Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, October 4, 2016

5 CERITA KOREA YANG BEST DAN WAJIB UNTUK DITONTON



1.  Doctors


Ia mengisahkan seorang gadis bernama Yoo Hye Jung dilakonkan oleh Park Shin Hye yang masih bersekolah dan kehidupan beliau penuh dengan liku-liku kehidupan. Beliau seorang yang mempunyai personaliti gangster dan “kaki pukul”. Belaiu juga dibuang oleh ayah kandungnya selepas kematian ibunya dan dijaga oleh neneknya. Tetapi kelakuannya berubah selepas berjumpa seorang lelaki bernama Hong Ji Hong dilakonkan oleh Kim Rae Won yang merupakan cikgu di sekolah barunya. Cikgunya banyak mengubah beliau daripada seorang loser ke seorang hero sehinggalah beliau menjadi doktor.
(Rating Syima : 5/5)

2. Descendent Of The Sun


Yoo  Si Jin yang dilakonkan oleh Song Joong Ki merupakan kapten dalam angkatan tentera Korea Selatan dan juga hero bagi cerita ni. Perkenalan Yoo Si Jin bersama Dr. Mo Yeon yang dilakonkan oleh Song Hye Kyo bermula di unit emergency di sebuah hospital. Detik perkenalan mereka berterusan sehinggalah Kapten Yoo Si Jin kena berkhidmat di luar Negara. Malah, Dr Mo Yeon yang juga heroin dalam cerita ni juga dihantar untuk berkhidmat sebagai doktor yang kebetulan sama tempat dengan Kapten Yoo Si Jin.
(Rating Syima : 4/5)

3.  Oh My Venus


Kim Young Ho dilakonkan oleh So Ji Sub adalah seorang “Personal Trainer” di Hollywood. Pertemuan beliau dengan seorang wanita berbadan besar bernama Kang Joo Eun yang dilakonkan oleh Shin Min Ah di dalam kapal terbang. Suatu ketika dahula ketika Kang Joo Eun bersekolah, beliau seorang yang cantik, kurus dan merupakan kegilaan ramai para jejaka sehingga di gelar “Daegu Venus”. Kehidupannya berubah selepas beliau menjadi peguam kerana beliau kini telah gemuk dan sentiasa dihina sehinggalah kekasihnya curang dengan rakannya. Pertemuan Kang Joo Eun bersama Kim Young Eun mengubah kehidupan wanita tersebut sehinggalah mereka berdua “terjatuh cinta” bersama. Bagi sesiapa nak kurus macam syima, boleh lah tengok cerita ni sebab ia sangat memotivasikan diri kita.
(Rating Syima : 5/5)

4. My Love From The Star


Ia mengisahkan mengenai alien berbentuk manusia yang bernama Do Min Joon yang dilakonkan oleh Kim Soo Hyun yang telah mendarat di bumi selama 400 tahun yang dulu. Beliau mempunyai keupayaan melihat, mendengar dan boleh bergerak dengan pantas. Sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang artis bernama Cheon Song Yi dilakonkan oleh Gianna Jun dan akhirnya mereka jatuh cinta bersama. Banyak liku-liku kehidupan ketika mereka bersama.
(Rating Syima : 4/5)

5. Birth Of Beauty


Ia adalah sebuah romantic komedi mengenai dendam, cinta dan kejaayan seornag wanita cantik yang mempunyai personality seperti seorang mak cik. Ia mengisahkan kisah seorang wanita yang beristeri dan berbadan besar. Beliau dicurang oleh suaminya, malah keluarga mertuanya selalu membulinya sehinggalah berlaku suatu kejadian yang tak diduga. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki bernama Han Tae Hee dilakonkan oleh Joo Sang Wook yang mengubah kehidupan wanita tersebut menjadi cantik dan menjadi kegilaan ramai. Semasa proses penukaran, secara tak sengaja membibitkan rasa cinta mereka.

(Rating Syima 5/5)

1 comment:

  1. lama tak layan cerita korea rasa last tengok autumn in my heart

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.