Friday, November 25, 2016
Jalan-Jalan Cari Makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur
Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama rakan blogger yang lain di Mont Kiara. Haaa.. Kalau korang pergi Mont Kiara mesti tercari-cari tempat makan best di kawasan situ. Haha terutamanya bagi pelajar macam syima yang suka lepak-lepak sambil menikmati makanan yang enak lagi melazatkan. Syima cadangkan korang cuba "lepak sambil makan" di Pretz n' Beanz Mont Kiara Kuala Lumpur. Sebab apa eh? haha baca blog syima sampai habis baru korang tahu kenapa. Tambahan pula, ada promosi di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur sempena Krismas yang bakal tiba. Wahhh memang best la makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur.
Labels:
FOOD,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Friday, November 11, 2016
Asvie Skincare Merawat Kulit Secara Semula Jadi
Assalamualaikum semua, hari ni syima nak share sedikit mengenai produk skincare yang 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu daripada hasil tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Hehe syima ni kalau bab mencuba memang nombor 1. Setelah 3 hari memakainya nampak perubahan pada wajah syima.
Sunday, November 6, 2016
Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ | Makanan Steamboat Dan Grill Terbaik Di Shah Alam
Assalamualaikum semua, Kali ni syima nak review makanan lain
dari yang lain iaitu steamboat dan grill. Makanan yang ada steamboat dan grill
hanya terdapat di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Ia juga menjadi
keistimewaan buat Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Namanya juga tidak asing
lagi di Shah Alam dan sering mempunyai ramai pengunjung.
Labels:
FOOD,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tuesday, November 1, 2016
Ephyra Collagen Menyerlahkan Lagi Kecantikkan Wanita
Assalamualaikum semua, ramai di antara kita yang umurnya
muda tapi wajahnya tidak melambangkan umurnya yang sebenar dan salah seorangnya
ialah syima. Sejak syima di bangku sekolah lagi orang mesti akan cakap muka
syima Nampak “Matured” dan itulah yang syima sentiasa dengar. Ada yang cakap
salah satu faktor terjadinya begitu (muka nampak lebih tua daripada umur)
adalah disebabkan kurangnya collagen di dalam badan. Jadi, apa itu collagen?
Pentingkah collagen kepada badan? Malah, kenapakah syima memilih Ephyra
Collagen untuk dicuba? Banyak persoalan mengenai collagen yang boleh kita
rungkaikan.
Monday, October 24, 2016
Penyakit Glaukoma Boleh Membutakan Mata
"No Wonder It's Called The Silent Thief Of Sight"
Assalamualaikum semua, daripada ayat di atas adalah berkaitan dengan penyakit yang kita akan bincangkan iaitu penyakit glaukoma. Ia tidak mendatangkan kesakitan serta tiada symptom sehinggalah penglihatan semakin kabur dan lama-kelamaan boleh membutakan mata tanpa kita sedari. Jadi, sebelum kita tahu lebih lanjut mengenai glaukoma. Korang kena tahu apa itu glaukoma?
Labels:
HEALTH,
SYIMAYUSUF
Saturday, October 22, 2016
Awas! Bagi Si Pemakai “Contact Lens”
Assalamualaikum semua, syima tengok sekarang ni ramai yang memakai “contact lens” atau nama lainnya adalah kanta lekap. Terutama yang berwarna-warni dan bercorak memang sangat berleluasa di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan satu dunia agaknya si pemakai kanta lekap. Tetapi tahukah anda, bahawa kanta lekap mengundang bahaya kepada mata. Malah, apakah risiko yang bakal di hadapi oleh si pemilik kanta lekap?
Monday, October 10, 2016
Berat Badan Turun 5KG Dalam Masa Beberapa Minggu | Killoss
Memori Pahit Yang Akan Di Ingati
Assalamualaikum
semua, syima nak cerita sikit la mengenai ketidakpuasan hati ini. Walaupun
sudah lama ia berlalu tetapi hakikatnya memori pahit tersebut masih lagi
melekat di kotak memori syima. Kejadian ini berlaku dalam beberapa bulan lepas.
Ketika itu syima demam dan memang rasa lemah je badan. Tetiba ada seorang rakan
lelaki dalam kelas syima menegur “Syima, kau tak sihat ke? Asal aku tengok kau
macam makin gemuk eh? ”. Perghh.. Ayat tersebut ibarat kau sedang memanah dan
kena pada jantung. Sakit weyh kata-katanya. Lepas daripada tu,syima balik je
bilik menangis gilla-gila sampai bengkak juga lah mata ni.
