Sunday, September 18, 2016
Adakah Kita Mengamalkan Pemakanan Seimbang?
Assalamualaikum semua. Baru hari ni rasanya free nak menulis blog. Sekarang ni syima dah masuk posting dalam wad selama dua belas minggu, minggu ni adalah minggu kedua. Wad yang syima posting adalah wad mental. Best juga posting di wad mental, banyak pengalaman yang syima dapat dan kita boleh lihat pelbagai jenis perangai. So, dalam wad ni syima kena buat pamplet iaitu ceramah kesihatan kepada pesakit. Syima dapat tajuk pemakanan seimbang. Jadinya syima nak kongsikan sedikit sebanyak info mengenai pemakanan seimbang. Malah, persoalannya adakah kita mengamalkan pemakanan seimbang? Renung-renungkanlah hehe.
Monday, August 29, 2016
Mengatasi Ketiak Berbau Bersama Kleencaleett Dengan Cepat
Alamak Ketiak Berbau
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Friday, August 19, 2016
Nak Kulit Cantik Tapi Menjimatkan
"Si Comel" | Assalamualaikum semua, Pagi tadi syima exam Gerontologi Dan Perawatan Kesihatan. Bila exam ni, mula lah "Si Comel" nak tumbuh kat muka. Hahaha jangan fikir bukan-bukan ya. "Si Comel" tu merujuk kepada eyebag, jerawat, blackhead dan whitehead. Biasa lah tu, bila stress tiba maka hormon jadi tak stabil sekaligus mengeluarkan "Si Comel" tersebut.
Sunday, August 14, 2016
Mengapakah Oppo Menjadi Pilihan Syima
Telefon Ku Rosak
Assalamualaikum semua. Syima nak story sikit, hari Sabtu hari tu, telefon bimbit Syima rosak. Nak dekat seminggu lah syima pinjam telefon kawan untuk kegunaan seperti telefon, mesej dan Whatsapp. Mula-mula telefon syima tu "hang" kemudian syima off dan hidupkan semula tapi ! Tak hidup-hidup. Memang nangis juga lah sebabnya ia adalah telefon kegemaran dan sangat diperlukan terutama bila ada tugasan yang memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Tambahan pula sekarang ni tempat belajar syima memang menggunakan I-Study. Apa-apa info pensyarah akan update dalam I-Study. Syima tengok I-Study dalam telefon sahaja tapi apabila telefon rosak. Menangis tak berlagu lah jawabnya.Oppo Menjadi Pilihan
Sunday, August 7, 2016
Vitamin C Untuk Kecantikkan Luar Dan Dalam
Vitamin C | Sandoz
Assalamualaikum semua, hari tu syima pergi jalan-jalan di Mid Valley, then syima masuk Guardian nak cari barang makeup sikit. Kemudian ada seorang promoter suruh syima rasa air vitamin C katanya. Syima pun try lah, rasanya masam-masam sikit. Promoter tu pun suggest vitamin C jenama Sandoz kepada syima sebab masa tu memang syima tengah demam dan selsema. Masa tu pula vitamin C ni tengah diskaun daripada RM40 lebih ke RM32. Dalam tu ada 4 kotak, setiap kotak ada 10 biji. Satu biji vitamin C mempunyai 1000mg, bak kata promoter tu, orang dewasa seharusnya ambil 1000mg vitamin C setiap hari.
Friday, July 22, 2016
Bestnya Makan Di Owlery Cafe
Owlery Cafe | Dine & Grind
Assalamualaikum semua, dah lama tak update blog kerana sibuk dengan orientasi pelajar junior masuk hehe. Almaklum lah dah tahun ketiga sekarang. Tup tup tahun depan syima dah graduate.
Oklah, hari tu syima makan di suatu cafe. Cafenya yang simple, cantik dan banyak kemudahan memang menarik minat syima.
Friday, July 1, 2016
Atasi Masalah Mata Dengan iVita Cassia Leaf | Vitamin Untuk Mata
Mata Kering Akibat Pemakaian Kanta Lekap
Syima terfikir, tak ada ke benda yang boleh mengurangkan kekeringan bawah mata ni. Kemudian syima diperkenalkan dengan iVita Cassia Leaf. Katanya bagus untuk mata dan dikenali sebagai vitamin mata.
