Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, September 18, 2016

Adakah Kita Mengamalkan Pemakanan Seimbang?

Assalamualaikum semua. Baru hari ni rasanya free nak menulis blog. Sekarang ni syima dah masuk posting dalam wad selama dua belas minggu, minggu ni adalah minggu kedua. Wad yang syima posting adalah wad mental. Best juga posting di wad mental, banyak pengalaman yang syima dapat dan kita boleh lihat pelbagai jenis perangai. So, dalam wad ni syima kena buat pamplet iaitu ceramah kesihatan kepada pesakit. Syima dapat tajuk pemakanan seimbang. Jadinya syima nak kongsikan sedikit sebanyak info mengenai pemakanan seimbang. Malah, persoalannya adakah kita mengamalkan pemakanan seimbang? Renung-renungkanlah hehe.

Apa Itu Pemakanan Seimbang ?



Makanan Seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis kelas makanan yang diperlukan oleh manusia setiap hari dalam kuantiti dan nisbah yang betul bagi mendapatkan nutrien yang mencukupi.

Maksudnya di sini, kita hendaklah makan makanan yang bernutrisi mengikut kelas di dalam piramid makanan. Malah kita hendaklah mengambil amaun atau kuantiti makanan yang mencukupi bagi mengelakkan komplikasi berlaku.

Malah, pemakanan seimbang tidak akan lengkap jika tidak mengambil air minuman mengikut kadar yang ditetapkan. Kadar yang ditetapkan adalah 6 hingga 8 gelas sehari. Bagi mengelakkan masalah sembelit dan dehidrasi.

Piramid Makanan

piramid makanan, pemakanan seimbang, makanan bernutrisi



Faktor Yang Mempengaruhi Pilihan Makanan

1. Demografik

  • Umur. Kanak-kanak memerlukan makanan yang tinggi nutrien berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak memerlukan ia bagi proses tumbesaran.
  • Jantina. Lelaki memerlukan makanan yang lebih berbanding perempuan.

2. Budaya Dan Agama

  • Makanan tradisi. Pelbagai kaum terutamanya di Malaysia mempunyai pelbagi jenis makanan tradisi. Contonya kaum melayu terkenal dengan nasi lemak.

3. Sosial Dan Emosi

  • Ada sesetengah orang, apabila dia beremosi, di cenderung untuk makan lebih makanan terutamanya bagi kaum wanita. Salah satu faktornya adalah di sebabkan hormon wanita tersebut. Tetapi, sosial dan emosi adalah terpulang kepada individu tersebut.

4. Industri Makanan Dan Media

  • Dalam era globalisasi ni, sudah banyak kilang makanan dan minuman yang diwujudkan. Jadinya, kita tidak akan ada masalah dalam "pencarian makanan" kerana di mana-mana sahaja sudah mempunyai makanan dan minuman.
  • Media juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kita untuk makan. Contonhya trending "Ramen Samyang" di media sosial. Sudah pasti ramai yang ingin mencuba apabila melihat orang lain mencubanya.

5. Perasa

  • Sudah pasti ramai yang mahukan makanan mereka sedap dan puas untuk dimakan. Begitu juga dengan syima. Jadinya, sekarang ni di pasaraya sudah mempunyai pelbagi jenis perasa contohnya "Maggi Cukup Rasa" dan banyak lagi bagi melazatkan makanan kita.

6. Aspek Lain

  • Kos juga memainkan peranan penting kerana sudah pasti ramai yang mahu berjimat bab makan. Teutamanya bagi pelajar macam syima hehe.


Kesan Pengambilan Makanan Dalam Kehidupan

1. Karbohidrat


Jika mengambil kurang karbohidrat. Badan kita akan cepat letih, lesu dan tak bertenaga. Ini kerana karbohidrat akan bertukar kepada glukosa dalam darah. Maka glukosa tersebut akan memberi tenaga kepada badan untuk melakukan aktiviti harian. Tetapi Awas ! di larang mengambil karbohidrat secara berlebihan kerana ia boleh meningkatkan berat badan dan juga boleh menyebabkan diabetes (kencing manis) jenis kedua.

2. Protein

Protein juga amat penting untuk badan. Jika kurang pengambilan protein ia boleh mengakibatkan luka  kita lambat sembuh dan fungsi utama protein adalah pembentukan tisu badan. Jika ambil secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan gout.

3. Vitamin

Vitamin juga penting bagi keseimbang makanan kita. Ia mempunyai vitamin A, B, C, D,E dan K. Setiap vitamin tersebut mempunyai pelbagai kepentingan.    
  • Vitamin A. kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit menjadi bersisik dan kering malah boleh menyebabkan rabun malam. Jika ambil secara berlebihan juga mendatangkan masalah seperti rambut gugur, sakit kepala, cirit birit, loya dan hilang selera makan
  • Vitamin B. Kekurangan nya boleh mendapat penyakit Pelagra, Beri-beri dan juga akan menganggu sistem saraf badan. Manakala jika ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan lemak di hati.
  • Vitamin C. Kekuranganya akan menyebabkan skurvi iaitu gusi berdarah. Malah mudah mendapat jangkitan selsema.
  • Vitamin D. Jika kekurangan boleh mendapat penyakit rikets dan akan mengalami kerosakan gigi.
  • Vitamin E pula jika mengambilnya kurang boleh mengakibatkan kemandulan.
  • Vitamin K. Kekurangan vitamin K boleh mengakibatkan darah lambat beku dan jika ia agak bahaya jika berlaku pendarahan kerana boleh kehilangan darah yang banyak.

4. Kalsium



Jika kekurangan kalsium boleh mengakibatkan osteoporosis. Osteoporosis adalah kerapuhan tulang terutamanya bagi golongan warga emas. Semakin meningkat usia, semakin kurang jisim tulang terutamanya bagi wanita. Wanita lebih cenderung mendapat osteoporosis kerana ketika kehamilan berlaku, bayi dalam kandungan akan mengambil nutrien ibu untuk tumbesaran terutamanya kalsium. 
Malah, jika mengambil kalsium secara berlebihan, boleh menjadi penat dan muntah-muntah.

2 comments:

  1. tq infonya,sejak2 preggy ni kena ontrol makan la pulak hehehe kalau tak main bedal je ....

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.