Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, March 25, 2016

Gabungan Meletop Elle Zada & Sam Syatilla Dalam Projek Raya 2016

Projek Raya Elle Zada & Sam Syatilla 2016 | Ini Barulah Champion !


Assalamualaikum semua,




Nama Elle Zada tidak asing lagi di dunia fesyen mahupun media social. Sebut je nama Elle Zada, orang akan terbayangkan fesyen atau design mereka yang menarik, elegant dan paling penting patuh syariah. Untuk pengetahuan korang,  baru-baru ni Elle Zada telah melancarkan Projek Raya bersama selebriti yang terkenal dan masih hangat berkahwin. Haaa.. siapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Wah-wah, cuba korang bayangkan gabungan meletop antara Elle Zada dan Sam Syatilla, memang hebat tau terutama pada design kolaborasi mereka. Alhamdulillah, syima juga diberi peluang untuk hadir ke press conference mereka bersama rakan blogger yang lain.


Press Conference tersebut telah dirasmikan oleh seorang tokoh wanita yang amat dikagumi dalam bidang perniagaan iaitu Dato’ Normaziah serta Dato’ Zaini Tahar. Malah, hos pada hari tersebut ialah Heliza Helmi dan Nik yang turut memperagakan pakaian daripada Projek Raya Elle Zada & Sam Syatilla 2016. Sungguh cantik dan kacak apabila kedua-dua hos tersebut menggayakan pakaian tersebut.



Kemudian, kami menyaksikan video pendek yang menunjukkan koleksi-koleksi pakaian Projek Raya Elle Zada & Sam Syatilla 2016. Walaupun video tersebut dalam jangka masa yang agak pendek tetapi amat menghiburkan. Seterusnya, beberapa jejaka tampan yang segak bergaya menggayakan kurta dan baju melayu daripada Projek Raya Elle Zada & Sam Syatilla 2016 melakukan persembahan bar dengan penuh dramatisnya. Takut juga syima tengok aksi mereka kerana bergayut pada palang besi, malah yang mengkagumkan syima adalah pakaian yang mereka pakai sungguh tahan lasak dan moden.


Menampilkan ciri-ciri sofistikated, moden namun praktikal merupakan kombinasi idea antara Shaheizy Sam, Syatilla Melvin dan Elle Zada yang menyerlahkan lagi personality peribadi selebriti ini yang bercita rasa tinggi.

     

Menurut Shaheizy Sam, beliau menyukai sesuatu yang “multi purpose”. Contohnya sperti kurta yang Shaheizy Sam gayakan, jika ia dimasukkan kedalam seluar, ia boleh dijadikan baju untuk pergi berjalan-jalan. Malah, jika ia dipakai dengan sampin, ia dah jadi seperti baju melayu.

     

Koleksi yang bakal dikeluarkan ini adalah daripada fabrik yang sangat berkualiti dan premium. Malah, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 manakala koleksi premium eksklusif pula ialah RM299-599.

Nak Potongan Harga ?

Haaa.. Sebut mengenai harga, korang boleh dapat potongan RM20 dengan pembelian secara Pre-Order daripada agen daripada Elle Zada. Bilakah Pre-Order tersebut???
Jeng-jenggg.. Pre-Order bermula pada 20 Mac 2016 sehingga 30 April 2016. Malah, untuk setiap item yang diorder, akan di pos kan secara berperingkat mulai 1-8 Mei 2016 (bergantung kepada persediaan stok).



     


Apa Kelebihan Pre-Order ??

  • Semasa tempoh pre-order, semua item yang dipromosikan layak mendapat potongan RM20 dari harga asal.
  • Syarat untuk mendapatkan potongan adalah melakukan pembelian melalu iagen
  • Produk memang pasti akan dapat (kalau tungu masa puasa baru nak beli memang boleh tak dapat beli sebab sold out. Hehe jangan menyesal ya)

Harga Pakaian Lelaki

NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA
PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109

* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu
* Jubah tidak termasuk butang


Harga Pakaian Perempuan


NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA
PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209

Kalau korang nak tahu, yang uniknya Projek Raya Elle Zada & Sam Syatilla 2016 adalah, bukan hanya untuk orang dewasa sahaja. Pakaian untuk kanak-kanak pun ada tau ! Haaaa.. Terbaik kan?


     
     
    

Mana Nak Cari Agen ???

Haaaa.. Klik sahaja di  Senarai Ahli Keluarga Elle Zada & Sam Syatilla . Jadi, Apa yang korang tunggu lagi?? Cepat-cepatlah cari agen yang berdaftar sekarang !! Sebelum menyesal kemudian hari.

     



Wah-wahhh terbaik lah !  Dah la kualiti premium tapi harga mampu milik
#IniBarulahChampion !!! #ProjekRayaElleZada&SamSyatilla2016



Untuk makluman lanjut, boleh layari :


Website : www.ellezada.com

Butik : Elle Zada Principle Boutique Your Tudung Labuh Expert,
No 12 & 12A Ground Floor, Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Facebook : www.facebook.com/ElleZada


Instagram : www.instagram.com/ellezada


Email : ellezadaofficial@gmail.com




3 comments:

  1. smart dan elegen.. warna merah paling mengoda!

    ReplyDelete
  2. Dah plan nak beli untuk raya nanti. memang cantik, suka tengok material yang Heliza pakai ari tu..

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai