Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, July 1, 2016

Atasi Masalah Mata Dengan iVita Cassia Leaf | Vitamin Untuk Mata

Mata Kering Akibat Pemakaian Kanta Lekap




Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima dah start pakai contact lens balik dan syima selalu pakai dari pagi sampai ke malam. Selalunya syima pakai contact lens bila nak keluar. Maklumlah nak bergaya punya pasal hahaha. Satu perkara yang syima hadapi setiap kali pakai contact lens adalah kekeringan mata. Malah, mata syima tu rasa tak selesa dan rasa macam nak letak air je dalam mata ni. Bukan syima je hadapi masalah macam ni, tapi kakak syima pun hadap masalah ni setiap kali pakai contact lens.

Syima terfikir, tak ada ke benda yang boleh mengurangkan kekeringan bawah mata ni. Kemudian syima diperkenalkan dengan iVita Cassia Leaf. Katanya bagus untuk mata dan dikenali sebagai vitamin mata.










Kandungan iVita | Vitamin Mata


Sebelum syima menggunakan iVita Cassia Leaf, syima tengok dulu kandungan, bahan dan kebaikkannya. Takkan kita nak gunakan sesuatu tanpa pemeriksaan kan?




Setelah syima Google semuanya, rupanya iVita Cassia Leaf ni daripada bahan semula jadi.
Antara kandungannya adalah :

- Ekstrak brokoli
Mempunyai beberapa zat gizi atau nutrisi seperti vitamin A,B,C,K dan Mineral seperti kalsium juga zat besi bertindak menjaga kesihatan mata.

- Ekstrak elderberry
Berfungsi merawat mata yang kabur.

- Ekstrak tomato
Bertindak mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

- Lutein
Lutein adalah pigment karotenid dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berperanan menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna indah dan dan lutein berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina.

- Estrak bilberry
Digunakan bagi mengatasi gangguan pembuluh darah dan penyakit mata. Mengandungi zat aktif yang disebut antosianisida atau lebih dikenali sebagai antioksidan.

- Ekstrak lobak merah
Berfungsi untuk mencerahkan mata disamping membantu menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolisma.

- Ekstrak epal
Berfungsi memberikan kesihatan pada mata dan penglihatan.

- Estrak biji bunga matahari
Merupakan sumber terbaik dari vitamin E dan bertindak sebagai antioksidan.



Khasiat Tambahan | iVita



Selain daripada itu, terdapat juga khasita tambahan seperti Buah Betik, Kunyit, Pine Bark (Ekstrak Kulit Kayu), Probiotic, Buah Delima, Olive Leaf dan Biji Anggur. Kebanyakkan kandungan yang terdapat di dalamnya berasaskan alam semula jadi yang banyak khasiatnya terutama bagi mata. Hehehe baru lah mata bertambah sinarannya dan cantik.


Khasiat iVita




Kan tadi syima cerita yang mata syima kering akibat pemakaian kanta lekap, sekarang ni kering di mata berkurangan. Rasa selesa je mata ni setiap kali syima menggunakan kanta lekap. 

iVita | Pakar Penyakit Rabun



Bagi orang yang mengalami masalah rabun seperti syima, boleh lah cuba iVita Cassia Leaf ni hehe. Kalau korang nak tahu, syima rabun jauh dan silau start dari sekolah rendah. Ni semua akibat kecik-kecik dulu main game dan tengok televisyen dalam jarak yang dekat. Akibatnya, rabun jauh dan silau menghantui syima haaa.. Tambahan pula, baru-baru ni syima cek mata, silau makin naik woahh..

Tapi kan, setelah syima minum iVita Cassia Leaf, setakat ni silau makin kurang. Kalau tak sebelum ni silau sampai syima sakit kepala.

Cara Pengambilan iVita Cassia Leaf 


Cara pengambilan  iVita Cassia Leaf  sangat mudah, korang tak perlu nak bancuh bagai atau nak kena campur dengan air masak. Korang boleh minum terus daripadanya. 
Kalau boleh, sebelum minum  iVita Cassia Leaf, korang goncangkan dulu. Kemudian, ambil 1 atau 2 sudu (15ml) sehari pada waktu siang atau malam.

Pastikan korang simpan dalam peti sejuk selepas meminum  iVita Cassia Leaf. Malah, minum air masak banyak-banyak dan kurangkan minum berkafein.


 Pantang Larang Penggunaan iVita


Haaaa.. Ingat orang bersalin je ke ada pantang larang? iVita Cassia Leaf pun ada pantang larang bagi keberkesanan yang lebih cepat. Antaranya :

- Kalau korang nak minum iVita Cassia Leaf , pastikan korang menggunakan sudu plastik

- Bagi sesiapa yang power melebihi 300 ++, Minum 2 sudu waktu pagi dan 2 sudu waktu malam sebelum makan.

- Bagi lelaki pula, digalakkan untuk berhenti merokok.

- Elakkan meminum air kelapa.

- Elakkan minum minuman yang berkafein. Kafein akan menyebabkan kurangnya khasiat lutien di dalam iVita Cassia Leaf.

-Elakkan minum minuman yang bergas.

- Amalkan meminum air masak 2 liter sehari. Kalau boleh korang minum lebih hehe

- Jika ada ambil ubat-ubatan daripada hospital atau sebarang supplement  dan jamu yang lain, korang kena jarakkan waktu pengambilan 30-60 minit.




Bagaimana Nak Dapatkan iVita Cassia Leaf ?




Haaa.. Kalau korang nak cuba  iVita Cassia Leaf ni, boleh la follow Instagram ivita_official atau boleh hubungi +6017 503 1359 atau boleh layari laman web www.pakarrabun.com.




1 comment:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.