Assalamualaikum
Sebelum ni syima cerita pasal syima pergi Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd . Korang nak tahu, syima dapat banyak ilmu mengenai fotografi. Nampak je fotografi ni bidang yang simple dan nampak senang, tapi actually nak hasilkan satu gambar yang bermakna memerlukan teknik taw. Terasa diri begitu kerdil. Ilmu manusia tidak boleh tandingi dengan Ilmu Allah SWT.
Haaaa.. Menurut Encik Adhadi, gambar adalah suatu medium untuk berkomunikasi dan ia juga adalah luahan rasa. Dalam gambar, banyak maklumat yang boleh kita sampaikan atau daripada gambar ia menggambarkan sesuatu yang hendak kita ceritakan. Sebab tu ada orang cakap, " Dalam satu gambar mempunyai seribu makna "
Malah, maklumat haruslah disampaikan dengan jelas dan fokus kepada medium yang hendak kita sampaikan. Itu lah kata-kata daripada Encik Adhadi.
Okaylah kita kembali kepada apa yang Encik Adhadi ajarkan. Selalunya kan gambar smart je mesti daripada DSLR. Tapi menurut Encik Adhadi, kamera daripada telefon pun boleh hasilkan gambar yang menarik taw.
Antara yang diajar adalah, Cahaya lembut iaitu subjek berhadapan dengan sumber cahay yang cukup lembut contohnya langit yang mempunyai awan. Selain itu, banyak lagi aspek yang penting seperti latar belakang, shooting mode & fokus dan juga depth of field(bokeh).
Kemudian, Encik Adhadi mengajar kami setting kamera menggunakan DSLR. Menurut Encik Adhadi, terdapat tiga perkara yang penting iaitu pemilihan appecture, shutter dan ISO.
Seterusnya, kami melakukan fotografi outdoor. Memang best outdoor fotografi ni. Kita dapat menggunakan pelbagai jenis setting agar gamabr kelihatan cantik.
Encik Adhadi menunjukkan cara untuk mengambil gambar agar kelihatan cantik |
Ini adalah gambar setelah diambil |
Semua tekun mengambil gambar |
Syima pun nak mengambil gambar dengan cantik juga heheh |
Credit to Kak Sue sebab ambil gambar yang cantik ni :D |
Untuk pengetahuan korang, Encik Adhadi ada juga menjual CD untuk korang yang duduk jauh dan tiada masa untuk datang ke kelas fotografi. Dari CD ni korang mudah nak faham sebab ia berbentuk dalam video. Terdapat CD untuk menguasai DSLR, untuk belajar guna photoshop dan juga lighting room.
Ada banyak perkara mengenai DSLR taw. Memang korang takkan menyesal beli CD ni dan korang mudah untuk menguasainya.
Gambar diatas adalah contoh yang terdapat dalam CD, Credit to Abang Ben Ashaari
Untuk makluman lanjut, anda boleh layari :
Atau
Facebook : www.facebook.com/adhadimohdIII
Atau
Instagram : www.instagram.com/adhadi_mohd
wah terbaik..SA pun minat bab amik gambar..kena beli DSLR la macam ni...
ReplyDeleteHehe kak SA, banyak bnda yg kita tak tahu mengenai fotografi, dengan kelas mcm ni baru kita tahu. Hehe terima kasih komen :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik lah belajar dengan adhadi mohd kan
ReplyDeleteHehe btul2, gambar jd cantik je
DeleteTerbaik lah belajar dengan adhadi mohd kan
ReplyDeleteWahh....!! Bagus. Byk teknik yang tak tahu pun sebelum ni dok belasah jer
ReplyDeleteNak beli DSLR laaa
Hehe terima kasih komen :D
Deletebestkan ,mudah paham
ReplyDeleteBtul-betul mudah faham hehe. Terima kasih komen :D
Delete