Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, June 5, 2016

Photoshoot KBBA9 Bertemakan Hari Raya 2016

Photoshoot KBBA9



Assalamualaikum semua.. Pada 4 Jun 2016 (Sabtu), Kelab Blogger Ben Ashaari mengadakan telah “Photoshoot KBBA9” yang bertemakan ‘Hari Raya’. Sebelum tu, Syima nak mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat. Okaylah, balik kepada topik kita. Meriah dan best sangat Photoshoot KBBA9 ni, malah merapatkan hubungan silaturrahim. Ada yang Syima berkenalan melalui media sosial, tapi bila jumpa depan-depan macam dah kenal lama hehe.


Tempat Photoshoot | MATIC




Kami berphotoshoot di MATIC atau nama panjangnya “MalaysiaTourist Centre”. Berdekatan dengan Saloma Bistro, di kawasan Jalan Ampang, Kuala Lumpur. MATIC adalah Pusat Pelancongan bagi mempromosikan pelancongan di Malaysia. Kalau korang nak tahu, dalam kawasan MATIC ni cantik sangat tempatnya, Sebab tu KBBA9 berphotoshoot disitu. Terima Kasih MATIC beri keizinan untuk kami photoshoot disini hehe.


 Props | Dalizgrafix




Seterusnya, props dan banner yang kreatif dari menarik ni adalah daripada Dalizgrafix .Tengok props yang syima pegang tu haaa. Comey kan? Hehe Kalau korang nak buat bussiness card pun boleh dibuat di Dalizgrafix.


Makeup | Rita Rahman & Artistic Team




Okaylah, makeup Syima daripada Rita Rahman dan Artistic Team. Mesti korang tertanya-tanya siapakah gerangan yang makeup Syima ala-ala anak patung Korea ni hahaha perasan kan? Farizsha lah empunya diri yang makeup Syima menjadi gorgeous gitu. 


      

Syima suka sangat makeup Kak Farizsha ni, makeupnya moden dan mengikut trend. Sesuai lah kalau korang nak makeup untuk sanding dan nikah. Ni nombornya 018-241 6160 , korang kena book awal-awal tau, takut karang melepas pulok haha.


     


Pakaian | Bhaju Deea Boutique




Lawa tak jubah syima? Haaa ni lah jubah moden zaman kini iaitu ‘Melia Abaya Dress’. Jubah syima adalah daripada Bhaju Deea Boutique. Korang dah ada baju raya ke belum? Kalau belum korang pergi ke laman web www.deeaboutique.com . Ada banyak jubah, baju kurung yang molek-molek dan sesuailah dipakai pada Hari Raya nanti.



lawa-lawa kan baju mereka. Haaa ni ketika tengah berphotoshoot


Shawl | Bhaju Deea Boutique



Shawl Syima ni mudah sangat nak pakai tau. Malah, ia tidak mudah kedut dan senang di 'iron'. Hanya sarung sahaja dan boleh jadi gorgeous gitu. Ada pelbagai reka bentuk dan warna yang menarik tau hehe. Hanya di Bhaju Deea Boutique



Pin Hijab | Vonaish



Korang dah ada pin untuk Raya ni? Kalau belum, Syima nak sarankan kepada korang pin daripada Vonaish. Pin Vonaish berkualiti dan mempunyai pelbagai reka bentuk menarik. Beli banyak-banyak tau, hehe sebab Syima tahu, perempuan mesti akan hilangkan pin terutamanya Syima hahaha.


Makanan | Cafe Cerita Kambing







Selepas berphotoshoot, perut mula bernyanyi dan berirama menandakan perut sudah lapar haha. Alhamdulillah makanan kami daripada CaféCerita Kambing. Sedap weyh makanannya. Terutama bila dapat makan tu, tak pandang kiri kanan dah haha. Korang boleh tengok video Syima dekat Instagram, macam mana Syima makan dengan seleranya ha.  Syima makan Kambing Beriyani. Kambingnya tak rasa hanyir pun dah sedap sangat.



Haaaa.. Café Cerita Kambing akan mengadakan Buffet Ramadhan dengan harga yang sanga-sangat berpatutan. Korang boleh la ajak mak, abah, kakak, abang, adik dan semua saudara-mara datang berbuka puasa. Ada 28 sajian  enak tau. Rugi kalau korang tak datang hehe. Cepat-cepat call pada nombor dalam banner diatas hehe.



I Love You All KBBA9



Secara keseluruhannya, memang best, happy, seronok, meriah, semuanya ada lah. Rasa macam satu keluarga walaupun bukannya satu darah daging. Terima kasih kepada Abg Ben Ashaari kerana membenarkan syima masuk dalam Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Banyak Syima belajar dalam KBBA9 dan Syima kenal ramai rakan-rakan blogger. Terima Kasih beri tunjuk ajar hehe. I love You All !!!

 Terima kasih juga kepada semua penaja yang terbaik dan meletop gitu. Tanpa semua penaja, tidak akan berjayalah "Photoshoot KBBA9". Terima kasih banyak-banyak. hehe

Salam Ramadhan, Syima Yusuf

9 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.