Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, January 9, 2017

Pertandingan #GooseySelfie Dari MyTown Shopping Centre


Assalamualaikum semua, Baru-baru ni syima sertai satu pertandingan iaitu #GooseySelfie dari MyTown Shopping Centre. MyTown Shopping Centre telah dibuka pada awal tahun 2017. Ianya bersambung dengan Ikea Cheras dan 3 KM daripada Kuala Lumpur. Dekat bawah ni ada peta untuk pergi ke MyTown Shopping Centre.





Hadiah Melebihi RM10,000 Untuk Dimenangi


 Sempena pra-pelancaran MyTown, mereka menganjurkan pertandingan selfie iaitu #GooseySelfie. Kepada sesiapa yang suka selfie macam syima digalakkan menyertai pertandingan ini, malah bagi sesiapa yang tak suka selfie pun boleh menyertai pertandingan ini kerana korang boleh memenangi hadiah melebihi RM10,000 kepada pemenang. Setiap minggu akan ada 10 peserta yang akan dipilih sebagai pemenang.

Bagaimana Nak Menyertai Pertandingan #Gooseyselfie?


Mudah sahaja untuk menyertainya. Korang hanya perlu log masuk ke www.gooseyselfie.com.my.


Kemudian tekan "Join Now"


Akan ada 5 langkah yang perlu korang ikuti


Log masuk ke dalam "Facebook"



Korang tekan "Select From Album" dan pilih gambar selfie korang atau korang boleh ambil gambar selfie terus daripada kamera


Korang dikehendaki untuk edit gambar korang sekreatif yang mungkin


Tadaaaa ! Ini adalah contoh gambar yang syima edit. Nama Goose Squad syima adalah "Agoosetina"

  

Kemudian share kan dalam Facebook korang. Jalan lupa hashtag #GooseySelfie dan tag @mytownshoppingcentre


Untuk maklumat lanjut boleh layari
www.mytownkl.comwww.facebook.com/mytownshoppingcentre



2 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.