Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, August 7, 2016

Vitamin C Untuk Kecantikkan Luar Dan Dalam

Vitamin C | Sandoz


Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi jalan-jalan di Mid Valley, then syima masuk Guardian nak cari barang makeup sikit. Kemudian ada seorang promoter suruh syima rasa air vitamin C katanya.  Syima pun try lah, rasanya masam-masam sikit. Promoter tu pun suggest vitamin C jenama Sandoz kepada syima sebab masa tu memang syima tengah demam dan selsema. Masa tu pula vitamin C ni tengah diskaun daripada RM40 lebih ke RM32. Dalam tu ada 4 kotak, setiap kotak ada 10 biji. Satu biji vitamin C mempunyai 1000mg, bak kata promoter tu, orang dewasa seharusnya ambil 1000mg vitamin C setiap hari.

Kelebihan Vitamin C


1. Bagus untuk kesihatan jantung. Melindungi daripada penyakit jantung.

2. Membaiki tisu badan dan merawat luka.

3. Menghalang daripada penyakit Scurvy.

4. Mengurangkan kolesterol dalam badan.

5. Melindungi badan daripada sebarang jenis penyakit.


Demam Dan Selsema Hilang Selepas 2 Hari



Betul lah promoter tu cakap dekat syima, selepas 2 hari ambil vitamin C, boleh sembuh daripada selsema dan demam. Tapi sebenarnya bergantung kepada antibodi badan masing-masing. Bagi syima, 2 hari syima ambil vitamin C, syima sembuh. Tambahan pula, syima jenis tak suka makan panadol, memang sesuai syima ambil vitamin C.



 Cara Pengambilan Vitamin C Sandoz

 


Mudah sahaja cara pengambilannya, tablet vitamin C (merujuk kepada gambar diatas) dimasukkan ke dalam 200ml air atau satu cawan air. Tablet tersebut akan mencair, ia diibaratkan macam minum "Eno Halia"  yang akan larut dalam air.

Sampai sekarang syima mengamalkan minum vitamin C setiap hari. Alahan syima terhadap kucing atau habuk pun berkurang. Jangan lupa jaga kesihatan korang. "Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat"

1 comment:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.