sendiri, kawan-kawan. Akhirnya, dengan minat yang mendalam, beliau bertekad untuk belajar makeup dengan lebih mendalam dengan Mak Andam dan daripada Youtube. Beliau masukkan gambar yang telah beliau makeupkan ke dalam Instagram dan dari situ mulanya orang request untuk makeup. Daripada itu beliau mula serius untuk melakukan MUA sambilan.



Make Up Yang Menawan Dan Cantik 


Ini adalah muka syima sebelum di makeup oleh FirdusFatin Make Up Artist.



Ini pula adalah selepas di make up oleh FirdusFatin Make Up Artist. Konsep syima ala-ala Barbie Doll. Hehe Cantikk sangat. Syima suka make up macam ni. Korang rugi kalau tak ambil makeup daripada FirdusFatin Make Up Artist.


Kalau pakai cermin mata pun masih tetap cantik makeup ni.



Untuk Maklumat lanjut :

Facebook : Wardah Hati

Instagram : Firdusfatinfashionbeauty

No Telefon : 019-684 4088



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai