LivingWell | LivingFood
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat? Sudah berapa banyak kempen yang telah dijalankan, tetapi tiada kesan dan perubahan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung meningkat jumlah pesakitnya saban hari. Adakah faktor yang utama untuk hidup sihat??
Ashley's By LivingFood Cafe
Okay lah, petang tadi syima pergi ke Ashley's By LivingFood Cafe, area Bangsar (waze: Ashley's by Living Food) anjuran KetchUp's Cafe (Facebook: KetchUpCommunity). Bersebelahan dengan Dip n Dip. Konsep di sini adalah semuanya berkaitan makanan dan minuman yang menyihatkan dan memberi nutrisi yang lengkap kepada badan. Malah, cafe ini menggunakan semua jenis bahan yang organik, tiada perasa tambahan, tanpa pengawet dan dimasak dengan kaedah yang terbaik. Kalau korang nak tahu, nama Ashley's By LivingFood Cafe di ambil sempena nama pemilik dan juga chef cafe ni iaitu Ashley.
Ini adalah makanan yang kaya dengan nutrisi. Yang dalam bikar kecil tu adalah campuran buah nenas, buah oren dan buah mangga. Bahagian tengah pula, adalah coklat bersama kacang. Coklat ni kegemaran syima tau hehe, tu yang syima makin chubby. Yang kanan sekali adalah kekacang yang terdiri daripada kacang almond dan lain-lain.
Badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap sekaligus untuk akal dan badan yang sihat. Jadi, bagi korang yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat, korang boleh cuba makan di Ashley's By LivingFood Cafe. Makanan dia sedap dan yang paling penting "Healthy For Our Lives" Omputih baq hang.
LivingWell Centre Of Advanced Medicine
Kemudian kami ke LivingWell Centre Of Advanced Medicine berdekatan dengan Ashley's By LivingFood Cafe juga. Disini kami di beri penerangan oleh Encik Stirling Yin. Beliau memberitahu mengenai prinsip kehidupan yang sihat. Beliau yang merupakan pemilik LivingWell's dan penasihat bagi LivingFood berkata, terdapat lima jenis teori untuk kehidupan yang sihat.
1. Oxygenation / Pengudaraan
Sumber Google |
Menurut beliau, oksigen akan digunakan untuk metabolisma makanan, proses eliminasi toxin, proses informasi otak dan untuk menghasilkan tenaga. Malah, semua organ dan fungsi badan sangat memerlukan oksigen.
2. Water / Air
Sumber Google |
Kalau korang nak tahu, badan kita mempunyai 80% air. Fakta menarik kan? Jadi persoalannya adalah adakah air di dalam badan mempunyai tinggi anti-oksida atau bersih tanpa sebarang jenis toxin.? Atau tinggi dengan bahan kimi? Maka, korang kena datang ke LivingWell Centre Of Advanced Medicine untuk mengetahuinya.
3. Nurtition/ Nutrisi
Makanan sangat-sangat mempengaruhi tubuh badan kita. Contohnya, kita mengambil makanan yang sangat manis setiap hari sehingga menyebabkan hormon insulin di dalam badan tidak dapat mengawalnya lagi, Maka ia dinamakan Diabetes Mellitus atau bahasa melayunya kencing manis. Atau pun, senntiasa mengambil makanan yang tinggi kolestrol dan lemak boleh menyebabkan risiko kepada Hypertesion atau darah tinggi dan juga strok.
4. Positive Stress
Stress juga menpengaruhi tahap kesihatan kita. Apabila stress bertambah maka tekanan darah pun bertambah. Banyak perkara yang boleh hilangkan stress, jika nak tahu. Korang boleh Call 0103257227 atau emailkan pada LivingWellSB@gmail.com.
5. Healing Fields
Sekarang kan zaman teknologi dan gadget. Semestinya untuk rawatan juga mempunyai teknologi. Di LivingWell Centre Of Advanced Medicine, mereka menggunakan "Pulse-Electromagnetic Fields" (PEMF). Hebat kan???
Pulse-Electromagnetic Fields (PEMF)
Rakan blogger, Razi sedang mencuba Pulse-Electromagnetic Fields (PEMF)
|
Ia merupakan terapi yang menggunakan frequency sebagai alat penyembuhan dan 'recharges' 100trillion sel di dalam badan bagi meningkatkan kualiti hidup. Mudah sahaja rawatannya, korang tidak perlukan masa yang lama,boleh mengatasi pelbagai jenis penyakit dan merawat dalaman dengan lebih efektif.
Ini adalah alat Pulse-Electromagnetic Fields (PEMF) |
Ia mengambil masa selama 10 minit untuk dua kali sehari sahaja. Ia merawat tanpa memerlukan terapi invasif mahupun ubat-ubatan. Ia membantu dalam penyerapan nutrisi, mengurangkan kesakitan dan inflamasi, menggalakkan pengaliran darah, meningkatkan detoksfikasi dan banyak lagi kelebihannya.
Boleh try nnti.. suka makan.. tp cafe ini makanan yg bkhasiat..bagus..
ReplyDeleteTapi betul lah, lepas PEMF tu.. Malam tu tidur nyenyak sangat...
ReplyDeletebagusnya...skrg pilihan kt tangan kita, nk mkn apa..dan utk apa..sihat bagus utk beramal dgn lebih baik.
ReplyDeletemacam best je ni...
ReplyDelete