![]() |
70.1 KG hmmmm.. |
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Sunday, October 9, 2016
Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan
Assalamualaikum
semua, Syima nak masak pasta iaitu macarooni tetapi syima terlupa pula nak beli
Sos Carbonara atau Tomato jenama Prego. Maka, syima mencari ikhtiar untuk buat
sos buatan sendiri. Tak salahkan mencuba sesuatu yang baru. Setelah selesai
membuat Sos Putih tersebut, rasa sedap pula. Malah, keluarga syima pun cakap
sedap. Okay lah syima kongsi resepi syima.
Labels:
FOOD,
SYIMAYUSUF
Tuesday, October 4, 2016
5 CERITA KOREA YANG BEST DAN WAJIB UNTUK DITONTON
1. Doctors
Ia
mengisahkan seorang gadis bernama Yoo Hye Jung dilakonkan oleh Park Shin Hye yang
masih bersekolah dan kehidupan beliau penuh dengan liku-liku kehidupan. Beliau
seorang yang mempunyai personaliti gangster dan “kaki pukul”. Belaiu juga
dibuang oleh ayah kandungnya selepas kematian ibunya dan dijaga oleh neneknya.
Tetapi kelakuannya berubah selepas berjumpa seorang lelaki bernama Hong Ji Hong
dilakonkan oleh Kim Rae Won yang merupakan cikgu di sekolah barunya. Cikgunya
banyak mengubah beliau daripada seorang loser ke seorang hero sehinggalah
beliau menjadi doktor.
(Rating
Syima : 5/5)
2.
Descendent Of The Sun
Yoo Si Jin yang dilakonkan oleh Song Joong Ki
merupakan kapten dalam angkatan tentera Korea Selatan dan juga hero bagi cerita
ni. Perkenalan Yoo Si Jin bersama Dr. Mo Yeon yang dilakonkan oleh Song Hye Kyo
bermula di unit emergency di sebuah hospital. Detik perkenalan mereka
berterusan sehinggalah Kapten Yoo Si Jin kena berkhidmat di luar Negara. Malah,
Dr Mo Yeon yang juga heroin dalam cerita ni juga dihantar untuk berkhidmat
sebagai doktor yang kebetulan sama tempat dengan Kapten Yoo Si Jin.
(Rating
Syima : 4/5)
3. Oh My Venus
Kim Young Ho
dilakonkan oleh So Ji Sub adalah seorang “Personal Trainer” di Hollywood.
Pertemuan beliau dengan seorang wanita berbadan besar bernama Kang Joo Eun yang
dilakonkan oleh Shin Min Ah di dalam kapal terbang. Suatu ketika dahula ketika
Kang Joo Eun bersekolah, beliau seorang yang cantik, kurus dan merupakan
kegilaan ramai para jejaka sehingga di gelar “Daegu Venus”. Kehidupannya berubah
selepas beliau menjadi peguam kerana beliau kini telah gemuk dan sentiasa
dihina sehinggalah kekasihnya curang dengan rakannya. Pertemuan Kang Joo Eun bersama
Kim Young Eun mengubah kehidupan wanita tersebut sehinggalah mereka berdua “terjatuh
cinta” bersama. Bagi sesiapa nak kurus macam syima, boleh lah tengok cerita ni
sebab ia sangat memotivasikan diri kita.
(Rating
Syima : 5/5)
4. My Love
From The Star
Ia
mengisahkan mengenai alien berbentuk manusia yang bernama Do Min Joon yang
dilakonkan oleh Kim Soo Hyun yang telah mendarat di bumi selama 400 tahun yang
dulu. Beliau mempunyai keupayaan melihat, mendengar dan boleh bergerak dengan
pantas. Sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang artis bernama Cheon Song Yi
dilakonkan oleh Gianna Jun dan akhirnya mereka jatuh cinta bersama. Banyak
liku-liku kehidupan ketika mereka bersama.
(Rating
Syima : 4/5)
5. Birth Of
Beauty
Ia adalah
sebuah romantic komedi mengenai dendam, cinta dan kejaayan seornag wanita
cantik yang mempunyai personality seperti seorang mak cik. Ia mengisahkan kisah
seorang wanita yang beristeri dan berbadan besar. Beliau dicurang oleh
suaminya, malah keluarga mertuanya selalu membulinya sehinggalah berlaku suatu
kejadian yang tak diduga. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki bernama Han Tae
Hee dilakonkan oleh Joo Sang Wook yang mengubah kehidupan wanita tersebut
menjadi cantik dan menjadi kegilaan ramai. Semasa proses penukaran, secara tak
sengaja membibitkan rasa cinta mereka.
(Rating
Syima 5/5)
Sunday, September 18, 2016
Adakah Kita Mengamalkan Pemakanan Seimbang?
Assalamualaikum semua. Baru hari ni rasanya free nak menulis blog. Sekarang ni syima dah masuk posting dalam wad selama dua belas minggu, minggu ni adalah minggu kedua. Wad yang syima posting adalah wad mental. Best juga posting di wad mental, banyak pengalaman yang syima dapat dan kita boleh lihat pelbagai jenis perangai. So, dalam wad ni syima kena buat pamplet iaitu ceramah kesihatan kepada pesakit. Syima dapat tajuk pemakanan seimbang. Jadinya syima nak kongsikan sedikit sebanyak info mengenai pemakanan seimbang. Malah, persoalannya adakah kita mengamalkan pemakanan seimbang? Renung-renungkanlah hehe.
Apa Itu Pemakanan Seimbang ?
Monday, August 29, 2016
Mengatasi Ketiak Berbau Bersama Kleencaleett Dengan Cepat
Alamak Ketiak Berbau
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Friday, August 19, 2016
Nak Kulit Cantik Tapi Menjimatkan
"Si Comel" | Assalamualaikum semua, Pagi tadi syima exam Gerontologi Dan Perawatan Kesihatan. Bila exam ni, mula lah "Si Comel" nak tumbuh kat muka. Hahaha jangan fikir bukan-bukan ya. "Si Comel" tu merujuk kepada eyebag, jerawat, blackhead dan whitehead. Biasa lah tu, bila stress tiba maka hormon jadi tak stabil sekaligus mengeluarkan "Si Comel" tersebut.
Sunday, August 14, 2016
Mengapakah Oppo Menjadi Pilihan Syima
Telefon Ku Rosak
Assalamualaikum semua. Syima nak story sikit, hari Sabtu hari tu, telefon bimbit Syima rosak. Nak dekat seminggu lah syima pinjam telefon kawan untuk kegunaan seperti telefon, mesej dan Whatsapp. Mula-mula telefon syima tu "hang" kemudian syima off dan hidupkan semula tapi ! Tak hidup-hidup. Memang nangis juga lah sebabnya ia adalah telefon kegemaran dan sangat diperlukan terutama bila ada tugasan yang memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Tambahan pula sekarang ni tempat belajar syima memang menggunakan I-Study. Apa-apa info pensyarah akan update dalam I-Study. Syima tengok I-Study dalam telefon sahaja tapi apabila telefon rosak. Menangis tak berlagu lah jawabnya.Oppo Menjadi Pilihan
Sunday, August 7, 2016
Vitamin C Untuk Kecantikkan Luar Dan Dalam
Vitamin C | Sandoz
Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi jalan-jalan di Mid Valley, then syima masuk Guardian nak cari barang makeup sikit. Kemudian ada seorang promoter suruh syima rasa air vitamin C katanya. Syima pun try lah, rasanya masam-masam sikit. Promoter tu pun suggest vitamin C jenama Sandoz kepada syima sebab masa tu memang syima tengah demam dan selsema. Masa tu pula vitamin C ni tengah diskaun daripada RM40 lebih ke RM32. Dalam tu ada 4 kotak, setiap kotak ada 10 biji. Satu biji vitamin C mempunyai 1000mg, bak kata promoter tu, orang dewasa seharusnya ambil 1000mg vitamin C setiap hari.
Friday, July 22, 2016
Bestnya Makan Di Owlery Cafe
Owlery Cafe | Dine & Grind
Assalamualaikum semua, dah lama tak update blog kerana sibuk dengan orientasi pelajar junior masuk hehe. Almaklum lah dah tahun ketiga sekarang. Tup tup tahun depan syima dah graduate.
Oklah, hari tu syima makan di suatu cafe. Cafenya yang simple, cantik dan banyak kemudahan memang menarik minat syima.
Friday, July 1, 2016
Atasi Masalah Mata Dengan iVita Cassia Leaf | Vitamin Untuk Mata
Mata Kering Akibat Pemakaian Kanta Lekap
Syima terfikir, tak ada ke benda yang boleh mengurangkan kekeringan bawah mata ni. Kemudian syima diperkenalkan dengan iVita Cassia Leaf. Katanya bagus untuk mata dan dikenali sebagai vitamin mata.
Wednesday, June 29, 2016
Yeo's Kem Ramadhan 2016 | Ceria Ria Beramal Bersama Bintang
Assalamualaikum semua, 25 Jun (sabtu), syima pergi ke Dewan IM4U, Puchong bersempena Yeo's Kem Ramadhan 2016 Ceria Ria Beramal Bersama Bintang. Ada 6 orang Bintang iaitu Kaka Azraff, Shukri Yahaya, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan juga Faizdickie.
Tuesday, June 28, 2016
Makan Di Flora Kafe Rasa Macam Dekat Paris
Flora Kafe | Menceriakan Hari Mu
Assalamualaikum semua, Hari tu Syima berbuka puasa di AmpWalk iaitu Flora Kafe. Mula-mula masuk AmpWalk tu seakan-akan terpegun melihat suasana cafe yang cukup gah dengan hiasan bunga-bungaan yang warna-warni dan rasa macam dekat Paris. Kuala Lumpur tak asing lagi dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi kereta,
Friday, June 24, 2016
Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-Anak Yatim
Assalamualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru
ni syima di izinkan oleh Allah untuk pergi ke Sambutan Majlis Iftar Ramadhan
FAMR & Usahawan IKS bersama anak-anak yatim daripada Pusat Kebajikan Islam
Peribadi Mulia Kajang dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang
(PERKAP)yang diadakan di
Impian Golf & Resort Kajang.
Labels:
EVENT,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Location:
35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Friday, June 17, 2016
Ephyra Skin Care Series Pelengkap Hidup Syima
Alhamdulillah Ada Ephyra Skin Care Series
Tuesday, June 14, 2016
Skytrex Shah Alam Mencabar Fizikal Dan Emosi
Aktiviti Paling Mencabar Bagi Syima | Skytrex Shah Alam
Assalamualaikum semua. Korang Pernah dengar Skytrek? Pernah? Tak pernah? Best ke Skytrek ni?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?
Labels:
MY LIFE,
SYIMAYUSUF
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Monday, June 6, 2016
Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan Ephyra.
Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda | Ephyra Skin Care Series
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
semua. Korang nak tahu? Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Sunday, June 5, 2016
Photoshoot KBBA9 Bertemakan Hari Raya 2016
Photoshoot KBBA9
Assalamualaikum semua.. Pada 4 Jun 2016 (Sabtu), Kelab
Blogger Ben Ashaari mengadakan telah “Photoshoot KBBA9” yang bertemakan ‘Hari Raya’. Sebelum
tu, Syima nak mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa
bagi semua muslimin dan muslimat. Okaylah, balik kepada topik kita. Meriah dan best
sangat Photoshoot KBBA9 ni, malah merapatkan hubungan silaturrahim. Ada yang
Syima berkenalan melalui media sosial, tapi bila jumpa depan-depan macam dah
kenal lama hehe.
Labels:
EVENT,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Friday, June 3, 2016
Bagaimana Teknik Penyusuan Bayi Yang Betul?
Breast Feeding
![]() |
Sumber Google |
Assalamualaikum semua. Tajuk pada hari ini adalah "Penyusuan Bayi" atau lebih gemar dipanggil dengan gelaran "Breast Feeding". Tajuk ini adalah tajuk dalam pembelajaran syima iaitu "Pemberian Nasihat Kesihatan Kepada Ibu". Selalunya, kami pelajar jururawat akan beri nasihat kesihatan kepada ibu sebelum ibu bersalin dan selepas ibu bersalin. Kami juga sentiasa menggalakkan ibu untuk beri susunya kepada bayi. Malah, kalau korang nak tahu ada beberapa buah hospital yang menerapkan "Hospital Rakan Bayi" termasuklah tempat syima belajar iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Thursday, June 2, 2016
Beauty Sweet Fibre Mencantikkan Wanita Luaran Dan Dalaman
Nak Kurus ! | Beauty Sweet Fibre
Assalamualaikum semua. Wahh Ramadhan
bakal tiba tak lama lagi, kemudian didatangi dengan Syawal iaitu Hari Raya
Aidil Fitri. Korang tak nak ke “Badan Raya”? Maksud badan raya tu lansing,
anggun dan cantik gitu. Confirm nak kan? Hahaha Syima pun nakk ! Siapa yang tak
nak kan?
Okaylah sebelum tu Syima nak share
sikit pengalaman Syima sendiri. Syima dah try banyak produk untuk kurus tau
yang Syima beli di Toko Jamu, Guardian, Watson, semuanya macam tak kena dengan
Syima. Malah, semuanya mendatangkan cirit-birit kepada Syima. Lepas dah
cirit-birit, sudah semestinya Syima termakan banyak kan? Tambahan pula dari
sekolah sampai ke Universiti, orang ejek Syima “Gemuk”. Pedih woahh ! Ayat tu.
Ibarat dihiris-hirisnya hati ni dengan sebilah samurai yang tajam gitu.
Kali ni Syima nekad, nak kurus ! Syima nak cuba produk daripada Beauty Sweet Global iaitu Beauty Sweet Fibre.
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Sunday, May 29, 2016
Jom Hidup Sihat Bersama LivingWell Dan LivingFood
LivingWell | LivingFood
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat? Sudah berapa banyak kempen yang telah dijalankan, tetapi tiada kesan dan perubahan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung meningkat jumlah pesakitnya saban hari. Adakah faktor yang utama untuk hidup sihat??
Labels:
FOOD,
HEALTH,
SYIMAYUSUF
Thursday, May 26, 2016
Friday, May 13, 2016
Monday, April 25, 2016
Rizq Design Hasilkan Jubah Modern Bagi Para Jejaka
Jubah Lelaki Moden | Rizq Design
Assalamualaikum semua. Hari
Raya lagi 3 bulan je. Korang dah cari baju untuk raya? Masa raya adalah
kelebihan bagi kaum wanita kerana memiliki pelbagai jenis koleksi dan warna
untuk dipakai. Tetapi, bagi kaum lelaki, agak sukar untuk mencari
koleksi-koleksi pakaian yang selesa dan trendy untuk dipakai pada Hari Raya nanti.
Setiap tahun, mesti “Baju Melayu” kan? Haaaa mesti dah bosan kan? Hehe apa kata
tahun ni korang para jejaka yang tampan lagi segak bergaya dengan menggunakan
jubah atau kurta.Haaaa.. itu trend terbaru tau. Bukan setakat mengikut trend
malah selesa untuk dipakai. Okay lah kembali kepada topik utama kita.
Korang pernah dengar
jenama daripada Rizq Design? Alaaa, yang famous dekat dalam Instagram, Facebook
dan media social yang lain tu. Haaa, kalau korang nak tahu, Rizq Design ni
membuat design khas untuk para jejaka iaitu Jubah dan Kurta. Pengasas Rizq
Design adalah oleh Fazreen Rafi. Seorang pelakon yang mencipta nama di industry
seni tanah air dan pertama kali syima tengok beliau berlakon adalah dalam drama
“Spa Qistina atau Spa Q”. Cerita tersebut memang hangat ketika itu.
Disebalik nama Rizq Design
adalah sempena nama anak beliau iaitu Rizqeen Humaira, Rizqin Qayyum dan Rizqin
Nuwais. Anak beliau semua comel-comel hehe. Rizqy Design juga telah beroperasi
selama 3 tahun dan sudah mempunyai butik kilang. Malah, Rizqy Design mempunyai
pelbagai jenis koleksi jubah, kurta, warna dan saiz. Saiz yang tersedia adalah
dari saiz S ke XXL. Kalau korang nak tahu, material yang digunakan adalah tahan
lasak dan tidak mudah panas. Al maklumlah sekarang kan musim panas, jadi mesti
korang nak kain yang tidak panas kan?
Wow ! Open Day Rizq Design
Rizq Design akan
mengadakan Open Day di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Haaaaa..
bagi korang yang nak cari duit poket atau duit sampingan, korang boleh jadi
agen/dropship bagi Rizq Design (Jubah Lelaki Moden). Yang bestnya Open Day ini
adalah, korang boleh lihat sendiri dan merasai koleksi jubah dan kurta Rizq
Design. Hehe mesti korang tertanya-tanya bila Open Day akan diadakan? Ia diadakan
pada 30 April 2016 dan 1 Mei 2016. Pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. So,
boleh la korang merasai pakaian Rizq Design dari pagi sampai malam, hehe gurau
je. Bagi agen/dropship boleh mula membuat pre-order pada 30 April 2016 dan pada
1 Jun 2016 stok Rizq Design akan dipasarkan. Wow ! ada berita baik bagi
agen/dropship Rizq Design adalah korang boleh dapat kadar keuntungan sebanyak
20% sehingga 50% !!! Wah-wah memang terbaik lah ! Apa lagi korang tunggu,
cepat-cepatlah jadi agen/dropship Rizq Design kerana ia adalah terhad.
