Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, January 12, 2017

Obses Dengan Tudung Aidijuma


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima jadi obses dengan tudung Aidijuma. Tak tahu lah macam mana boleh obses sangat dengan tudung Aidijuma ni. Sampaikan semalam syima tidur lewat duk tengok laman web Aidijuma



Pengemar Tudung Bawal

Syima sebenarnya merupakan peminat bawal dari bangku sekolah lagi. Tapi baru-baru ni syima pakai tudung Aidijuma di rumah. Syima tak pasti milik siapa haaa tapi yang penting tudung tu bolehkan semua orang memakainya haha. Maklumlah adik-beradik semua perempuan. So kongsi la semua jenis tudung. Kadang ada tudung yang kakak syima tak gunakan, dia hantar dekat rumah bagi adik-adik dia pakai. Tu yang best bila adik-beradik semua perempuan haha. Mula dari pakai tudung Aidijuma tu la syima tertarik nak tengok websitenya. Ternayata banyak koleksi menarik yang ada dalamnya

  


Design Yang Menarik Jiwa

Salah satu sebab syima mengemari tudung Aidijuma kerana corak tudungnya. Memang pelbagai corak dan warna yang cukup buat syima "Gila Bayang" dengan tudung Aidijuma ni. Tambahan pula, syima ni jenis suka corak yang comel-comel. Ternyata tudung Aidijuma membuatkan syima bagai nak pengsan hahaha.

Harga Yang Sangat Berpatutan


  

Ini merupakan perkara yang sangat syima menitik beratkan iaitu mengenai harga. Semua orang mesti nak harga yang berpatutan dan paling penting memuaskan hati. Harga tudung Aidijuma tidaklah semahal yang syima sangka pada mulanya. Kalau tak percaya korang boleh tengok sendiri di laman web Aidijuma.

2 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.