Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, February 1, 2016

Jom Belajar Makeup Dengan Sarah Hata

Kelas Demo Solekan Oleh Sarah Hata | Jom Jadi Cantik


Assalamualaikum semua.

Waduh waduh.. Makeup.. Perempuan mana yang tak suka makeup. Semua peremuan suka makeup tapi skill makeup tu tak ada. Dalam bag tangan syima pun hanya ada bedak, gincu dan maskara. Itu pun kadang-kadang pergi kelas tak pakai apa-apa pun dekat muka.

So, Alhamdulillah syima diberi kesempatan untuk hadiri kelas makeup. Kelas kau jah. 
Sebenarnya, nampak je susah nak makeup, tapi kalau kita dah belajar teknik yang betul, confirm korang boleh jadi Diva. Eh, tak ada lah sampai jadi Diva, sekurang-kurangnya boleh nampak natural gitu.


Kami bermula dengan sesi perkenalan diri, kemudian Cik Puan Sarah memberi kami semua sehelai kertas A4 dan dia suruh kami untuk melukis wajah kami dengan menggunakan tangan kiri (bukan dominan). Omaiiii..! Serius kekok nak lukis tangan kiri. Tapi, lukis je la hehe.


Rupa-rupanya, bila kita lukis tangan kiri (bukan dominan), kita akan lukis bentuk wajah kita yang sebenar. Tengoklah hasil syima di atas.



sumber dari google


Mula-mula kami diterangkan mengenai penampilan diri. Ia terbahagi kepada 3 aspek iitu A,B dan C. A adalah 'Appearance' iaitu makeup, kulit, bentuk muka, bentuk badan dan sebagainya. Manakala, B adalah 'Behaviour' iaitu tingkah laku contohya seperti 'Dining Ethique'. Seterusnya adalah C iaitu 'Communication'. Communication kita bagi setiap pangkat itu berbeza. Gaya kita bercakap dengan orang yang lebih tua dan gaya berkomunikasi dengan rakan-rakan juga lain. Terutama, kita adalah warganegara Malaysia yang penuh dengan budaya dan adab.

sumber dari google

Seterusnya, kami belajar mengenai kulit muka. Untuk pengetahuan korang, ada lima jenis kulit muka taw iaitu kulit yang berminyak, kulit yang normal, kulit yang mempunyai kombinasi, kulit kering dang kulit yang sensitif. Selalunya kulit yang berminyak mempunyai jerawat. Manakala, kulit yang kombinasi pula hanya berminyak di kawasan 'T' zone. T zone itu di dahi dan hidung. Untuk kulit kering pula, iai adalah kusam, mempunyai keruping dan jerawat pasir. Bagi kulit sensitif pula, ia bergantung kepada cuaca, produk, makannan, faktor umur dan pembedahan kosmetik muka.



Okay, sekarang baru kita belajar basic makeup. Basic makeup mesti ada semua ini iaitu mosturizer untuk melembapkan muka. Primer pula boleh menutup pori dan jerawat. Foundation pula mempunyai 3 jenis iaitu stick, cream dan liguid. Untuk semua jenis kulit, Cik Puan Sarah menggalakkan kita menggunakan foundation yang jenis stick. Kemudian counciler untuk menutup lingkaran gelap bawah mata. Makeup brush, menurut Cik Puan Sarah brush sangat penting dan harus ada dalam makeup. Powder ada dua jenis iaitu compaq dan loose powder, untuk hasil yang terbaik Cik Puan Sarah menggalakkan kita menggunakn loose powder. Kemudian ada eyebrow pensil, eyeliner, mascara, blusher, lipstick dan lipglouse.



Teknik makeup juga penting. Menurut Cik Puan Sarah, kita perlu makeup dari atas ke bawah mengikut turutan. Turutannya adalah :

  1. Foundation
  2. Concealer
  3. Powder
  4. Eyebrow
  5. Eyeshadow
  6. Eyeliner
  7. Mascara
  8. Blusher
  9. Lipstick
  10. Lipglouse


Banyak teknik makeup yang Cik Puan Sarah kongsikan, kalau korang nak tahu lebih mendalam, korang boleh join kelas ni. Harga bagi kelas makeup by Sarah Hata amat berpatutan dan kalau korang nak tahu kelas ni serius memang menyeronokkan. 











Makeup diatas sesuai untuk kita pergi dinner atau kenduri kahwin. Malah, boleh pakai ketika ke pejabat.


Makeup di atas pula adlah simple dan look nice. Cik Puan Sarah hanya menngunakan Blusher untuk eyeshadow.


Inilah hasil yang indah daripada Cik Puan Sarah






Memang best dapat ilmu daripada Cik Puan Sarah. Malah, orangnya sangat peramah serta penjelasan mengenai makeup daripada Cik Puan Sarah jelas dan mudah difahami.





Kalau korang nak tahu, Hijabella Studio ni sangat condusive dan elegant. Reka bentuk studio nya memang cantik dan kalau korang nak photoshoot disini pun boleh.




Fefeeling retis jap dalam Hijabella Studio hehe




Untuk maklumat lanjut mengenai kelas makeup atau korang ingin Cik Puan Sarah makeup bagi pertunangan, dinner atau majlis resepsi korang. Atau jika korang berminat untuk membeli brush makeup by Sarah Hata, korang boleh hubungi :

Nombor Telefon :
017-630 9921 (WA only)

Atau

Email :

Atau

Instagram:

Atau

Blog:

2 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.