Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, October 22, 2016

Awas! Bagi Si Pemakai “Contact Lens”


Assalamualaikum semua, syima tengok sekarang ni ramai yang memakai “contact lens” atau nama lainnya adalah kanta lekap. Terutama yang berwarna-warni dan bercorak memang sangat berleluasa di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan satu dunia agaknya si pemakai kanta lekap. Tetapi tahukah anda, bahawa kanta lekap mengundang bahaya kepada mata. Malah, apakah risiko yang bakal di hadapi oleh si pemilik kanta lekap?



Kesan Pemakaian Kanta Lekap


“Corneal Ulcer”




Ia adalah jangkitan dibahagian kornea mata. Ia terjadi apabila terdapat luka di kornea daripada benda tajam, geseran dengan benda keras hingga menyebabkan lapisan kornea terhakis seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria atau virus di kornea mata. Ia merupakan suatu komplikasi atau kesan yang sangat serius bagi pengguna kanta lekap. Malah, yang paling menakutkan adalah ia juga boleh menyebabkan kehilangan pandangan atau bahasa kasarnya adalah buta. Terdapat beberapa symptom atau tanda seseorang itu mendapat “corneal ulcer”. Antaranya mata yang merah, rasa sakit di bahagian mata, pengurangan penglihatan dan akan mengelurkan cecair seperti nanah jika ia menjadi semakin teruk.


Mata Kering


Mata kering juga merupakan suatu perkara yang bakal dihadapi oleh si pemakai kanta lekap. Kekeringan mata boleh menyebabkan mata kita penat dan kekurangan kelembapan di mata. Menyebabkan mata rasa seperti ada benda asing di mata dan mata menjadi kemerahan. Malah, mata akan rasa sakit dan membengkak.

 “Conjunctivitis”


Ia adalah jangkitan di bahagian conjunctiva di dalam mata. Ia juga merupakan reaksi mata kepada kanta lekap. Antara tanda-tandanya adalah mata rasa gatal, mata kemerah-merahan atau mempunyai keluaran yang keluar dari mata.

#Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut boleh lah merujuk kepada doktor di klinik atau hospital berhampiran anda.


 Nasihat Kesihatan Buat SI Pemakai Kanta Lekap

1. Pastikan anda membeli kanta lekap a.k.a contact lens di kedai optometrist yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. DI LARANG membeli di internet atau kedai yang tidak mempunyai pengiktirafan.
2. Belajar cara yang betul dalam menggunakan kanta lekap.
3. Pastikan anda membasuh tangan menggunakan sabun sebelum memegang kanta lekap atau pun mata.
4. Bersihkan kanta lekap dengan cecair yang membunuh bakteria.
5. Jangan tidur dengan kanta lekap kerana ia akan meningkatkan lagi jangkitan di kawasan mata.
6. DILARANG berkongsi alat solek,kanta lekap dan tuala muka.
7. Pastikan kanta lekap hanya di pakai dalam jangka 8 jam sahaja.
8. Keluarkan kanta lekap jika terdapat tanda-tanda seperti yang syima terangkan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai