Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, April 28, 2017

Mengapakah Langkawi Merupakan Destinasi Percutian Yang Menarik?


Credit gambar Google

Assalamualaikum semua, Syima cadang nak pergi Langkawi lepas habis belajar bulan 7 ni. Banyak sebab lah kenapa syima pilih Langkawi sebagai salah satu tempat percutian untuk percutian syima kali ni. Antaranya, Langkawi adalah sebuah tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara, oleh kerana keunikan dan keindahan pulaunya. Bukan itu sahaja, Langkawi juga merupakan sebuah tempat yang menjadi daya tarikan daripada negara luar untuk menyertai dalam event ataupun majlis seperti aktiviti berbasikal Le Tour De Langkawi. Malah, Langkawi mempunyai Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA), yang dimana di situ ada banyak pertunjukan udara dengan menggunakan kapal perang, helicopter dan banyak lagi.

Credit gambar Google

Selain itu, Langkawi juga famous dengan ‘Duty Free’ nya, haaa, maksudnya ia sangat terkenal dalam kalangan kaki shopping seperti syima ni, lebih-lebih lagi yang sangat gemarkan coklat, pinggan mangkuk, minyak wangi, dan banyak lagi lah. Kalau nak bershopping ni memang ada satu tempat yang memang ‘famous’ untuk korang pergi bershopping, iaitu Kompleks HIG (Haji Ismail Group), cakap je nak apa, semua ada, korang hanya perlu pastikan duit korang mencukupi sahaja.

Credit gambar Google


Credit gambar Google


Di samping korang bershopping tu, korang boleh la pergi berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan juga Telaga Tujuh. Haaa.. kalau korang nak tempat lain daripada yang lain, korang boleh la berkunjung ke Muzium 3D di Langkawi, yang akan membuatkan korang seronok untuk bergambar terutama buat kaki-kaki selfie macam syima ni hahaha. Tempat ni memang korang kena kunjungi sebab ianya merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan di dunia! Ada 200 lukisan 3D yang boleh korang hayati sambil bergambar tau, jadi pastikan korang datang awal sikit sebab confirm korang akan spend lebih masa untuk bergambar nanti.

Okay sampai sini sahaja tempat menarik yang ada di Langkawi, sekarang jom kita berbalik ke topik asal iaitu pencarian hotel atau tempat penginapan yang best dekat Langkawi ni pula. So far, di Langkawi memang mempunyai pelbagai jenis hotel untuk korang pilih, dari tempat penginapan yang bajet sehingga lah yang ke hotel mewah lima bintang. Tetapi , website manakah yang memudahkan kita dalam pencarian hotel? Tambahan pula, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Jadi, Syima cadangkan korang menggunakan website Traveloka. Kenapa Traveloka? Haaa.. Nanti syima cerita, sekaligus ada beberapa hotel dan tempat penginapan yang memang disarankan agar percutian korang di Langkawi menjadi lebih bermakna dan menjadi kenangan terindah gitu.

Apa Itu Traveloka?



Traveloka ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih 100,000+ laluan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik. Malah, Traveloka akan sentiasa menawarkan tambang penerbangan dengan kadar yang paling rendah setiap hari.


Traveloka ni mudah bagi syima atau korang yang nak bercuti, kerana korang boleh ‘download’ dalam Play Store untuk pengguna android macam syima. Selain itu, korang boleh pergi sendiri ke websitenya iaitu www.traveloka.com. Di situ mempunyai pelbagai jenis hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Sebab tu lah syima cadangkan korang menggunakan website Traveloka. Buat apa fikir panjang-panjang demi mencari penginapan yang terbaik, Traveloka kannn adaaa..

3 Hotel Atau Tempat Penginapan Yang Disarankan


Dayang Bay Serviced Apartment & Resort


Credit gambar kepada Dayang Bay Resort

Dayang Bay Serviced Apartment & Resort ni terletak dekat dengan pekan Kuah, dimana ianya membolehkan korang pergi bershopping ke pekan Kuah dengan cepat, maksudnya senang untuk korang nak akses keluar dan masuk ke pekan Kuah. Selain itu, keistimewaan korang yang menginap di apartment and resort ni ialah, ianya menjanjikan ruang yang luas dan selesa, sangat sesuai bagi korang yang datang beramai-ramai bersama keluarga. Kolam renang pun boleh tahan besar jadi korang boleh la berendam ramai-ramai dengan family nanti.





Adya Hotel, Langkawi

Credit gambar kepada Adya Hotel


Bagi korang yang menginginkan hotel yang berkonsepkan ala-ala islamik dan moden, korang
boleh la menginap di Adya Hotel ni. Istimewanya hotel ini, Ia terletak betul-betul di pekan
Kuah, jadi tiada masalah bagi korang yang nak jalan-jalan dekat pekan Kuah ni. Di samping
itu, swimming pool yang disediakan juga mesra ibadah dan khas untuk kaum hawa serta anak-anak, makanya bagi kaum hawa macam syima yang menutup aurat sangat sesuai lah kalau nak mandi swimming pool. Malah, waktu gym juga telah ditetapkan untuk kaum hawa. Jadi, bagi kaum hawa, jangan segan-segan untuk ke swimming pool dan gym kerana korang bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut di Adya Hotel ni tau! Selain itu, di sini juga mempunyai Spa untuk korang merehatkan diri  daripada kesibukkan pekerjaan atau kehidupan.





HIG Hotel
Credit gambar kepada HIG Hotel


HIG Hotel ni memang sangat sesuai bagi korang yang memang aim datang ke Langkawi
ni untuk membeli-belah terutamanya untuk shopping coklat. Ianya kerana, hotel milik Haji Ismail Group ni memang terletak bersebelahan jep dengan Kompleks HIG, jadi senang la untuk korang ulang-alik bershopping nanti kan. Bestnya, hotel ni masih dalam keadaan baru, dan bilik memang
dilengkapi dengan sejadah dan Al-quran.




Banyak lagi hotel yang boleh korang kunjungi jika korang dah sampai ke Langkawi ni. Untuk memudahkan urusan tempahan hotel korang, korang hanya perlu membuat tempahan di website Traveloka.com je seperti yang syima beritahu pada awalnya, kerana kat situ ada banyak senarai hotel in Langkawi yang boleh korang ‘check out’  . Jadi, tunggu apa lagi? Jom bercuti!

Thursday, April 27, 2017

Teruja Dapat Photoshoot Dengan Photographer Terkenal Wan Izhar Abu Bakar


Assalamualaikum semua, semalam entry syima mengenai Photoshoot Raya Bersama KBBA9. Kali ni pula entry syima mengenai Photographer Terkenal iaitu Wan Izhar Abu Bakar. Rasa teruja tu ada tau bila nak shoot dengan beliau. Bayangkan kita ni orang biasa-biasa tapi orang hebat seperti beliau mengambil gambar kita. Rasa malu, kekok tu mesti lah ada. Biasalah pertama kali di hadapan lensa photographer terkenal. Tetapi Alhamdulillah, beliau banyak beri tunjuk ajar, dan cara untuk posing di depan kamera.

Wednesday, April 26, 2017

Photoshoot Raya Bersama KBBA9 2017


Credit gambar kepada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum semua, dah lama syima tak menaip di papan kekunci ni kerana kekangan waktu dan dugaan yang syima hadapi sebelum ni. Okay lah syima tak nak story panjang-panjang kembali kepada tajuk asal. Baru-baru ni syima pergi ke Muzium Warisan Melayu di Universiti  Putra Malaysia untuk photoshoot raya bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Ni merupakan photoshoot kedua yang syima join dan kali ni punya photoshoot best dan banyak perubahan berbanding sebelumnya.

Baju Kurung By Nanienazyra Collections Memang Meletop !!


Assalamualaikum semua. Sempena Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari, syima dapat tajaan daripada By Nanienazyra Collections di instagram @bynanienazyracollections. Siapa sangka ada orang yang nak taja baju kurung untuk syima, memang jawabnya “Alhamdulillah”. Rezeki Allah sentiasa ada dan kita cuma perlu usaha untuk mencari sahaja. 

Sunday, February 5, 2017

Merawat Kencing Manis Dengan Kopi Milagro


Assalamualaikum semua, cepatnya masa berlalu. Tick tock tick tock jam berbunyi dah masuk bulan 2 pada tahun 2017. Baru-baru ni syima sibuk dengan banyak projek dekat kolej, maklumlah ni semester terakhir syima. Makanya, banyak lah projek yang syima kena handle, tambah pula syima jadi penolong kumpulan untuk projek khidmat masyarakat ni. Okay lah tak nak panjang lebar bercerita. Bulan lepas, mak cakap dekat syima yang gula dalam darah mak naik. Nasib baik syima diperkenalkan dengan Kopi Milagro ni.

Saturday, January 14, 2017

Laman Seni DI Tanjung Malim Perak


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima keluar lepak dengan rakan sekolah namanya Aida. Syima tanya Aida, nak jalan mana di Tanjung Malim ni. Sebab agak jemu kalau asyik nak ke Proton City je. So decide, nak jalan-jalan dan makan di pekan je. Lepas tu, kami pergi Scret Recipe untuk jadah sikit makanan sebelum nak jalan-jalan. Sambil tu banyak lah nak di boraknya, maklumlah dah lama tak jumpa. Rasa nya last jumpa masa Raya haha. Masing-masing sibuk dengan belajar, lagipun kami belajar pun jauh-jauh. Syima belajar di Kuala Lumpur, Aida pula di Terengganu

Thursday, January 12, 2017

Obses Dengan Tudung Aidijuma


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima jadi obses dengan tudung Aidijuma. Tak tahu lah macam mana boleh obses sangat dengan tudung Aidijuma ni. Sampaikan semalam syima tidur lewat duk tengok laman web Aidijuma

Cuti Dah Nak Habis

Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa hari lagi cuti syima dah nak habis. Huwaaaa.. Tak tahu la rasa nak nangis atau nak gembira. Lepas ni bermula lah episod suka dan duka di kolej. Sem ni adalah sem terakhir buat syima. Belajar teori dan praktikal dalam wad. Kemudian Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia. Ya Allah. Seram rasanya dengar. Semoga syima dapat menempuh semua dugaan ni Amin. Okay lah bye bye - Dari isi hati Syima Yusuf

Monday, January 9, 2017

Berpeluang DI Makeupkan Oleh FirdusFatin Make Up Artist


Assalamualaikum semua, Minggu lepas syima pergi Prescott Hotel dekat Kajang untuk makeup oleh FirdausFatin Make Up Artist. Pada asalnya, syima menang pertandingan yang dianjurkan oleh Yaya Cendana. Rasa macam tak percaya je dapat menang haha. 

Pertandingan #GooseySelfie Dari MyTown Shopping Centre


Assalamualaikum semua, Baru-baru ni syima sertai satu pertandingan iaitu #GooseySelfie dari MyTown Shopping Centre. MyTown Shopping Centre telah dibuka pada awal tahun 2017. Ianya bersambung dengan Ikea Cheras dan 3 KM daripada Kuala Lumpur. Dekat bawah ni ada peta untuk pergi ke MyTown Shopping Centre.

Saturday, January 7, 2017

Duduk Rumah Dan Shopping dengan Shopee MY

Shopping Dengan Harga Yang Rendah


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima nak shopping beli baju. Selalunya syima shopping baju di Times Square atau pun Masjid Jamek. Syima pilih dua tempat tersebut kerana harganya lagi berpatutan dan banyak pilihan yang ada. Cuma bila ada rezeki lebih baru syima pergi shopping di Mid Valley atau lain-lain tempat. Tetapi jika dikira balik, banyak juga duit yang dikeluarkan. Kos pengangkutan pergi balik, kos shopping dan kos makanan lagi (kalau dah keluar mesti nak kena beli makanan). Macam tak berbaloi pun ada tambah pula dengan kesibukkan belajar yang agak sukar untuk syima keluar shopping. Kemudian syima diperkenalkan dengan Shopee MY oleh rakan. Apa itu Shopee MY

Thursday, January 5, 2017

3 Hari Syima Demam Panas Rupanya Syima...


Assalamualaikum semua, alkisah masa 2016 syima teringat yang tiga hari syima demam panas. Sebelum tu Selamat Tahun Baru 2017 !!!. Balik kisah tadi, Suhu syima masa tu dalam 38.5 darjah selsius ke atas. Bila dah makan panadol, turun sikit la dalam 37.5 darjah selsius tapi masih dalam lingkungan demam sebab suhu demam adalah 37.4 darjah selsius ke atas. Kemudian rasa sakit tekak, nak menelan punya lah sakit yang teramat sangat, sakit kepala huhu masa tu hanya Allah je yang tahu rasa kesakitannya bagaimana.

Friday, November 25, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur


Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama rakan blogger yang lain di Mont Kiara. Haaa.. Kalau korang pergi Mont Kiara mesti tercari-cari tempat makan best di kawasan situ. Haha terutamanya bagi pelajar macam syima yang suka lepak-lepak sambil menikmati makanan yang enak lagi melazatkan. Syima cadangkan korang cuba "lepak sambil makan" di Pretz n' Beanz Mont Kiara Kuala Lumpur. Sebab apa eh? haha baca blog syima sampai habis baru korang tahu kenapa. Tambahan pula, ada promosi di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur sempena Krismas yang bakal tiba. Wahhh memang best la makan di Pretz n' Beanz Cafe Mont Kiara Kuala Lumpur.

Friday, November 11, 2016

Asvie Skincare Merawat Kulit Secara Semula Jadi


Assalamualaikum semua, hari ni syima nak share sedikit mengenai produk skincare yang 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu daripada hasil tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Hehe syima ni kalau bab mencuba memang nombor 1. Setelah 3 hari memakainya nampak perubahan pada wajah syima.

Sunday, November 6, 2016

Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ | Makanan Steamboat Dan Grill Terbaik Di Shah Alam


Assalamualaikum semua, Kali ni syima nak review makanan lain dari yang lain iaitu steamboat dan grill. Makanan yang ada steamboat dan grill hanya terdapat di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Ia juga menjadi keistimewaan buat Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ. Namanya juga tidak asing lagi di Shah Alam dan sering mempunyai ramai pengunjung.

Tuesday, November 1, 2016

Ephyra Collagen Menyerlahkan Lagi Kecantikkan Wanita



Assalamualaikum semua, ramai di antara kita yang umurnya muda tapi wajahnya tidak melambangkan umurnya yang sebenar dan salah seorangnya ialah syima. Sejak syima di bangku sekolah lagi orang mesti akan cakap muka syima Nampak “Matured” dan itulah yang syima sentiasa dengar. Ada yang cakap salah satu faktor terjadinya begitu (muka nampak lebih tua daripada umur) adalah disebabkan kurangnya collagen di dalam badan. Jadi, apa itu collagen? Pentingkah collagen kepada badan? Malah, kenapakah syima memilih Ephyra Collagen untuk dicuba? Banyak persoalan mengenai collagen yang boleh kita rungkaikan.

Monday, October 24, 2016

Penyakit Glaukoma Boleh Membutakan Mata

"No Wonder It's Called The Silent Thief Of Sight"


Assalamualaikum semua, daripada ayat di atas adalah berkaitan dengan penyakit yang kita akan bincangkan iaitu penyakit glaukoma. Ia tidak mendatangkan kesakitan serta tiada symptom sehinggalah penglihatan semakin kabur dan lama-kelamaan boleh membutakan mata tanpa kita sedari. Jadi, sebelum kita tahu lebih lanjut mengenai glaukoma. Korang kena tahu apa itu glaukoma?

Saturday, October 22, 2016

Awas! Bagi Si Pemakai “Contact Lens”


Assalamualaikum semua, syima tengok sekarang ni ramai yang memakai “contact lens” atau nama lainnya adalah kanta lekap. Terutama yang berwarna-warni dan bercorak memang sangat berleluasa di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan satu dunia agaknya si pemakai kanta lekap. Tetapi tahukah anda, bahawa kanta lekap mengundang bahaya kepada mata. Malah, apakah risiko yang bakal di hadapi oleh si pemilik kanta lekap?


Monday, October 10, 2016

Berat Badan Turun 5KG Dalam Masa Beberapa Minggu | Killoss

Memori Pahit Yang Akan Di Ingati


Assalamualaikum semua, syima nak cerita sikit la mengenai ketidakpuasan hati ini. Walaupun sudah lama ia berlalu tetapi hakikatnya memori pahit tersebut masih lagi melekat di kotak memori syima. Kejadian ini berlaku dalam beberapa bulan lepas. Ketika itu syima demam dan memang rasa lemah je badan. Tetiba ada seorang rakan lelaki dalam kelas syima menegur “Syima, kau tak sihat ke? Asal aku tengok kau macam makin gemuk eh? ”. Perghh.. Ayat tersebut ibarat kau sedang memanah dan kena pada jantung. Sakit weyh kata-katanya. Lepas daripada tu,syima balik je bilik menangis gilla-gila sampai bengkak juga lah mata ni.


70.1 KG hmmmm..

Sunday, October 9, 2016

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan

Resepi Pasta dengan Sos Putih Bersama Keju Yang Mudah Dilakukan, resepi simple, mudah, senang, keju leleh, macarooni cheese

Assalamualaikum semua, Syima nak masak pasta iaitu macarooni tetapi syima terlupa pula nak beli Sos Carbonara atau Tomato jenama Prego. Maka, syima mencari ikhtiar untuk buat sos buatan sendiri. Tak salahkan mencuba sesuatu yang baru. Setelah selesai membuat Sos Putih tersebut, rasa sedap pula. Malah, keluarga syima pun cakap sedap. Okay lah syima kongsi resepi syima.

Tuesday, October 4, 2016

5 CERITA KOREA YANG BEST DAN WAJIB UNTUK DITONTON



1.  Doctors


Ia mengisahkan seorang gadis bernama Yoo Hye Jung dilakonkan oleh Park Shin Hye yang masih bersekolah dan kehidupan beliau penuh dengan liku-liku kehidupan. Beliau seorang yang mempunyai personaliti gangster dan “kaki pukul”. Belaiu juga dibuang oleh ayah kandungnya selepas kematian ibunya dan dijaga oleh neneknya. Tetapi kelakuannya berubah selepas berjumpa seorang lelaki bernama Hong Ji Hong dilakonkan oleh Kim Rae Won yang merupakan cikgu di sekolah barunya. Cikgunya banyak mengubah beliau daripada seorang loser ke seorang hero sehinggalah beliau menjadi doktor.
(Rating Syima : 5/5)

2. Descendent Of The Sun


Yoo  Si Jin yang dilakonkan oleh Song Joong Ki merupakan kapten dalam angkatan tentera Korea Selatan dan juga hero bagi cerita ni. Perkenalan Yoo Si Jin bersama Dr. Mo Yeon yang dilakonkan oleh Song Hye Kyo bermula di unit emergency di sebuah hospital. Detik perkenalan mereka berterusan sehinggalah Kapten Yoo Si Jin kena berkhidmat di luar Negara. Malah, Dr Mo Yeon yang juga heroin dalam cerita ni juga dihantar untuk berkhidmat sebagai doktor yang kebetulan sama tempat dengan Kapten Yoo Si Jin.
(Rating Syima : 4/5)

3.  Oh My Venus


Kim Young Ho dilakonkan oleh So Ji Sub adalah seorang “Personal Trainer” di Hollywood. Pertemuan beliau dengan seorang wanita berbadan besar bernama Kang Joo Eun yang dilakonkan oleh Shin Min Ah di dalam kapal terbang. Suatu ketika dahula ketika Kang Joo Eun bersekolah, beliau seorang yang cantik, kurus dan merupakan kegilaan ramai para jejaka sehingga di gelar “Daegu Venus”. Kehidupannya berubah selepas beliau menjadi peguam kerana beliau kini telah gemuk dan sentiasa dihina sehinggalah kekasihnya curang dengan rakannya. Pertemuan Kang Joo Eun bersama Kim Young Eun mengubah kehidupan wanita tersebut sehinggalah mereka berdua “terjatuh cinta” bersama. Bagi sesiapa nak kurus macam syima, boleh lah tengok cerita ni sebab ia sangat memotivasikan diri kita.
(Rating Syima : 5/5)

4. My Love From The Star


Ia mengisahkan mengenai alien berbentuk manusia yang bernama Do Min Joon yang dilakonkan oleh Kim Soo Hyun yang telah mendarat di bumi selama 400 tahun yang dulu. Beliau mempunyai keupayaan melihat, mendengar dan boleh bergerak dengan pantas. Sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang artis bernama Cheon Song Yi dilakonkan oleh Gianna Jun dan akhirnya mereka jatuh cinta bersama. Banyak liku-liku kehidupan ketika mereka bersama.
(Rating Syima : 4/5)

5. Birth Of Beauty


Ia adalah sebuah romantic komedi mengenai dendam, cinta dan kejaayan seornag wanita cantik yang mempunyai personality seperti seorang mak cik. Ia mengisahkan kisah seorang wanita yang beristeri dan berbadan besar. Beliau dicurang oleh suaminya, malah keluarga mertuanya selalu membulinya sehinggalah berlaku suatu kejadian yang tak diduga. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki bernama Han Tae Hee dilakonkan oleh Joo Sang Wook yang mengubah kehidupan wanita tersebut menjadi cantik dan menjadi kegilaan ramai. Semasa proses penukaran, secara tak sengaja membibitkan rasa cinta mereka.

(Rating Syima 5/5)

Sunday, September 18, 2016

Adakah Kita Mengamalkan Pemakanan Seimbang?

Assalamualaikum semua. Baru hari ni rasanya free nak menulis blog. Sekarang ni syima dah masuk posting dalam wad selama dua belas minggu, minggu ni adalah minggu kedua. Wad yang syima posting adalah wad mental. Best juga posting di wad mental, banyak pengalaman yang syima dapat dan kita boleh lihat pelbagai jenis perangai. So, dalam wad ni syima kena buat pamplet iaitu ceramah kesihatan kepada pesakit. Syima dapat tajuk pemakanan seimbang. Jadinya syima nak kongsikan sedikit sebanyak info mengenai pemakanan seimbang. Malah, persoalannya adakah kita mengamalkan pemakanan seimbang? Renung-renungkanlah hehe.

Apa Itu Pemakanan Seimbang ?

Monday, August 29, 2016

Mengatasi Ketiak Berbau Bersama Kleencaleett Dengan Cepat

Alamak Ketiak Berbau


Assalamualaikum semua, sekarang ni cuaca panas kan? Tambah pula dengan jerebu fuhhhh panas dia rasa lain macam sikit. Tadi syima balik je dari praktik terus pergi ke KL Sentral ambil barang dekat Pos Laju. Tudiaa rasa juga lah peluh satu badan. Bayangkan naik LRT dari Kerinchi ke  KL Sentral dengan berdirinya lepas itu redah pula orang ramai dekat KL Sentral. Aduhai, penatnya tambah pula dengan peluh memang buatkan syima rasa nak duduk sambil menghadap air-cond atau kipas je. Tapi apakan daya, redah juga lah kan. Balik je dari KL Sentral, baru syima sedar ketiak berbau. Aduhai malu pula rasanya. Ketiak berbau tambah dengan melekit lagi. Huhu tak selesa sangat.

Friday, August 19, 2016

Nak Kulit Cantik Tapi Menjimatkan

"Si Comel" | Assalamualaikum semua, Pagi tadi syima exam Gerontologi Dan Perawatan Kesihatan. Bila exam ni, mula lah "Si Comel" nak tumbuh kat muka. Hahaha jangan fikir bukan-bukan ya. "Si Comel" tu merujuk kepada eyebag, jerawat, blackhead dan whitehead. Biasa lah tu, bila stress tiba maka hormon jadi tak stabil sekaligus mengeluarkan "Si Comel" tersebut.

Sunday, August 14, 2016

Mengapakah Oppo Menjadi Pilihan Syima

Telefon Ku Rosak

Assalamualaikum semua. Syima nak story sikit, hari Sabtu hari tu, telefon bimbit Syima rosak. Nak dekat seminggu lah syima pinjam telefon kawan untuk kegunaan seperti telefon, mesej dan Whatsapp. Mula-mula telefon syima tu "hang" kemudian syima off dan hidupkan semula tapi ! Tak hidup-hidup. Memang nangis juga lah sebabnya ia adalah telefon kegemaran dan sangat diperlukan terutama bila ada tugasan yang memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Tambahan pula sekarang ni tempat belajar syima memang menggunakan I-Study. Apa-apa info pensyarah akan update dalam I-Study. Syima tengok I-Study dalam telefon sahaja tapi apabila telefon rosak. Menangis tak berlagu lah jawabnya.

