Larian Nike Run Kl 2016
Assalamualaikum semua, pada 10 April 2016, Ahad. Ketika semua tengah nyenyak tidur dan berdengkur haha kami "student nurse" bangun pukul 1 pagi untuk pergi ke Nu Sentral. Tudiaaaa.. First time kerja memalam gini ketika semua tengah tidur. Ini adalah pengalaman yang amat berharga dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Kami dari PPUM sebagai 'medic team' di "We Run KL 2016, NIKE Malaysia 21K", bertempat di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Sampai je kami di sana, kami diberi penerangan mengenai atur cara larian. Syima dan dua orang lagi rakan berada di 'station 6' iaitu pada kilometer ke 17.
We Run KL 2016 mempunyai seramai 8000 pelari yang terdiri daripada pelbagai bangsa, malah ada pelari dari luar negara seperti Korea dan Amerika Syarikat. Acara larian bermula jam 0500 pagi. Malah, larian ini adalah sepanjang 21 kilometer. Kebanyakkannya berumur 18 tahun ke atas.
Maka, ketika syima jadi medic team, mula-mula tu syima bantu dalam pemberian air kepada pelari. Kelihatan pelari ramai yang nampak penat dan kehausan. Kemudian, ramai yang kejang kaki dan ada yang terseliuh. Tugasan kami sebagai medic team adalah berikan rawatan kepada mereka yang cedera. Heheh
Disana, kami berkenalan dengan pelajar dari Universiti lain, antaranya dari Unisel dan MSU.Mereka adalah Voluteer yang datang dalam memberi sokongan dalam larian ini. Kebanyakkan pelari, mendapat pingat dan terselah muka yang gembira pada riak wajah mereka kerana berjaya menghabiskan larian sepanjang 21 kilometer.
Syima rasa bangga sebab beri rawatan kepada mereka yang memerlukan, rasa macam dihargai sangat. haha. Apa-apa pun, ini adalah pengalaman yang berharga sangat dan syima ucapkan tahniah kepada semua pelari yang berjaya menamatkannya. Yeah !
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai