Telefon Ku Rosak
Assalamualaikum semua. Syima nak story sikit, hari Sabtu hari tu, telefon bimbit Syima rosak. Nak dekat seminggu lah syima pinjam telefon kawan untuk kegunaan seperti telefon, mesej dan Whatsapp. Mula-mula telefon syima tu "hang" kemudian syima off dan hidupkan semula tapi ! Tak hidup-hidup. Memang nangis juga lah sebabnya ia adalah telefon kegemaran dan sangat diperlukan terutama bila ada tugasan yang memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Tambahan pula sekarang ni tempat belajar syima memang menggunakan I-Study. Apa-apa info pensyarah akan update dalam I-Study. Syima tengok I-Study dalam telefon sahaja tapi apabila telefon rosak. Menangis tak berlagu lah jawabnya.Oppo Menjadi Pilihan
Telefon syima yang rosak tu adalah jenama Oppo dan yang syima beli baru ni juga adalah telefon jenama Oppo. Haha Oppo tu bagai meresap-resap ke dalam jiwa. Oppo ok, bukannya Oppa (panggilan orang Korea bagi abang). Persoalannya kenapa syima tetap memilih Oppo??
1. Camera Selfie Yang Terbaik
Salah satu faktor syima suka Oppo adalah, camera hadapan memang tiada tandingannya. Maklumlah perempuan memang nak tengok dia cantik dalam gambar terutamanya syima hahaha. Kalau korang bajet rendah macam syima tapi mahukan kamera hadapan yang berkualiti, syima nasihatkan untuk ambil Oppo. Sebab kualiti gambarnya memang tinggi. Contohnya telefon yang syima pakai ni adalah jenis Oppo Neo 7. Oppo Neo 7 mempunyai 5 Megapixel untuk kamera hadapan dan 8 Megapixel untuk kamera belakang malah disertai dengan beauty 3.0, double expodure dan double filter. Tambahan pula ia mempunyai kamera flash untuk kamera hadapan. Lepas ni tak perlu lagi risau kalau nak ambil gambar selfie pada waktu malam.
![]() |
Ni adalah kamera hadapan |
![]() |
Ni pula adalah kamera belakang |
2. Bateri Tahan Lama
Sekarang ni syima pakai Oppo, bateri tahan lama. Baterinya adalah 2420 mAh. Syima boleh menggunakan telefon dari pagi sampai petang. Pesanan pemilik kedai telefon pada syima, jangan terlampau lama charge bateri contohnya charge dari malam sampai pagi. Ia akan menyebabkan bateri telefon boleh rosak (untuk semua jenis telefon bimbit).
3. 4G LTE
Sekarang ni kebanyakkan benda mesti menggunakan internet. Nak cari resepi, Google sahaja. Nak cari maklumat dan info, Google sahaja. Nak berhubung dengan orang jauh tanpa kos tinggi, hanya menggunakan Whatsapp dan Video Call. Boleh dikatakan semua benda hanya di hujung jari sahaja. Maka, penggunaan internet tu dah jadi macam satu keperluan. Salah satu sebab syima pilih Oppo kerana internetnya adalah 4G LTE. Maksudnya internet akan laju je.
wahhhh...cantik phone...hihihi
ReplyDeletehehe syima suka design dia sebab cantik
Deletesuka oppo jugak.. kamera dia cantik... kita tukar nak tak hihih
ReplyDeletehahaha kamera dia memang awesome ! errr tamau hahaha
DeleteThanks for sharing
ReplyDelete