Assalamualaikum semua, semalam entry syima mengenai
Photoshoot Raya Bersama KBBA9. Kali ni pula entry syima mengenai Photographer
Terkenal iaitu Wan Izhar Abu Bakar. Rasa teruja tu ada tau bila nak shoot
dengan beliau. Bayangkan kita ni orang biasa-biasa tapi orang hebat seperti
beliau mengambil gambar kita. Rasa malu, kekok tu mesti lah ada. Biasalah
pertama kali di hadapan lensa photographer terkenal. Tetapi Alhamdulillah,
beliau banyak beri tunjuk ajar, dan cara untuk posing di depan kamera.
Kagum Dengan Beliau
Pertama sekali, syima rasa kagum dengan beliau kerana beliau
pandai mengambil pelbagai jenis ‘angle’ untuk photoshoot. Malah, beliau tak
sombong walaupun beliau merupakan photographer terkenal. Sampai ke petang juga
lah, beliau mengambil gambar tapi beliau kelihatan tenang dan bersahaja.
Terselah sikap professional dalam diri beliau.
Photographer Untuk Perkahwinan Akim Dan Stacy
Kalau korang nak tahu, beliau merupakan photographer untuk
perkahwinan Akim dan Stacy. Wahhh.. Akim dan Stacy tauu.. Bukan calang-calang
orang. Selain daripada Akim dan Stacy, beliau juga mengambil gambar Arja Lee
untuk albumnya iaitu ‘Bintang Malam, malah, beliau pun pernah mengambil gambar
Bront Palarae serta model-model yang lain.
ODS STUDIO COMMUNICATION SDN BHD
Sebagai seorang photographer, haruslah beliau mempunyai
studionya sendiri. Kalau korang rasa macam tak nak photoshoot di luar a.k.a
‘outdoor’ kerana panas atau mungkin hujan, korang boleh lah shoot di studionya.
Dengan beliau, korang tak perlu takut untuk bergambar kerana beliau agak
peramah dan boleh beri tunjuk ajar kepada korang.
Terima Kasih Wan Izhar Abu Bakar
Ucapan penghargaan terima kasih kepada Wan Izhar Abu Bakar
kerana sudi mengambil gambar kami ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Walaupun,
sampai ke petang beliau tidak jemu mengambil gambar kami dan sentiasa nampak
beliau tersenyum. Kalau korang nak photoshoot dengan beliau, boleh menghubungi
melalui email iaitu
wanizhar@odsstudio.com
atau boleh follow instagram beliau
@wanizhar
Memang terbaik Wan Izhar tak sabar tengok hasilnya.
ReplyDeletecantik tengok syima hari tu...makeupnya sangat sweet..mestia kebabom gambar yang dihasilkan nanti.
ReplyDelete