Wednesday, June 29, 2016
Yeo's Kem Ramadhan 2016 | Ceria Ria Beramal Bersama Bintang
Assalamualaikum semua, 25 Jun (sabtu), syima pergi ke Dewan IM4U, Puchong bersempena Yeo's Kem Ramadhan 2016 Ceria Ria Beramal Bersama Bintang. Ada 6 orang Bintang iaitu Kaka Azraff, Shukri Yahaya, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan juga Faizdickie.
Tuesday, June 28, 2016
Makan Di Flora Kafe Rasa Macam Dekat Paris
Flora Kafe | Menceriakan Hari Mu
Assalamualaikum semua, Hari tu Syima berbuka puasa di AmpWalk iaitu Flora Kafe. Mula-mula masuk AmpWalk tu seakan-akan terpegun melihat suasana cafe yang cukup gah dengan hiasan bunga-bungaan yang warna-warni dan rasa macam dekat Paris. Kuala Lumpur tak asing lagi dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi kereta,
Friday, June 24, 2016
Sambutan Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-Anak Yatim
Assalamualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru
ni syima di izinkan oleh Allah untuk pergi ke Sambutan Majlis Iftar Ramadhan
FAMR & Usahawan IKS bersama anak-anak yatim daripada Pusat Kebajikan Islam
Peribadi Mulia Kajang dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang
(PERKAP)yang diadakan di
Impian Golf & Resort Kajang.
Labels:
EVENT,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Location:
35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Friday, June 17, 2016
Ephyra Skin Care Series Pelengkap Hidup Syima
Alhamdulillah Ada Ephyra Skin Care Series
Tuesday, June 14, 2016
Skytrex Shah Alam Mencabar Fizikal Dan Emosi
Aktiviti Paling Mencabar Bagi Syima | Skytrex Shah Alam
Assalamualaikum semua. Korang Pernah dengar Skytrek? Pernah? Tak pernah? Best ke Skytrek ni?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?
Tengok gambar je nampak macam dalam hutan kan?
Labels:
MY LIFE,
SYIMAYUSUF
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Monday, June 6, 2016
Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan Ephyra.
Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda | Ephyra Skin Care Series
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
semua. Korang nak tahu? Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Sunday, June 5, 2016
Photoshoot KBBA9 Bertemakan Hari Raya 2016
Photoshoot KBBA9
Assalamualaikum semua.. Pada 4 Jun 2016 (Sabtu), Kelab
Blogger Ben Ashaari mengadakan telah “Photoshoot KBBA9” yang bertemakan ‘Hari Raya’. Sebelum
tu, Syima nak mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa
bagi semua muslimin dan muslimat. Okaylah, balik kepada topik kita. Meriah dan best
sangat Photoshoot KBBA9 ni, malah merapatkan hubungan silaturrahim. Ada yang
Syima berkenalan melalui media sosial, tapi bila jumpa depan-depan macam dah
kenal lama hehe.
Labels:
EVENT,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Friday, June 3, 2016
Bagaimana Teknik Penyusuan Bayi Yang Betul?
Breast Feeding
![]() |
| Sumber Google |
Assalamualaikum semua. Tajuk pada hari ini adalah "Penyusuan Bayi" atau lebih gemar dipanggil dengan gelaran "Breast Feeding". Tajuk ini adalah tajuk dalam pembelajaran syima iaitu "Pemberian Nasihat Kesihatan Kepada Ibu". Selalunya, kami pelajar jururawat akan beri nasihat kesihatan kepada ibu sebelum ibu bersalin dan selepas ibu bersalin. Kami juga sentiasa menggalakkan ibu untuk beri susunya kepada bayi. Malah, kalau korang nak tahu ada beberapa buah hospital yang menerapkan "Hospital Rakan Bayi" termasuklah tempat syima belajar iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Thursday, June 2, 2016
Beauty Sweet Fibre Mencantikkan Wanita Luaran Dan Dalaman
Nak Kurus ! | Beauty Sweet Fibre
Assalamualaikum semua. Wahh Ramadhan
bakal tiba tak lama lagi, kemudian didatangi dengan Syawal iaitu Hari Raya
Aidil Fitri. Korang tak nak ke “Badan Raya”? Maksud badan raya tu lansing,
anggun dan cantik gitu. Confirm nak kan? Hahaha Syima pun nakk ! Siapa yang tak
nak kan?
