Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, October 11, 2015

Ikea Food X Meatball Ikea

Assalamualaikum

Hari ini syima pergi Ikea, Damansara dengan kawan-kawan. Ramai kata meatball Ikea sedap. So,syima dan kawan-kawan pun nak try la. Maklum la kami student yang baru merantau ke Kuala Lumpur ni.

Cara kami pergi ke sana, menaiki LRT dari LRT Universiti ke LRT Kelana Jaya. lepas tu kami naik teksi hingga ke Ikea. Tambang teksi bawah RM15. Ada juga bas rapid dari LRT Kelana Jaya ke Ikea. Bas tersebut bernombor U89. Tapi bas ni berhenti tepi jalan raya, so kena jalan kaki sikit hingga ke Ikea.

Seperti biasa,hari hujung minggu, memang Ikea akan selalu penuh dengan manusia. Nak beli makanan, memang beratur panjang juga lah. Tapi demi memenuhi niat tuk makan meatball, ku sanggup tuk beratur

Di Ikea, bukan sahaja ada meatball yang famous tu malah ada pelbagai jenis makanan seperti chicken wing (kepak ayam), ada sup cendawan, pelbagai jenis roti, ada salad dan pelbagai lagi lah.









Ternyata memang makanan Ikea sedap !! Makanannya yang banyak malah harganya juga berpatutan tau.






See you all dalam entry seterusnyaaa . Bye bye




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.