Oppo Menjadi Pilihan


Sunday, August 7, 2016

Vitamin C Untuk Kecantikkan Luar Dan Dalam

Vitamin C | Sandoz


Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi jalan-jalan di Mid Valley, then syima masuk Guardian nak cari barang makeup sikit. Kemudian ada seorang promoter suruh syima rasa air vitamin C katanya.  Syima pun try lah, rasanya masam-masam sikit. Promoter tu pun suggest vitamin C jenama Sandoz kepada syima sebab masa tu memang syima tengah demam dan selsema. Masa tu pula vitamin C ni tengah diskaun daripada RM40 lebih ke RM32. Dalam tu ada 4 kotak, setiap kotak ada 10 biji. Satu biji vitamin C mempunyai 1000mg, bak kata promoter tu, orang dewasa seharusnya ambil 1000mg vitamin C setiap hari.

Friday, July 22, 2016

Bestnya Makan Di Owlery Cafe

Owlery Cafe | Dine & Grind




Assalamualaikum semua, dah lama tak update blog kerana sibuk dengan orientasi pelajar junior masuk hehe. Almaklum lah dah tahun ketiga sekarang. Tup tup tahun depan syima dah graduate.
Oklah, hari tu syima makan di suatu cafe. Cafenya yang simple, cantik dan banyak kemudahan memang menarik minat syima.

Friday, July 1, 2016

Atasi Masalah Mata Dengan iVita Cassia Leaf | Vitamin Untuk Mata

Mata Kering Akibat Pemakaian Kanta Lekap




Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima dah start pakai contact lens balik dan syima selalu pakai dari pagi sampai ke malam. Selalunya syima pakai contact lens bila nak keluar. Maklumlah nak bergaya punya pasal hahaha. Satu perkara yang syima hadapi setiap kali pakai contact lens adalah kekeringan mata. Malah, mata syima tu rasa tak selesa dan rasa macam nak letak air je dalam mata ni. Bukan syima je hadapi masalah macam ni, tapi kakak syima pun hadap masalah ni setiap kali pakai contact lens.

Syima terfikir, tak ada ke benda yang boleh mengurangkan kekeringan bawah mata ni. Kemudian syima diperkenalkan dengan iVita Cassia Leaf. Katanya bagus untuk mata dan dikenali sebagai vitamin mata.


Wednesday, June 29, 2016

Yeo's Kem Ramadhan 2016 | Ceria Ria Beramal Bersama Bintang



Assalamualaikum semua, 25 Jun (sabtu), syima pergi ke Dewan IM4U, Puchong bersempena Yeo's Kem Ramadhan 2016 Ceria Ria Beramal Bersama Bintang. Ada 6 orang Bintang iaitu Kaka Azraff, Shukri Yahaya, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan juga Faizdickie.

Tuesday, June 28, 2016

Makan Di Flora Kafe Rasa Macam Dekat Paris

Flora Kafe | Menceriakan Hari Mu



Assalamualaikum semua, Hari tu Syima berbuka puasa di AmpWalk iaitu Flora Kafe. Mula-mula masuk AmpWalk tu seakan-akan terpegun melihat suasana cafe yang cukup gah dengan hiasan bunga-bungaan yang warna-warni dan rasa macam dekat Paris. Kuala Lumpur tak asing lagi dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi kereta, rasa stress pun ado. Tapi bila korang datang ke cafe ni, rasa macam stress tu zappppp ! Hilang. Hahaha. Ni pertama kali syima tengok cafe yang cantik, ceria dan tenang gitu.

Friday, June 24, 2016

Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-Anak Yatim




Assalamualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru ni syima di izinkan oleh Allah untuk pergi ke Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS bersama anak-anak yatim daripada Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang (PERKAP)yang diadakan di Impian Golf & Resort Kajang.

.