Okaylah sebelum tu Syima nak share
sikit pengalaman Syima sendiri. Syima dah try banyak produk untuk kurus tau
yang Syima beli di Toko Jamu, Guardian, Watson, semuanya macam tak kena dengan
Syima. Malah, semuanya mendatangkan cirit-birit kepada Syima. Lepas dah
cirit-birit, sudah semestinya Syima termakan banyak kan? Tambahan pula dari
sekolah sampai ke Universiti, orang ejek Syima “Gemuk”. Pedih woahh ! Ayat tu.
Ibarat dihiris-hirisnya hati ni dengan sebilah samurai yang tajam gitu.
Kali ni Syima nekad, nak kurus ! Syima nak cuba produk daripada Beauty Sweet Global iaitu Beauty Sweet Fibre.
Labels:
FASHION & BEAUTY,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Sunday, May 29, 2016
Jom Hidup Sihat Bersama LivingWell Dan LivingFood
LivingWell | LivingFood
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat? Sudah berapa banyak kempen yang telah dijalankan, tetapi tiada kesan dan perubahan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung meningkat jumlah pesakitnya saban hari. Adakah faktor yang utama untuk hidup sihat??
Labels:
FOOD,
HEALTH,
SYIMAYUSUF
Thursday, May 26, 2016
Friday, May 13, 2016
Monday, April 25, 2016
Rizq Design Hasilkan Jubah Modern Bagi Para Jejaka
Jubah Lelaki Moden | Rizq Design
Assalamualaikum semua. Hari
Raya lagi 3 bulan je. Korang dah cari baju untuk raya? Masa raya adalah
kelebihan bagi kaum wanita kerana memiliki pelbagai jenis koleksi dan warna
untuk dipakai. Tetapi, bagi kaum lelaki, agak sukar untuk mencari
koleksi-koleksi pakaian yang selesa dan trendy untuk dipakai pada Hari Raya nanti.
Setiap tahun, mesti “Baju Melayu” kan? Haaaa mesti dah bosan kan? Hehe apa kata
tahun ni korang para jejaka yang tampan lagi segak bergaya dengan menggunakan
jubah atau kurta.Haaaa.. itu trend terbaru tau. Bukan setakat mengikut trend
malah selesa untuk dipakai. Okay lah kembali kepada topik utama kita.
Korang pernah dengar
jenama daripada Rizq Design? Alaaa, yang famous dekat dalam Instagram, Facebook
dan media social yang lain tu. Haaa, kalau korang nak tahu, Rizq Design ni
membuat design khas untuk para jejaka iaitu Jubah dan Kurta. Pengasas Rizq
Design adalah oleh Fazreen Rafi. Seorang pelakon yang mencipta nama di industry
seni tanah air dan pertama kali syima tengok beliau berlakon adalah dalam drama
“Spa Qistina atau Spa Q”. Cerita tersebut memang hangat ketika itu.
Disebalik nama Rizq Design
adalah sempena nama anak beliau iaitu Rizqeen Humaira, Rizqin Qayyum dan Rizqin
Nuwais. Anak beliau semua comel-comel hehe. Rizqy Design juga telah beroperasi
selama 3 tahun dan sudah mempunyai butik kilang. Malah, Rizqy Design mempunyai
pelbagai jenis koleksi jubah, kurta, warna dan saiz. Saiz yang tersedia adalah
dari saiz S ke XXL. Kalau korang nak tahu, material yang digunakan adalah tahan
lasak dan tidak mudah panas. Al maklumlah sekarang kan musim panas, jadi mesti
korang nak kain yang tidak panas kan?
Wow ! Open Day Rizq Design
Rizq Design akan
mengadakan Open Day di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Haaaaa..
bagi korang yang nak cari duit poket atau duit sampingan, korang boleh jadi
agen/dropship bagi Rizq Design (Jubah Lelaki Moden). Yang bestnya Open Day ini
adalah, korang boleh lihat sendiri dan merasai koleksi jubah dan kurta Rizq
Design. Hehe mesti korang tertanya-tanya bila Open Day akan diadakan? Ia diadakan
pada 30 April 2016 dan 1 Mei 2016. Pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. So,
boleh la korang merasai pakaian Rizq Design dari pagi sampai malam, hehe gurau
je. Bagi agen/dropship boleh mula membuat pre-order pada 30 April 2016 dan pada
1 Jun 2016 stok Rizq Design akan dipasarkan. Wow ! ada berita baik bagi
agen/dropship Rizq Design adalah korang boleh dapat kadar keuntungan sebanyak
20% sehingga 50% !!! Wah-wah memang terbaik lah ! Apa lagi korang tunggu,
cepat-cepatlah jadi agen/dropship Rizq Design kerana ia adalah terhad.
Special Project Rizq Design
Korang kenal Hafidz
Roshdi? Ala.. Pelakon yang popular dengan drama “Tundukkan Playboy Itu”. Kali
ini Rizq Design mengadakan kolaborasi istimewa bersama pelakon tersebut. Ternyata
sungguh kacak, segak dan tampan ketika Hafidz Roshdi menggayakan jubah dari Rizq
Design. Hahaha mesti gadis-gadis, cewek, dan wanita di luar sana tergoda dengan
Hafidz Roshdi termasuklah syima. Errr hahaha.
Harga Jualan !
Mesti ramai yang
tertanya-tanya berapa harga bagi satu jubah atau kurta. Bak kata syima “Don’t
worry, Be happy”, harganya semua berpatutan dengan kualiti pakaiannya tau.
Kebanyakkan koleksi jubah dan kurta moden adalah dalam lingkungan RM109
sehingga RM229. Kalau bagi syima la kan, baik korang beli dah siap dari Rizq
Design daripada korang nak beli kain dan tempah jahit dekat orang. Jimat masa
dan tenaga tau. Hehe. Untuk pengetahuan korang, Rizq Design mempunyai 3 koleksi
jubah yang hebat dan 1 koleksi kurta. Menariknya koleksi ini kerana mempunyai
10 pilihan warna bagi setiap koleksi.
Koleksi Jubah Terbaharu Yang Unik Dari Rizq Design
Korang nak tahu, ni pertama kali syima lihat jubah yang unik dan menarik untuk dipakai pada hari raya. Yang menariknya jubah ini adalah, ia mirip-mirip dengan pakaian kungfu. Kalau pakai jubah boleh berkungfu, ia bermakna material dan kualitinya terbaik. Tahan lasak dan mempunyai pelbagai warna.
Jualan akan bermula 1 Jun 2016. Maka, moh lerr
ramai-ramai, kita beli jubah dan kurta daripada Rizq Design. Siapa cepat, dia dapat.
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Boleh Layari :
Instagram : www.instagram.com/jubahlelakimoden
Atau
Facebook : www.facebook.com/jubahlelakirizq
Atau
Mesej/ Whatsapp : 011 2152 4939
Atau
Email : jubahlelakimodenrizq@gmail.com
![]() |
| Lihat lah Kelab Blogger Ben Ashaari pun support Rizq Design |
Tuesday, April 12, 2016
We Run KL 2016 | NIKE Malaysia 21K
Larian Nike Run Kl 2016
Assalamualaikum semua, pada 10 April 2016, Ahad. Ketika semua tengah nyenyak tidur dan berdengkur haha kami "student nurse" bangun pukul 1 pagi untuk pergi ke Nu Sentral. Tudiaaaa.. First time kerja memalam gini ketika semua tengah tidur. Ini adalah pengalaman yang amat berharga dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Labels:
HEALTH,
SYIMAYUSUF
Saturday, April 2, 2016
Dark Circle Concealer Correcteur | NYX
Bagaimana nak tutup lingkaran hitam bawah mata ???
Assalamualaikum, hari ini syima nak story tentang lingkaran hitam bawah mata. Pastinya ramai yang mal tutup lingkaran bawah mata haha termasuk lah syima. Ada yang cakap syima macam panda erm ermm. hahaha. Tapi tu dulu lah. Sekarang ni ada yang tanya syima lingkaran hitam bawah mata syima makin berkurangan. Macam mana syima hilangkan nya. Apa yang syima lakukan untuk hilangkan, dan macam-macam lagi lah.
Labels:
FASHION & BEAUTY,
SYIMAYUSUF
Friday, March 25, 2016
Monday, March 21, 2016
Jom Cuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Pertama Di Malaysia
Assalamualaikum semua, Okay lah syima nak tanya, siapa yang
ada bintik-bintik hitam, jeragat mahu pun jerawat? Lepas itu, kulit korang
macam tak sekata atau kulit kusam? Malah, korang ada lebam bawah mata? Syima yakin
mesti ramai yang hadapi semua masalah yang syima tanya kan tadi. Syima sendiri
pun mempunyai masalah tersebut, terutama bahagian bawah mata. Hohoho macam
panda dah syima tengok. Mustahil lah ada perempuan yang tidak hadapi itu semua
kerana itu adalah “natural process” bagi kaum perempuan. Cuma cara kita kawal
dan hadapi itu semua.
