Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, October 20, 2015

Kari Kepala Ikan Terbaik !!

Assalamualaikum.

Nak tahu di mana kari kepala ikan yang the best dekat area KL??

Jawapannya di Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan.



Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan


Serius sedap giler. Rugi kalau korang tak cuba. Rasa kari nya memang terasa la, makan pula dengan nasi panas-panas. Memang tak terkata la hehe


Selain itu, harganya juga berpatutan taw. Kalau kari kepala ikan size besar dalam rm90. Kalau saiz sederhana dalam rm60. Memang berbaloi la makan. Sesuai untuk makan bersama keluarga yang dalam kuantiti yang ramai sebab ikannya yang besar tu hehe



Di restoran kari kepala ikan Kampung Pandan, juga mempunyai bilik-bilik khas  VIP atau untuk bermesyuarat. Bilik tersebut mempunyai penghawa dingin dan juga papan putih untuk memudahkan perbincangan atau mesyuarat. 

Selain itu juga, terdapat pelbagai kemudahan seperti wifi percuma, surau, tempat meletak kenderaan dan juga tandas




Pemandangan di restoran kari kepala ikan kampung pandan juga menarik taw. Dari restoran ini, kita boleh melihat menara berkembar KLCC. Malah, setiap sabtu malam ahad akan terdapat buskers yang mendendangkan pelbagai jenis lagu. Makan kari kepala ikan, sambil mendengar lagu, memang syok lah hehe



Selain kari kepala ikan, terdapat juga menu yang lain seperti Satay, Char Koew Tiau yang the best, Tomyam, Rojak dan pelbagai makanan menarik.




Selfie dari kami Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih kepada 
Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan.


Untuk sebarang tempahan / maklumat:

Lokasi: No.2 Lorong Yap Kwan Seng,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
(waze: Restoran Kari kepala ikan Kampung Pandan)

En Hamid: No Tel: 0321612525

Waktu operasi: 24 jam

Instagram: @karikepalaikan_yks
Fb profile: Kari Kepala Ikan Yks
Fb page : Karikepalaikan_YKS


3 comments:

  1. hehe sedap. btul2. rasa nak lagi

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tahu... sini la port kali pertama merasa kari kepala ikan masa dtg KL dulu...

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.