Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, July 22, 2016

Bestnya Makan Di Owlery Cafe

Owlery Cafe | Dine & Grind




Assalamualaikum semua, dah lama tak update blog kerana sibuk dengan orientasi pelajar junior masuk hehe. Almaklum lah dah tahun ketiga sekarang. Tup tup tahun depan syima dah graduate.
Oklah, hari tu syima makan di suatu cafe. Cafenya yang simple, cantik dan banyak kemudahan memang menarik minat syima.



Lokasi & Kemudahan Di Owlery Cafe



Mesti ramai yang tertanya-tanya di mana lokasi Owlery Cafe. Alamatnya adalah Owlerycafe Dine & Grind, 6, Jalan Dagang B/3A, Taman Nirwana, 68000, Ampang, Selangor, Malaysia. Waze pun boleh juga, type je "Owlerycafe Dine & Grind".




Kalau korang nak tahu, pemilik Owlery Cafe amat menyukai "Burung Hantu", Oleh itu semua konsep hiasan di dalam Owlery Cafe mempunyai "Burung Hantu". Di sini juga menyediakan kemudahan tandas dan WIFI percuma.


Bagi yang membawa anak-anak kecil, korang tak perlu risau lagi kerana di Owlery Cafe mempunyai sudut untuk kanak-kanak bermain. 


Menu Utama

Brunch Owl Style

Bagi korang yang tak sempat nak makan sarapan pagi tapi jam dah nak dekat tengah hari. Boleh lah korang makan dekat Owlery Cafe kerana ia menyediakan makanan Brunch yang mengenyangkan perut. Bagi pendapat syima, semua makanan di Owlery Cafe lazat,  menyelerakan dan kena dengan tekak syima.

Egg Florentine

Eiffel Toast

English Pancake

Owl Pillow

Prime Starter


The Hot Selection

The Hot Selection terdiri daripada Steak, Fish&Chip dan banyak lagi. Ia amat sesuai untuk makan malam bersama keluarga. 

Aussie Rib Eye Steak

Cheezy Spring Chicken

Owlery Fish & Chip

Pan Crispy Norwegion Salmon




Asian Selection

Bagi sesiapa yang meminati makanan asia atau makanan melayu, jangan risau kerana di Owlery Cafe mempunyai makanan khas untuk orang melayu macam syima.

Steam Mackerel Fried Rice

Tiger Prawn Fried Noodle

Owlery Sambal Fried Rice



Crispy Crab Egg Noodle



Burger

Bagi penggemar burger, di sini juga mempunyai pelbagai jenis burger yang memikat selera serta lazat untuk dimakan.

Chicken Supreme Burger

Beefy Madness Burger

Crispy Crab Burger


Tak Tahu Nak Sarapan Dimana? | Sandwich

Tak tahu nak sarapan di mana?? Di Owlery Cafe Mempunyai sandwich juga untuk sarapan pagi.

Chicken Pesto Sandwich

Tuna Classic Cold



Salad

Buat sesiapa yang menggemari salad, korang boleh cuba salad disini. Rasa fresh je sayur-sayuran dan amat sesuai yang mahu berdiet maacam syima hehe.
Asian Smoked Chicken With Mango Salad

Caesar Salad smoke salmon

Owl Garden Salad


Hidangan Sampingan | Snack

Bagi korang yang mahukan hidangan sampingan, boleh la rujuk pada gambar dibawah. Ada pelbagai hidangan sampingan yang disajikan.

Bread Bruchetta

Cheesy Crispy Nachos

Chicken Buritos

Cruchy Seafood

Owl & Roll

Spicy Chicken Wing


Owlery Drink | Hot & Cold

Yang menarik di Owlery Cafe adalah minumannya. Kerana di setiap minuman yang sejuk akan diletakkan garam di sekeliling gelas malah rasanya sedap. Tapi semua minuman di sini, semuanya sedap di tekak syima. Korang kena try hehe

Cappuchino


Caramel Machiato

Peanut Chocolate

Nutella Chocolate

     

     


     

       

     


     



Pencuci Mulut | Owlery Dessert

Wah wah tak lengkap lah hidangan makanan tanpa pencuci mulut. Bagi penggemar pencuci mulut a.k.a desser, boleh try semua pencuci mulut disini. Serius sedap hehe maklumlah manis memang sedap
Bread Butter Pudding

Brownies With Ice Cream

Owlayaki With Red Bean


Bagaimana Untuk Menghubungi Owlery Cafe?

Mudah sahaja untuk menghubungi Owlery Cafe, dengan melalui Facebook Owlerycafe Dine & Grind . Serta boleh follow di Instagram Owlerycafe . Atau boleh menghubungi 03- 4287 9639 jika ingin membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan.

2 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai