Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, October 24, 2016

Penyakit Glaukoma Boleh Membutakan Mata

"No Wonder It's Called The Silent Thief Of Sight"


Assalamualaikum semua, daripada ayat di atas adalah berkaitan dengan penyakit yang kita akan bincangkan iaitu penyakit glaukoma. Ia tidak mendatangkan kesakitan serta tiada symptom sehinggalah penglihatan semakin kabur dan lama-kelamaan boleh membutakan mata tanpa kita sedari. Jadi, sebelum kita tahu lebih lanjut mengenai glaukoma. Korang kena tahu apa itu glaukoma?



Apakah Itu Glaukoma?



Glaukoma adalah penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik dalam jangka masa panjang. Saraf optik terbentuk daripada 1 juta gentian saraf. Saraf optik menghubungkan mata kita dengan otak kita. Ia sangat penting untuk penglihatan kerana ia menghantar mesej dari mata ke otak.


Jenis-Jenis Glaukoma


- Glaukoma sudut terbuka : Jenis yang paling biasa ditemui di mana sekatan  saliran dalam mata berlaku sedikit demi sedikit. Biasanya menjejaskan kedua-dua belah mata

- Glaukoma sudut tertutup : Sekatan dalam mata berlaku secara tiba-tiba menyebabkan tekanan dalam mata naik dengan tiba-tiba. Kebanyakkannya kaum Cina yang lebih banyak berbanding Melayu dan India. Jika tidak diubati dengan segera ia boleh menyebabkan buta yang berkekalan.


Tanda-Tanda Glaukoma


- Glaukoma sudut terbuka : Kenaikkan tekanan dalam mata tidak diiringi dengan kesakitan. Ramai orang langsung tidak merasai kesakitan sehingga mata sudah terjejas.


- Glaukom sudut tertutup : Kebiasaanya ia menyerang salah satu mata dan bukan kedua-duanya skali, Mata tersebut akan rasa sakit dan merah. Malah, ia diiringi dengan sakit kepala, penglihatan kabur dan rasa muntah.


Siapakah Yang Berisiko Menghidapi Glaukoma?

- Umur 45 tahun ke atas
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma
- Tekanan yang tinggi dalam mata
- Kumpulan etnik Asia
- Menghidapi penyakit kencing manis
- Rabun jauh
- Penggunaan ubat steroid untuk jangka masa panjang
- Pernah mengalami kecederaan pada mata


Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Berisiko?

Hubungi doktor pakar mata (oftalmologi) untuk pemeriksaan mata. Pakar oftalmologi boleh memerisa mata menggunakan alat-alat tertentu untuk mengetahui sama ada korang menghidapi glaukoma atau tidak walaupun tiada tanda luaran.


3 comments:

  1. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    +++++
    Hello! Ini bukan spam! Matlamat hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai