Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, March 18, 2016

Jom KetchUp ! 5 Café Dalam 1 Hari

KetchUp | The Food Hunter


Assalamualaikum semua, minggu lepas kan korang ada tengok banyak jenis makanan dan café yang syima pergi dalam instagram dan facebook syima. Ramai juga tanya kemana syima pergi? Apa yang syima lakukan? Malah, ada yang tanya, apa itu KetchUp? Sebabkan syima hashtag #KetchUp kan. Lepas tu ada pula rakan yang lain buat lawak cakap KetchUp tu “sos tomato ke?”. Hahaha


Apa itu KetchUp ??

Disebabkan ramai tanya KetchUp tu apa. Maka, di sini syima nak berhujah la sikit mengenai KetchUp (Haha sikit je, tak banyak pun). KetchUp ni adalah sebuah komuniti. Maksudnya adalah komuniti KetchUp la.. Faham? Maka, apa komuniti KetchUp ni lakukan? Komuniti Ketchup ini ibarat “orang tengah” antara pemilik café dan pelanggan. Bagi penggemar café, ini adalah bonus buat anda kerana korang tidak perlulah nak search cafe banyak-banyak dekat dalam internet. Korang Cuma layari website Komuniti KetchUp sahaja.


Blogger Speed Run

Blogger Speed Run ni apa pula ya? Haha ini bukannya lawan lari antara blogger tau. Ia adalah kolaborasi khas antara Blogger dan Media Influencer untuk bekerjasama review kan café-café tersebut. Gabungan meletop semua blogger adalah seperti Kelab Ben Ashaari, Best Restaurant To Eat, Food Malaysia dan ramai lagi media influencer yang lain. 

5 Café Dalam 1 Hari

Terdapat 5 café yang syima terjah. Memang tip top lah semua café-café ni. Memang eksklusif dan best untuk korang lepak terutama penggemar café, geng Hipter dan geng Raver. Jom kita terjah...

1) Ahoy Café
Ahoy ni bukan lah nama orang. Ia adalah panggilan seperti “Hello”, “Hai” tetapi dalam perlayaran di lautan satu kapal ke kapal yang lain mereka bertegur dengan panggilan “Ahoy”. Maka, disitu menunjukkan perdamaian diantara semua kapal-kapal di lautan. Jika kapal tersebut tidak menyahut dengan “Ahoy” . Kemungkinan kapal tersebut adalah kapal lanun. Konsep cafénya cukup menarik dengan hiasan yang penuh dengan kapal-kapal dan lukisan yang menarik. Ia menggambarkan seolah-olah kita berada dalam satu kapal.


Selain itu, juga makanannya juga menunjukkan konsep café nya iaitu kapal dan lautan.Bread and mushroom soup lazat. Spaggetinya juga rasa unik sebab gabungan spaghetti dan kimchi. Gabungan Eropah dan Korea. Larva cake juga sedap tambah pula dengan ais krim. Nyum nyum. Lepas itu, berdasarkan gambar di bawah, adalah Honeyfee Smoke Duck Salad (Honey + Coffee = Honeyfee)


2) Hype Concept Café

Pemilik Hype Concept Café merupakan seorang pereka designer. Café ini mempunya dua tingkat, di tingkat bawah merupakan café, seterusnya di tingkat atas adalah merupakan butik. Konsep Café Hype ini merupakan “Tea Lab, Fruit juices dan Pastry”. Pemilik café ini tinggal di area Cheras tapi beliau membuka café di Subang Jaya kerana kebanyakkan rakannya yang tinggal di area Subang Jaya. Café ini sesuai dijadikan tempat lepak kerana suasana café yang santai dan rileks, di tambah dengan pelbagai jenis aroma teh memang the best lah.

         
Syima suka pastry nya, terutama kek coklat (maklumlah penggemar coklat). Selain kek, terdapat juga pai. Kemudian, ada Ice Cube Chai (terdapat gambar di bawah) Cuma masukkan susu ke dalam kiub ais dan kacaukan ia.

     
       

3) Café Aboong Malaysia

Nama Aboong ini adalah daripada ‘aiskrim’ dan ‘ikan’ bak kata pemilik café ini. Malah, idea Café Aboong ni pula apabila pemilik café ini bertemu rakannya yang berada di Hong Kong, dan di Hong Kong terdapat satu café yang menjual ikan aiskrim ini. Selain itu, pemilik juga melawat di negara Thailand dan di situ juga mempunyai café begini. Oleh itu, pemilik membuka café Aboong ini di Malaysia. Kebanyakkan bahannya adalah diimport daripada Korea.
         
Bagi pendapat syima, syima suka rasa nya sebab bahan ikan adalah ranggup dan masih panas, digabungkan pula dengan aiskrim, ternyata lazat (well perempuan memang always suka benda manis). Kami juga bernasib baik kerana dapat merasa Aboong perisa keju yang masih belum diberikan nama lagi. Agak unik rasanya sebab ni pertama kali syima rasa aiskrim keju.
        


4) Big Mike Café 

Big Mike Café juga berkonsepkan perkapalan dan lautan. Yang menarik di Big Mike adalah di dindingnya terdapat suatu bingkai yang mempunyai perceritaan Mike dalam perlayarannya. Malah, dalam perceritaannya itu mempunyai menu yang dijual di Café Big Mike ini. Haaa.. Menarikkan?
     

Café ini juga menyediakan makanan ala-ala dalam cerita Sponge Bob gitu haha kerana mempunyai Ice Cream Burger ibarat macam Krabbi Patty gituu. Syima suka rasa kambing bersama salad dan potato mashed ni, korang kena datang dan try sendiri ok.
 


5) Meteora Café

Meteora Café diilhamkan oleh abang kepada pemilik café ini yang merupakan chef disitu. Menurut pemilik Meteora Café, café ini adalah seperti ‘family business’ kerana abang nya chef manakala ibunya pula seorang interior designer. Hiasan café tersebut juga menarik terutama bahagian lampunya. Sesuai untuk lepak-lepak terutama golongan muda.

     
Yang menarik di Meteora Café adalah ia mempunyai ‘Churros’. Malah, menu kambingnya di beri nama “Marry Had A Little Lamb”. Nama menu ini diberi oleh ibu pemilik café ini sendiri. Syima suka menu kambingnya kerana mempunyai 2 jenis sos yang berlainan. Juga di Meteora Café terdapat Spagetti Aglio Olio dan Burger.


Memang best la ‘ Café Hopping’, bukan setakat dapat merasakan inspirasi pemilik café malah makanan nya juga lazat serta menyelerakan. Café ini ibarat apa yang pemilik inginkan dan apa yang menginspirasikannya. Malah, makakanannya juga turut diilihamkan oleh pemilik café berdasarkan konsep cafénya. Komuniti KetchUp ini sangat bagus buat pengunjung yang mencari-cari café yang ‘Daebak’ (tu bahasa Korea, bahasa melayunya terbaik).

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh layari :
Laman Web

Atau

Facebook

Atau

Instagram





4 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.