Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, April 25, 2016

Rizq Design Hasilkan Jubah Modern Bagi Para Jejaka

Jubah Lelaki Moden | Rizq Design


Assalamualaikum semua. Hari Raya lagi 3 bulan je. Korang dah cari baju untuk raya? Masa raya adalah kelebihan bagi kaum wanita kerana memiliki pelbagai jenis koleksi dan warna untuk dipakai. Tetapi, bagi kaum lelaki, agak sukar untuk mencari koleksi-koleksi pakaian yang selesa dan trendy untuk dipakai pada Hari Raya nanti. Setiap tahun, mesti “Baju Melayu” kan? Haaaa mesti dah bosan kan? Hehe apa kata tahun ni korang para jejaka yang tampan lagi segak bergaya dengan menggunakan jubah atau kurta.Haaaa.. itu trend terbaru tau. Bukan setakat mengikut trend malah selesa untuk dipakai. Okay lah kembali kepada topik utama kita.


Korang pernah dengar jenama daripada Rizq Design? Alaaa, yang famous dekat dalam Instagram, Facebook dan media social yang lain tu. Haaa, kalau korang nak tahu, Rizq Design ni membuat design khas untuk para jejaka iaitu Jubah dan Kurta. Pengasas Rizq Design adalah oleh Fazreen Rafi. Seorang pelakon yang mencipta nama di industry seni tanah air dan pertama kali syima tengok beliau berlakon adalah dalam drama “Spa Qistina atau Spa Q”. Cerita tersebut memang hangat ketika itu.


Disebalik nama Rizq Design adalah sempena nama anak beliau iaitu Rizqeen Humaira, Rizqin Qayyum dan Rizqin Nuwais. Anak beliau semua comel-comel hehe. Rizqy Design juga telah beroperasi selama 3 tahun dan sudah mempunyai butik kilang. Malah, Rizqy Design mempunyai pelbagai jenis koleksi jubah, kurta, warna dan saiz. Saiz yang tersedia adalah dari saiz S ke XXL. Kalau korang nak tahu, material yang digunakan adalah tahan lasak dan tidak mudah panas. Al maklumlah sekarang kan musim panas, jadi mesti korang nak kain yang tidak panas kan?

Wow ! Open Day Rizq Design


Rizq Design akan mengadakan Open Day di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Haaaaa.. bagi korang yang nak cari duit poket atau duit sampingan, korang boleh jadi agen/dropship bagi Rizq Design (Jubah Lelaki Moden). Yang bestnya Open Day ini adalah, korang boleh lihat sendiri dan merasai koleksi jubah dan kurta Rizq Design. Hehe mesti korang tertanya-tanya bila Open Day akan diadakan? Ia diadakan pada 30 April 2016 dan 1 Mei 2016. Pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. So, boleh la korang merasai pakaian Rizq Design dari pagi sampai malam, hehe gurau je. Bagi agen/dropship boleh mula membuat pre-order pada 30 April 2016 dan pada 1 Jun 2016 stok Rizq Design akan dipasarkan. Wow ! ada berita baik bagi agen/dropship Rizq Design adalah korang boleh dapat kadar keuntungan sebanyak 20% sehingga 50% !!! Wah-wah memang terbaik lah ! Apa lagi korang tunggu, cepat-cepatlah jadi agen/dropship Rizq Design kerana ia adalah terhad.


Special Project Rizq Design


Korang kenal Hafidz Roshdi? Ala.. Pelakon yang popular dengan drama “Tundukkan Playboy Itu”. Kali ini Rizq Design mengadakan kolaborasi istimewa bersama pelakon tersebut. Ternyata sungguh kacak, segak dan tampan ketika Hafidz Roshdi menggayakan jubah dari Rizq Design. Hahaha mesti gadis-gadis, cewek, dan wanita di luar sana tergoda dengan Hafidz Roshdi termasuklah syima. Errr hahaha.

Harga Jualan !

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa harga bagi satu jubah atau kurta. Bak kata syima “Don’t worry, Be happy”, harganya semua berpatutan dengan kualiti pakaiannya tau. Kebanyakkan koleksi jubah dan kurta moden adalah dalam lingkungan RM109 sehingga RM229. Kalau bagi syima la kan, baik korang beli dah siap dari Rizq Design daripada korang nak beli kain dan tempah jahit dekat orang. Jimat masa dan tenaga tau. Hehe. Untuk pengetahuan korang, Rizq Design mempunyai 3 koleksi jubah yang hebat dan 1 koleksi kurta. Menariknya koleksi ini kerana mempunyai 10 pilihan warna bagi setiap koleksi.


Koleksi Jubah Terbaharu Yang Unik Dari Rizq Design 

Korang nak tahu, ni pertama kali syima lihat jubah yang unik dan menarik untuk dipakai pada hari raya. Yang menariknya jubah ini adalah, ia mirip-mirip dengan pakaian kungfu. Kalau pakai jubah boleh berkungfu, ia bermakna material dan kualitinya terbaik. Tahan lasak dan mempunyai pelbagai warna. 

      



Jualan akan bermula 1 Jun 2016. Maka, moh lerr ramai-ramai, kita beli jubah dan kurta daripada Rizq Design. Siapa cepat, dia dapat.


 
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Boleh Layari :



Atau


Atau

Mesej/ Whatsapp : 011 2152 4939

Atau



Lihat lah Kelab Blogger Ben Ashaari pun support Rizq Design



8 comments:

  1. smart jubah merah tu, lain dari yang lain! berkenan nak beli untuk husband ni..

    ReplyDelete
  2. Rasa nak beli tuk diri sendiri je hikhik

    ReplyDelete
  3. Rasa nak beli tuk diri sendiri je hikhik

    ReplyDelete
  4. nak ushar yang saiz besar sket, cool gak jubah ipman tu... hihihihiii...

    ReplyDelete
  5. nice...lawa banget yg merah tu.. tapi nnti orng ingat raya cina plak.. hahahaha...
    uih, tapi berkenan giler ngan design merah tu.. hmm..

    ReplyDelete
  6. cantik la design baju utk laki niey.. nampak stailo.. :D... blogwalking here.. :D

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.