Special Project Rizq Design
Korang kenal Hafidz
Roshdi? Ala.. Pelakon yang popular dengan drama “Tundukkan Playboy Itu”. Kali
ini Rizq Design mengadakan kolaborasi istimewa bersama pelakon tersebut. Ternyata
sungguh kacak, segak dan tampan ketika Hafidz Roshdi menggayakan jubah dari Rizq
Design. Hahaha mesti gadis-gadis, cewek, dan wanita di luar sana tergoda dengan
Hafidz Roshdi termasuklah syima. Errr hahaha.
Harga Jualan !
Mesti ramai yang
tertanya-tanya berapa harga bagi satu jubah atau kurta. Bak kata syima “Don’t
worry, Be happy”, harganya semua berpatutan dengan kualiti pakaiannya tau.
Kebanyakkan koleksi jubah dan kurta moden adalah dalam lingkungan RM109
sehingga RM229. Kalau bagi syima la kan, baik korang beli dah siap dari Rizq
Design daripada korang nak beli kain dan tempah jahit dekat orang. Jimat masa
dan tenaga tau. Hehe. Untuk pengetahuan korang, Rizq Design mempunyai 3 koleksi
jubah yang hebat dan 1 koleksi kurta. Menariknya koleksi ini kerana mempunyai
10 pilihan warna bagi setiap koleksi.
Koleksi Jubah Terbaharu Yang Unik Dari Rizq Design
Korang nak tahu, ni pertama kali syima lihat jubah yang unik dan menarik untuk dipakai pada hari raya. Yang menariknya jubah ini adalah, ia mirip-mirip dengan pakaian kungfu. Kalau pakai jubah boleh berkungfu, ia bermakna material dan kualitinya terbaik. Tahan lasak dan mempunyai pelbagai warna.
Jualan akan bermula 1 Jun 2016. Maka, moh lerr
ramai-ramai, kita beli jubah dan kurta daripada Rizq Design. Siapa cepat, dia dapat.
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Boleh Layari :
Instagram : www.instagram.com/jubahlelakimoden
Atau
Facebook : www.facebook.com/jubahlelakirizq
Atau
Mesej/ Whatsapp : 011 2152 4939
Atau
Email : jubahlelakimodenrizq@gmail.com
![]() |
Lihat lah Kelab Blogger Ben Ashaari pun support Rizq Design |
Tuesday, April 12, 2016
We Run KL 2016 | NIKE Malaysia 21K
Larian Nike Run Kl 2016
Assalamualaikum semua, pada 10 April 2016, Ahad. Ketika semua tengah nyenyak tidur dan berdengkur haha kami "student nurse" bangun pukul 1 pagi untuk pergi ke Nu Sentral. Tudiaaaa.. First time kerja memalam gini ketika semua tengah tidur. Ini adalah pengalaman yang amat berharga dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Labels:
HEALTH,
SYIMAYUSUF
Saturday, April 2, 2016
Dark Circle Concealer Correcteur | NYX
Bagaimana nak tutup lingkaran hitam bawah mata ???
Assalamualaikum, hari ini syima nak story tentang lingkaran hitam bawah mata. Pastinya ramai yang mal tutup lingkaran bawah mata haha termasuk lah syima. Ada yang cakap syima macam panda erm ermm. hahaha. Tapi tu dulu lah. Sekarang ni ada yang tanya syima lingkaran hitam bawah mata syima makin berkurangan. Macam mana syima hilangkan nya. Apa yang syima lakukan untuk hilangkan, dan macam-macam lagi lah.
