Hari ini syima nak share story. Hari tu syima pergi food review tau, dekat Selayang. Nama Kedai Warisan Ayah 3Q.
Bersama kakak syima YanieYusuf |
Unikkan nama kedai nya. Nama Ayah tu merujuk kepada suami Puan Aqma iaitu owner kedai ni. Manakala, 3Q merujuk nama anak-anaknya iaitu Qistina, Qaisara dan Qusyairy. Sebab tu lah nama Cafe ini Warisan Ayah 3Q.
Hiasan dalaman nya juga penuh dengan keindahan yang asli dan penuh dengan gaya yang tradisional yang memukau pandangan syima untuk melihatnya.
Okaylah sekarang syima nak story pasal makanannya. Serius, makanannya teramatlah sedap, menarik tertarik the bomb lah. Syima suka dengan roti canainya. Disini mempunyai 30 jenis roti canai baq hang. Tudia keluaq dah bahasa Utara haha. Memang roti canai nya terbaik lah !! Bukan sahaja ada roti canai, malah ada pelbagai masakan yang sungguh menyelerakan.
Ini adalah Roti Canai Salad. Roti canai ni dia macam ala-ala kebab but dalam roti canai. Unikkan?? |
Ini pula roti canai Jepun. Dalamnya terdapat keju, telur, planta dan susu pekat manis. Nampak simple je, but rasa dia meletop !! kaw kaw tau. Tak percaya? Mai datang Cafe Warisan Ayah 3Q |
Ini pula roti canai Hawaii. Haaa.. nama pun dah gempak kan? Rasanya lagi lah gempak. Serius. Ni favourite syima sebab rasa gabungan mayonies, sosej dan daging di dalamnya memang sebati di dalam mulut |
Okay, menu lain pula yang the best pula adalah :
Ikan Kerapu 3 Rasa Syima suka rasa yang terdapat di dalamnya. Memang sedap dan menyelerakan. |
Ikan Siakap Stim Halia Haaa.. yang ni pun sedap jugak taw. Ramuan yang dicampur memang menyerap ke dalam ikan dan menambahkan lagi keenakkannya |
Ikan Kerapu Phak Phu Nenas Gabungan ikan dan nenas serta sosnya memang enak dan menarik taw. Tambahan pula makan dengan nasi panas. Memang ternyata enaknnya. |
Tom Yam Campur Tomyam yang terdapat di Warisan Ayah 3Q memang sedap, rasanya semua cukup tambahan pula syima memang penggemar masakan tomyam. Haaa sangat menepati cita rasa syima |
Kerabu Ikan Bilis Gabungan rasa dalam makanan ni serius menaikkan lagi selera syima. Tak terkata la rasanya, anda semua boleh cuba sendiri betapa enaknya. |
Air Kelapa Janda Pulang Hahaha namanya yang unik menunjukkan rasanya yang unik juga. Air kelapa yang digabungkan dengan gula melaka memang sedap. Sekali gus, melengkapkan juadah yang ada. |
Semua harga makanannya sangat berpatutan dan ada juga harga buat para pelajar, kerana cafe ini berdekatan dengan Kolej Komuniti. Malah, disini juga ada menyediakan penghantaran makanan bagi kawasan yang berdekatan dan memudahkan para pelanggan mengisi perut yang kosong itu.
Malah, Cafe Warisan Ayah 3Q juga mempunyai dewan untuk disewa bagi meraikan Hari Lahir atau untuk bermesyuarat. Kemudahan disini juga terdapat Internet, untuk photostate dan juga binding. Ini memudahkan para pelajar untuk menyiapkan tugasan.
Waktu operasi :
8am-12am (Ahad-Jumaat)
Tutup : Sabtu
Cafe Warisan Ayah 3Q beralamat :
B-G-08, P8 Avenue,
Jalan SH 1/1, Selayang Height
Selayang, Selangor
Landmarknya adalah :
Kolej Komuniti Selayang
Atau
Boleh menghubungi :
03-6128 0236 / 013-307 5369 / 013-307 5234
Atau
Follow Instagram ~ ~ ~ @Warisan_Ayah3Q
Licin syima dan adik syima makan. Serius makanan disini enak-enak belaka ! |
Terima kasih Puan Aqma kerana sudi menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari. |
assalamualaikum..boleh saya tahu,, syima yusuf adik kepada kak yanie yusuf ke..? sekadar bertanya
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya! (On behalf) 😆
DeleteYa betul yaya. Sekadar menjawab
DeleteWaalaikumusalam. Aah hehe
Deleteterliur tengok.. memang the best!!!
ReplyDeleteMemang powerrrr sgt menu2 tu semua kan syima...akak suka makan tomyam dan kerabu ikan bilis tu fuhhhhhh terbaik sgt
ReplyDeleteSerious kena pada selera kami seisi keluarga. Da masuk list jalan2 cari makan kami...thorbaek
ReplyDeleteFuuuuh tghari mcm ni teringat kat restoran ni mmg la berbunyi perut ni
ReplyDelete.sedapnya!!
ReplyDeleteAduh duh duhh.... Teringat akan kerabu ikan bilis nya yg sedap! Recommended
ReplyDeleteAduh duh duhh.... Teringat akan kerabu ikan bilis nya yg sedap! Recommended
ReplyDeletemenarik betul menu dia.. kena cuba makan kat sana ni!
ReplyDeletemenu semua sedap2. nak p try lah
ReplyDelete