Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, October 9, 2016

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan, resepi simple, mudah, senang, keju leleh, macarooni cheese

Assalamualaikum semua, Syima nak masak pasta iaitu macarooni tetapi syima terlupa pula nak beli Sos Carbonara atau Tomato jenama Prego. Maka, syima mencari ikhtiar untuk buat sos buatan sendiri. Tak salahkan mencuba sesuatu yang baru. Setelah selesai membuat Sos Putih tersebut, rasa sedap pula. Malah, keluarga syima pun cakap sedap. Okay lah syima kongsi resepi syima.


Bahan-Bahan

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan, resepi simple, mudah, senang, keju leleh, macarooni cheese

1. Macarooni/Spaggeti/Pasta
2. Separuh Bawang Besar Dan Bawang Putih (dipotong halus)
3. Sedikit Cili (dipotong halus)
4. 1 ½ Cawan Susu Cair ( korang boleh gantikan dengan susu yang lain juga)
5. Daging/ Ayam (ikut sesedap rasa)
6. Italian Herbs dan Mixed Herbs (boleh beli di pasaraya dan ikut sesedap rasa juga)
7. Sayuran (terpulang kepada korang nak guna sayur apa, syima gunakan sayur lobak merah, tomato dan brokoli)
8. Keju (ikut sesedap rasa juga)
9. Sedikit garam dan serbuk perasa
10. 2 sudu tepung jagung


Cara-cara:

1. Masukkan mentega/marjerin. Syima gunakan Planta sebab baunya harum. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga kekuningan.


2. Masukkan daging/ ayam (syima menggunakan daging burger yang dicincang). Syima masukkan daging/ ayam dahulu sebab nak pasti kan ia masak dengan sempurna dan bercampur dengan bau bawang merah dan bawah putih.

3. Setelah itu, syima masukkan susu cair dan gaul rata.


4. Masukkan 2 sudu tepung jagung. Syima gunakan tepung jagung bagi memekatkan lagi sos dan tepung jagung juga mempunyai bau yang enak.


 

5. Masukkan Italian Herbs atau Mixed Herbs. Jika korang ada kedua-duanya maka masukkan sahaja kedua-duanya seperti yang syima lakukan. Kuantitinya mengikut sesedap rasa korang kerana ada sesetengah orang yang tidak suka dengan bau rempah yang kuat. Maka, terpulang kepada diri sendiri.



6. Akhir sekali masukkan Sayuran dan gaul rata. Syima masukkan sayur akhir sekali kerana mahu sayur tersebut segar dan enak.

7. Setelah itu masukkan macarooni/ spagettti atau pasta dan gaul rata.

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan, resepi simple, mudah, senang, keju leleh, macarooni cheese


8. Setelah siap letakkan ke dalam pingan, letakkan cebisan keju di atasnya dan dibakar sebentar agar keju tersebut meleleh. Syima menggunakan microvawe sahaja bagi mencairkan keju tersebut.

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan, resepi simple, mudah, senang, keju leleh, macarooni cheese



Harap korang dapat enjoy resepi syima J


1 comment:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai