Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, August 19, 2016

Nak Kulit Cantik Tapi Menjimatkan

"Si Comel" | Assalamualaikum semua, Pagi tadi syima exam Gerontologi Dan Perawatan Kesihatan. Bila exam ni, mula lah "Si Comel" nak tumbuh kat muka. Hahaha jangan fikir bukan-bukan ya. "Si Comel" tu merujuk kepada eyebag, jerawat, blackhead dan whitehead. Biasa lah tu, bila stress tiba maka hormon jadi tak stabil sekaligus mengeluarkan "Si Comel" tersebut.



Rutin Hari Minggu

Siapa tak nak kulit cantik kan? Termasuk syima sendiri. Kadang-kadang kan, kulit kita ni dia macam ada perasaan tau. Kalau kita tak belai dan jaga dia, mesti dia 'mengamuk' a.k.a. mengeluarkan "Si Comel". Sebab tu lah, bila hujung minggu je syima pergi belai, bagi makan dan kasih sayang yang cukup. 


Bila sebut mengenai membelai muka mesti korang terfikir kena pergi spa dan saloon kan? Jangan risau, selalunya syima akan belai muka syima sendiri bila hujung minggu. Malah, dah jadi seolah-olah rutin harian syima hehe. Korang nampak gambar di atas? Haaaa itu yang syima gunakan untuk belai muka. Tiga barang di atas dah cukup untuk menanggalkan kotoran, minyak, blackhead, whitehead dan ia melembapkan.


Odeon Face & Body Scrub


Haaa. Apa yang syima suka dekat Odeon Face & Body Scrub adalah ia mencuci jauh ke dalam pori. Syima ada blackhead dan whitehead, tapi bila pakai scrub ni dua ekor tu hilang (blackhead dan whitehead). Malah, scrub ni mencerah kan juga tau dan yang paling best adalah ia 100% semula jadi. Scrub ni syima beli dekat Aeon Mid Valley. Range harga dalam belas-belas je hehe. Murah kan? Ni bekas besar tauuuu !


Cucumber Peel-Off Mask



Lepas syima pakai scrub, syima akan pakai Cucumber Peel-Off Mask. Mask ni hanya dalam 5-20 minit sahaja sebab ia cepat kering dan boleh peel-off macam tu je. Kemudian bilas dengan air, kalau nak lebih nyaman, bilas dengan air suam. Masker ni juga membuang kotoran, dan melembapkan kulit. Malah, ia buat kulit rasa halusssss sahaja macam telur yang dah direbus dan dibuang kulitnya. Syima beli mask ni di Guardian, range harga dalam belas-belas juga. 


The Face Shop Jeju Aloe Vera 



The Face Shop Jeju Aloe Vera ni adalah salah satu kegemaran syima. Syima pakai ia tiap malam dan dah jadi rutin harian sebelum tidur. Ia melembapkan kulit dari dalam dan bangun je pagi tu rasa muka segar je. Syima beli ni daripada The Face Shop dekat Mid Valley.

Syima buat ni sebagai rutin mingguan. Menjimatkan dan tak perlu nak keluar rumah. Buat dari rumah sahaja. Hope korang dapat ilham daripada rutin mingguan syima ni. Salam sayang.


2 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.