Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, June 28, 2016

Makan Di Flora Kafe Rasa Macam Dekat Paris

Flora Kafe | Menceriakan Hari Mu



Assalamualaikum semua, Hari tu Syima berbuka puasa di AmpWalk iaitu Flora Kafe. Mula-mula masuk AmpWalk tu seakan-akan terpegun melihat suasana cafe yang cukup gah dengan hiasan bunga-bungaan yang warna-warni dan rasa macam dekat Paris. Kuala Lumpur tak asing lagi dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi kereta, rasa stress pun ado. Tapi bila korang datang ke cafe ni, rasa macam stress tu zappppp ! Hilang. Hahaha. Ni pertama kali syima tengok cafe yang cantik, ceria dan tenang gitu.



flora kafe, malaysia, ampang, kuala lumpur, paris


Banyaknyaaaa Makanan !

Makanan di Flora Kafe perghhhh banyak. Ada pelbagai makanan yang memang melelehkan air liur syima, nasib baik puasa haha telan air liur lah dulu. Ada makanan asli Malaysia, makanan barat, , ada pencuci mulut, ada kuih-muih, ada yang berkuah, ada pelbagai jenis buah-buahan. Aduhai, banyak sangat makanannya. Tak jadi diet syima hahaha.

Menu Utama | Makanan Asli Malaysia

Macam biasa, kalau menu utama semestinya kita akan makan nasi. Ada dua jenis nasi iaitu Nasi Briyani dan Nasi Putih. Lauk-lauknya pula ada pelbagai jenis yang sangat menyelerakan.

flora kafe, malaysia, ampang, kuala lumpur, paris

















Pencuci Mulut | Aneka Manisan

Cakap pasal pencuci mulut atau manisan, sudah semestinya menjadi rebutan semua terutama syima hahaha. Siapa tak suka makanan yang manis-manis, jangan terlampau manis suda,manis lebih dalam senyuman boleh haha.  Ada puding, ada ABC, ada Fountain Coklat, kuih-muih pun ada tau.










Hidangan Sampingan | Memikat Selera


Ada pelbagai jenis hidangan sampingan yang akan memikat selera korang, antaranya ada laksa, ada makanan bergoreng seperti koew tiau goreng, ada roti jala, ada yong tau fu, ada sate, ada buah-buahan dan macam-macam lagi.










Buffet Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan ni, Flora Kafe mengadakan Buffet Ramadhan dengan harga yang berpatutan. Bagi seorang dewasa hanya RM65+ (harga biasa), manakala bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun berharga RM35+

Lokasi Flora Kafe


 Ia terletak di dalam AmpWalk iaitu di Ground Floor. Ni alamatnya Flora Kafe, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 54000, Kuala Lumpur. Ia juga berdekatan dengan LRT Ampang Park. Korang waze aje, Flora Kafe AmpWalk. In Shaa Allah jumpa.




Untuk Tempahan


Bagi korang yang nak sambut ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan, syima sarankan korang sambut disini. Dengan penuh bunga-bungaan memang menaikkan suasana romantik dan ceria. Korang boleh layari Facebook Flora Kafe atau Instagram Flora Kafe. Kalau nak senang hubungi 012-2070166 atau 03-21810986.





5 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.