Labels:
FASHION & BEAUTY,
SYIMAYUSUF
Friday, March 25, 2016
Monday, March 21, 2016
Jom Cuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Pertama Di Malaysia
Assalamualaikum semua, Okay lah syima nak tanya, siapa yang
ada bintik-bintik hitam, jeragat mahu pun jerawat? Lepas itu, kulit korang
macam tak sekata atau kulit kusam? Malah, korang ada lebam bawah mata? Syima yakin
mesti ramai yang hadapi semua masalah yang syima tanya kan tadi. Syima sendiri
pun mempunyai masalah tersebut, terutama bahagian bawah mata. Hohoho macam
panda dah syima tengok. Mustahil lah ada perempuan yang tidak hadapi itu semua
kerana itu adalah “natural process” bagi kaum perempuan. Cuma cara kita kawal
dan hadapi itu semua.
Friday, March 18, 2016
Jom KetchUp ! 5 Café Dalam 1 Hari
KetchUp | The Food Hunter
Assalamualaikum
semua, minggu lepas kan korang ada tengok banyak jenis makanan dan café yang
syima pergi dalam instagram dan facebook syima. Ramai juga tanya kemana syima
pergi? Apa yang syima lakukan? Malah, ada yang tanya, apa itu KetchUp? Sebabkan
syima hashtag #KetchUp kan. Lepas tu ada pula rakan yang lain buat lawak cakap
KetchUp tu “sos tomato ke?”. Hahaha
Labels:
FOOD,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Location:
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Saturday, February 20, 2016
Cendol Pulut Terbaik Yang Anda Wajib Cuba
CEN Cendol Pulut Jeniang | Kedah
Assalamualaikum semua. Apa habaq semua? hehe minggu ni dah seminggu syima posting dalam ward. Ada lagi 11 minggu weyh. Ayoyo. Minggu ni syima masuk wad postnatal. Postnatal tu yang lepas bersalin tu. Alhamdulillah syima dapatlah mandi kan bayi dan banyak lagi perkara syima buat. Memang comel-comel lah baby dalam wad. Rasa macam nak cium je haha ( tapi tak cium pun sebab anak orang kan). Nanti ada masa syima story lagi kay. hehe
Wednesday, February 17, 2016
Jom Makan Tanpa Masak Dan Tanpa Pergi Ke Kedai | Shogun2U
Jom Makan Tanpa Masak Dan Tanpa Pergi Ke Kedai | Shogun2U
Assalamualaiku. Bunyi tajuk di atas macam pelik je kan? Haaaa.. Korang mesti lapar kan? Tapi malas nak masak atau malas nak pergi kedai. Syima pun macam tu juga hehe. Maklum lah duduk asrama, tak boleh masak dalam asrama dan kedai makan pula jauh. So, kalau boleh nak duduk dalam bilik je. Duduk dalam bilik dan tunggu makanan sampai depan mata.
Thursday, February 11, 2016
Misteri Terungkai Dengan Jus Annona | Untuk Kesihatan Wanita
Rahsia Kejelitaan dan Kesihatan Buat Para Wanita | Jus Annona
Assalamualaikum semua. Kita semua tahu, wanita yang masuk awal 20an ke atas akan mengalami masalah wanita seperti migrain, sukar membuang air besar, stress, period tidak teratur, kulit nampak tua dari usia. Hmm.. sebenarnya syima pun menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula, sekarang syima belajar di kolej dalam kawasan Kuala Lumpur pula tu. Bayang kan, syima kena hadapi peperiksaan dan posting di ward. Lepas tu kalau nak keluar jalan-jalan (kononya nak hilangkan stress) kena hadapi jem dan orang yang ramai di pusat membeli-belah. Tapi semua tu membuatkan kita lagi stress.
Monday, February 8, 2016
Overstepped Cafe | Cafe Hipster Kedah
Overstepped Cafe | Cafe Hipster Kedah
Assalamualaikum. Baru-baru ni syima pergi Kedah sebab melawat kakak syima yang menetap di sana. Maka, bila sampai ke negeri orang, tak sah lau tak rasa makanannya. Hahaha well "Food Hunting" begin bak kata orang putih.
Friday, February 5, 2016
Merawat Kanser Dengan Jus Annona
Merawat Kanser Dengan Buah Durian Belanda | Jus Annona
Assalamualaikum semua. Hari ini syima nak share sikit pasal kanser. Percaya atau tidak pesakit kanser semakin meningkat dari hari ke hari. Banyak artikel (Metro , Berita Harian )yang menunjukkan peningkatan kanser di Malaysia. Ok lah syima tak nak cerita panjang mengenai apa itu kanser, jenis kanser dan sebagainya. Korang boleh baca dalam info kesihatan .
Subscribe to:
Posts (Atom)