CEN Cendol Pulut Jeniang | Kedah
Assalamualaikum semua. Apa habaq semua? hehe minggu ni dah seminggu syima posting dalam ward. Ada lagi 11 minggu weyh. Ayoyo. Minggu ni syima masuk wad postnatal. Postnatal tu yang lepas bersalin tu. Alhamdulillah syima dapatlah mandi kan bayi dan banyak lagi perkara syima buat. Memang comel-comel lah baby dalam wad. Rasa macam nak cium je haha ( tapi tak cium pun sebab anak orang kan). Nanti ada masa syima story lagi kay. hehe
Kembali kepada tajuk kita, iaitu CEN Cendul Pulut Jeniang. Bukan nak cakap apa lah, tapi ni first time syima makan cendul yang sedap dan banyak macam ni. Memang puas lah. Hari first yang syima datang ke Kedah, nak pergi restoran ni tapiiiii penuh weyh. Aduii. Serius penuh. Mungkin sebab syima datang petang kan. Orang nak datang lepak-lepak dengan keluarga dan kawan-kawan.
Jadi syima pergi hari kedua tetapi syima pergi dalam tengah hari. Tak lah seramai yang hari pertama tu. Jadi syima order cendol pulut special. Sebelum tu CEN Cendul Pulut Jeniang ni bersempena nama di tempat tersebut iaitu Kampung Jeniang. Kampung Jeniang ni dekat kawasan Gurun, Kedah Darul Aman.
Okay lah kembali ke cerita cendul pulut special. Rasanya sedap memang rugi kalau korang tak datang rasa. Memang rasa dia kaw kaw lah. Bayang an masa tu tengah panas-panas, kemudian korang dapat pula makan cendul pulut. Rasa yang sejuk tu bercampur dengan cuaca yang panas memang menghilangkan kehausan yang ada.
Adik syima pula order ABC special. Sebenarnya ABC tu maksudnya Ais Batu Campur. Hehe saja nak bagitahu korang. ABC special ada dua scoop ais krim di atasnya. Rasanya sedap boleh kena Diabetes Mellitus tau.
Selain itu, ada juga jual makanan yang lain. Restoran ni bukan sahaja berasaskan Cendul dan ABC. Malah, ada jual bihun sup, nasi ayam, makanan bergoreng dan laksa. Ada juga makanan berlauk tau.
Bihun sup dia pun sedap juga tau.
Laksa nya pun sedap juga cuma kurang pekat sikit.
Ni pula nasi ayamnya.
Okay lah, korang yang duduk Kedah patut try rasa cendul dan ABC nya okay. Nanti syima share lagi okay. Bye-bye
kedai dia pun nmpak best. tapi kenapa jauh T_T. kedah baq hangg. inshaAllah kalau pegi boleh la singgah lepasni
ReplyDeletebtw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
Terima kasih sebab support ;)
Dekat dengan umah tok saya :D
ReplyDeletesedapppp... singgah blog anak sarjan ok hihih
ReplyDeletejauh lak kedah nun
ReplyDeletesedapnya...terliur
ReplyDelete