KLCC ke ROYAL FLORIA PUTRAJAYA
Syima nak mulakan 1st entry Syima dengan aktiviti Syima minggu lepas. Sabtu yang lepas Syima hangout dengan akk syima dan abag ipar syima. Kami janji jumpa di KLCC permintaan dari akak Syima. Syima datang naik LRT jew, tapi balik tu akk Syima ajak pergi Royal Floria Putrajaya.
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (SURIA, KLCC)
Di KLCC kami makan tengahari kat food court level 3, pelbagai juadah ada di food court tu. Menarik, tapi Syima makan nasi lauk ayam madu pedas. Serius sedap. Lagi sedap sebab abg ipar yang belanja kan. Kami hangout di KLCC tak lama sebab nak ke Royal Floria Putrajaya.
ROYAL FLORIA PUTRAJAYA
selfie meta :D
cantik kan bunga mawar ni ?
with my sister Yanie Yusuf
Ini pulak Taman Winter dan Spring. Beratur sangat panjang sebab ramai yang nak merasainya tetapi bagi Syima agak kurang menarik. Syima ingatkan bersalji dan boleh lihat flora time winter tetapi hanya tayangan video mengisahkan tentang winter.
Bayaran masuk ke Taman Winter dan Spring adalah RM3 bagi kanak-kanak dan dewasa. Harga sama sahaja.
Royal Floria Putrajaya
30 Mei 2015 sehingga 7 Jun 2015
Anjung Floria
Percint 4, Putrajaya.
Facebook
Korang boleh lah datang ke Royal Floria Putrajaya sehingga 7 Jun 2015, ada pelbagai lagi aktiviti menarik. Malam pun ada tapi kami dah kena balik sebab akk Syima nak balik ke Tanjung Malim. Diorang hantar Syima ke hostel, sempatlah Syima bagi barang-barang Syima untuk dibawa balik. ok bye...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai