Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, October 11, 2015

Bentuk Badan X Corak & Warna Baju

Assalamualaikum

Hari ini syima nak buat entry pasal baju bercorak dan bentuk badan. Corak memainkan peranan penting dalam pemilihan baju tau. Disebabkan hari ini syima keluar dengan mengenakan pakaian yang bercorakkan bunga, jadi syima nak share la sedikit tips dalam pemilihan baju, warna dan bentuk badan.

Malah, pemilihan warna tudung juga diambil kira. Baju yang bercorak ini selalu nya sesuai dengan tudung yang kosong/plain iaitu yang tidak ada corak. Agar nampak keseimbangan corak dan warna.

Disebabkan badan syima agak bersaiz besar dan tinggi. Jadi syima sesuai untuk menggayakan corak yang agak gelap dan corak nya adalah kecil-kecil atau sederhana.

Contohnya baju yang syima pakai seperti gambar di bawah. Syima memakai corak bunga yang sederhana kecil, malah di bahagian tangan berwarna hitam yang tidak menampakkan saiz lengan yang besar. Tudung syima juga warna kelabu yang tiada corak.



Selain itu, bagi seseorang yang badannya bersaiz besar dan rendah, sesuai menggayakan pakaian yang bercorak gelap, garis menegak atau corak yang kecil-kecil. Corak menegak akan menampakkan seseorang itu tinggi dan langsing.
Gambar diambil daripada Google


 Bagi yang bersaiz kurus dan rendah, sesuai untuk menggayakan corak yang lebih cerah dan corak yang besar-besar, malah corak menegak juga membuatkan seseorang itu nampak tinggi.

Gambar diambil daripada Google

Gambar diambil daripada Google

Bagi seseorang yang bersaiz kurus dan tinggi, sesuai menggayakan dengan warna yang cerah dan corak yang besar. Malah, ia sesuai digayakan dengan corak melintang agar menampakkan tubuh badan tidak terlalu kurus. Sebab tu ramai artis yang kurus-kurus tu menggayakan t-shirt yang coraknya garis melintang supaya menyerlahkan keterampilan mereka

Gambar diambil daripada Google
Hope tips syima dapat memberi inspirasi dalam pemilihan baju. Jika ada sebarang idea atau cadangan, boleh komen di ruangan komen :)






2 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.