Friday, March 18, 2016
Jom KetchUp ! 5 Café Dalam 1 Hari
KetchUp | The Food Hunter
Assalamualaikum
semua, minggu lepas kan korang ada tengok banyak jenis makanan dan café yang
syima pergi dalam instagram dan facebook syima. Ramai juga tanya kemana syima
pergi? Apa yang syima lakukan? Malah, ada yang tanya, apa itu KetchUp? Sebabkan
syima hashtag #KetchUp kan. Lepas tu ada pula rakan yang lain buat lawak cakap
KetchUp tu “sos tomato ke?”. Hahaha
Labels:
FOOD,
REVIEW,
SYIMAYUSUF
Location:
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Saturday, February 20, 2016
Cendol Pulut Terbaik Yang Anda Wajib Cuba
CEN Cendol Pulut Jeniang | Kedah
Assalamualaikum semua. Apa habaq semua? hehe minggu ni dah seminggu syima posting dalam ward. Ada lagi 11 minggu weyh. Ayoyo. Minggu ni syima masuk wad postnatal. Postnatal tu yang lepas bersalin tu. Alhamdulillah syima dapatlah mandi kan bayi dan banyak lagi perkara syima buat. Memang comel-comel lah baby dalam wad. Rasa macam nak cium je haha ( tapi tak cium pun sebab anak orang kan). Nanti ada masa syima story lagi kay. hehe
Wednesday, February 17, 2016
Jom Makan Tanpa Masak Dan Tanpa Pergi Ke Kedai | Shogun2U
Jom Makan Tanpa Masak Dan Tanpa Pergi Ke Kedai | Shogun2U
Assalamualaiku. Bunyi tajuk di atas macam pelik je kan? Haaaa.. Korang mesti lapar kan? Tapi malas nak masak atau malas nak pergi kedai. Syima pun macam tu juga hehe. Maklum lah duduk asrama, tak boleh masak dalam asrama dan kedai makan pula jauh. So, kalau boleh nak duduk dalam bilik je. Duduk dalam bilik dan tunggu makanan sampai depan mata.
Thursday, February 11, 2016
Misteri Terungkai Dengan Jus Annona | Untuk Kesihatan Wanita
Rahsia Kejelitaan dan Kesihatan Buat Para Wanita | Jus Annona
Assalamualaikum semua. Kita semua tahu, wanita yang masuk awal 20an ke atas akan mengalami masalah wanita seperti migrain, sukar membuang air besar, stress, period tidak teratur, kulit nampak tua dari usia. Hmm.. sebenarnya syima pun menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula, sekarang syima belajar di kolej dalam kawasan Kuala Lumpur pula tu. Bayang kan, syima kena hadapi peperiksaan dan posting di ward. Lepas tu kalau nak keluar jalan-jalan (kononya nak hilangkan stress) kena hadapi jem dan orang yang ramai di pusat membeli-belah. Tapi semua tu membuatkan kita lagi stress.
Monday, February 8, 2016
Overstepped Cafe | Cafe Hipster Kedah
Overstepped Cafe | Cafe Hipster Kedah
Assalamualaikum. Baru-baru ni syima pergi Kedah sebab melawat kakak syima yang menetap di sana. Maka, bila sampai ke negeri orang, tak sah lau tak rasa makanannya. Hahaha well "Food Hunting" begin bak kata orang putih.
Friday, February 5, 2016
Merawat Kanser Dengan Jus Annona
Merawat Kanser Dengan Buah Durian Belanda | Jus Annona
Assalamualaikum semua. Hari ini syima nak share sikit pasal kanser. Percaya atau tidak pesakit kanser semakin meningkat dari hari ke hari. Banyak artikel (Metro , Berita Harian )yang menunjukkan peningkatan kanser di Malaysia. Ok lah syima tak nak cerita panjang mengenai apa itu kanser, jenis kanser dan sebagainya. Korang boleh baca dalam info kesihatan .
Wednesday, February 3, 2016
Kekal Sihat Dengan Jus Annona
Sakit ?? Chill lah Jus Annona kan ada | Jus Kesihatan Dan Kecantikkan
![]() |
| sumber google |
Monday, February 1, 2016
Jom Belajar Makeup Dengan Sarah Hata
Kelas Demo Solekan Oleh Sarah Hata | Jom Jadi Cantik
Assalamualaikum semua.
Waduh waduh.. Makeup.. Perempuan mana yang tak suka makeup. Semua peremuan suka makeup tapi skill makeup tu tak ada. Dalam bag tangan syima pun hanya ada bedak, gincu dan maskara. Itu pun kadang-kadang pergi kelas tak pakai apa-apa pun dekat muka.
So, Alhamdulillah syima diberi kesempatan untuk hadiri kelas makeup. Kelas kau jah.
Sebenarnya, nampak je susah nak makeup, tapi kalau kita dah belajar teknik yang betul, confirm korang boleh jadi Diva. Eh, tak ada lah sampai jadi Diva, sekurang-kurangnya boleh nampak natural gitu.
Saturday, January 23, 2016
Resepi Tiramisu Syima
Resepi Tiramisu Mudah Dan Senang Giler | Homemade
Sebenarnya, memasak ni menguji kesabaran kita taw. Terutama bila memasak kek, Kita kena tunggu kek tu masak, kita kena gaul dengan sebati.Okayllah, kembali kepada resepi kita iaitu tiramisu.
Ini adalah bahan yang kita perlukan.
Bahan-bahan :
- Biskut Ladyfinger atau Kek sponge (beli kat pasaraya je) atau Biskut Marie (syima guna biskut marie sebab syima tak jumpa kek sponge)
- 1 1/2 cawan Whipping Cream (syima guna jenama dalam gambar diatas kerana harganya agak murah taw)
- 3/4 cawan gula halus
- 1 sudu kecil esen vanila
- 250gm cream cheese
- 1 sudu kecik nescafe bancuh dengan air panas. ( Buat ala-ala nescafe gituu haha)
- Serbuk koko/milo
Cara-cara :
1. Mula-mula, syima putarkan 250 gram cream cheese sehingga sebati. Syima tak nak campurkan semua sebab nanti akan berterabur semua bahan.
2. Kemudian, syima masukkan 1 1/2 whipping cream, 3/4 cawan gula halus,1 sudu kecil esen vanila. Putarkan sehingga sebati se[erti gambar dibawah.
3. Seterusnya, Biskut Ladyfinger atau Kek sponge ata Biskut Marie tu syima celup dalam air nescafe tadi. ( Jangan bagi terlampau lama. Just celup-celup gitu sahaja sebab nanti jadi terlalu lembik)
4. Kemudian, kita masukkan adunan kita tadi secara berselang-seli serta taburkan sedikit serbuk koko atau milo.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 20-30 minit dan Selamat Menjamu Selera !
Sunday, January 17, 2016
Sawadikap ! Makanan Thailand Sedappppp
Tuesday, January 5, 2016
Monday, January 4, 2016
Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd
Assalamualaikum
Sebelum ni syima cerita pasal syima pergi Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd . Korang nak tahu, syima dapat banyak ilmu mengenai fotografi. Nampak je fotografi ni bidang yang simple dan nampak senang, tapi actually nak hasilkan satu gambar yang bermakna memerlukan teknik taw. Terasa diri begitu kerdil. Ilmu manusia tidak boleh tandingi dengan Ilmu Allah SWT.
Nanafa Juta Beauty
Nanafa Juta Beauty | Licin Monne Putih Seppo
Apa maksudnya tu ??
Haaa. Ini adalah dialek Kelantan yang bererti "Licin Giler Putih Melepak"
Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Kompleks Pertanian Dan Inap Desa
Assalamualaikum semua :D
Baru-baru ni syima pergi Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Encik Adhadi Mohd bertempat Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Lokasi nya berdekatan dengan Universiti Teknikal Melaka Malaysia. Memang enjoy la tempatnya.
Berkonsepkan ala-ala dalam farm gitu memang dapat merasai kehidupan semula jadi.
Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech | Resort Menarik DI Melaka
Baru-baru ni syima pergi Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Encik Adhadi Mohd bertempat Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Lokasi nya berdekatan dengan Universiti Teknikal Melaka Malaysia. Memang enjoy la tempatnya.
Berkonsepkan ala-ala dalam farm gitu memang dapat merasai kehidupan semula jadi.
![]() |
Sunday, December 20, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































