Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, April 2, 2016

Dark Circle Concealer Correcteur | NYX

Bagaimana nak tutup lingkaran hitam bawah mata ???

Assalamualaikum, hari ini syima nak story tentang lingkaran hitam bawah mata. Pastinya ramai yang mal tutup lingkaran bawah mata haha termasuk lah syima. Ada yang cakap syima macam panda erm ermm. hahaha. Tapi tu dulu lah. Sekarang ni ada yang tanya syima lingkaran hitam bawah mata syima makin berkurangan. Macam mana syima hilangkan nya. Apa yang syima lakukan untuk hilangkan, dan macam-macam lagi lah.




   
Jawapan syima hanya "Aku tak hilangkan cuma padamkan je". Lepastu syima story la kat kawan, syima tengok dekat instagram, video cara-cara make-up dengan sempurna dan masih nampak 'natural'. Salah satu cara adalah penggunaan 'Concealer'.


Concealer itu khas untuk menutupi cela-cela. Tudiaaa ayat macam dalam iklan haha. Salah satu fungsi concealer adalah menutupi lingkaran baawah mata. Maka, dengan pengaruh 'Instagram' tersebut, syima pun pergi lah ke Mid Valley untuk mencari Concealer.

Sampai je di Sephora, Mid Valley, syima tak tahu nak pilih concealer macam mana, sebab terlalu banyak jenis concealer dan banyak jenama. Malah, ada banyak jenis harga yang berlainan. Sudah pastinya, syima nak cari yang murahkan hahaha. Habis semua jenis concealer syima cuba, last-last tanya pekerja disitu dan dia bagi syima cuba jenama NYX " Dark Circle Concealer Correcteur ".

    

Memang kesan concealer NYX terbaik lah ! Kurang la lingkaran bawah mata daripada sebelumnya. Korang kena try, concealer ni serius. Sebab syima sendiri dah try. Kotak dia macam gambar di bawah.


Okay lah, jumpa korang dalam next entry. 



Salam sayang, Syima.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai