Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, November 28, 2015

TIJAARAH WESTERN CUISINE | THE BEST WESTERN FOOD

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini hari yang ceria buat anda.
Oklah, syima nak story pasal the best western food.
Kalau anda ke Shah Alam, then anda blur nak cari restoran western food kat mana?
Terlalu banyak pilihan restoran western food?
Nak western food dengan rasa yang extra double triple the bomb?

Haaaaa.. meyh syima nak bagitahu the best western food area Shah Alam adalah di Tijaarah Western Cuisine. Ia terletak di seksyen 7. Berdekatan dengan Jakel. Mudah sahaja nak cari restoran tersebut.







Menu makanan disini semuanya western. But yang uniknya Tijaarah Western Cuisine ni adalah, mereka sangat menjaga dalam kualiti makanan dan mereka sentiasa update resepi makanan mereka. 
Chef disini juga adalah chef yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan makanan yang tinggi. Restorannya unik juga. Hiasan yang nampak elegan dan selesa untuk pelanggan menjamu selera. 



Main dish dekat sini adalah steak.Steak dia lazat tak terkata lah. Selalunya lau kita makan dekat mana-mana restoran yang ada jual steak, mesti kita kadang-kadang akan bau atau rasa hanyir daging tersebut. Tapi dekat Tijaarah Western Cuisine ni, steak dia tiada pun rasa atau bau hanyir tersebut. Malah, rasa steak dia macam power la haha. Gabungan rasa dari pelbagai jenis bahan, memang sebati dan perfect combination la orang putih kata.





Okay yang syima makan ni Cheesy Pepper Beef Ribs. Rasa dia memang hebat. Tak percaya? mai datang ke Tijaarah Western Cuisine. Hidangan ini adalah lengkap dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Gabungan roasted potato, sayuran dan jagung memang sesuai dihidangkan dengan beef ribs ni. Malah, Cheesy Pepper Beef Ribs ni adalah antara menu pilihan yang pelanggan usually order.





Okay menu kedua yang syima makan adalah Beef Lasagna. Haaaa. ini adalah salah satu favourite syima. Syima pernah makan lasagna dekat restoran lain but dekat Tijaarah Western Cuisine ni sangat berbeza rasanya. Seperti yang kita tahu, Tijaarah Western Cuisine sangat menjaga kualiti makannanya, so rasa lasagna ni memang the best lah !! Tak percaya lagi?? Datang lah ke Tijaarah Western Cuisine, baru anda tahu rasanya.




Menu di atas adalah set lunch/ set tenggah hari. Bagi anda yang bekerja dan mahukan penjimatan. Set lunch mempunyai hidangan yang menarik untuk anda makan. Ia juga disertakan dengan minuman.




Haaaa... Berbeza dengan restoran western yang lain kerana di Tijaarah Western Cuisine terdapat homemade pizza !!! Malah, pizza dia mempunyai rasa yang unik taw kerana ia dimasak dengan kayu api. Seriously !!!, korang kena rasa pizza di Tijaarah Western Cuisine.





Selain itu, banyak lagi menu makanan yang anda semua boleh nikmati. Untuk appetizer ada corn tortilla chips, cheesy cream macaroni, nachos dan banyak lagi. Malah disini ada pelbagai jenis soup seperti mixed seafood soup, mushroom soup.

Salad pun juga terdapat disini. Ada pelbagai jenis burger dan sandwich. Pebagai jenis pasta seperti alfredo, carbonara, vongole dan prawn arrabiata.
Dessert pun juga terdapat disini seperti chocolate brownies, baked cheese cake, panna cotta dan creme brulee

Bagi anda yang membawa anak kecil, jangan risau. Disini juga mempunyai menu makanan yang menarik untuk kanak-kanak seperti kid alfredo, kid blognese , macaroni cheese dan banyak lagi pilihan untuk kanak-kanak.









 Okaylah cerita pasal menu minuman pula. Disini ada pelbagai jenis minuman yang menarik seperti Juices, Milkshake, Ice blended, iced drink, hot drink, fruit drink dan soft drink. Yang menarik minat syima adalah Mocktails. Ada pelbagai jenis minuman mocktails seperti My heart, sweet honey, blue lagoon, green lake dan pelbagai lagi.

Syima minum minuman seperti gambar diatas. Syima memang suka dengan oreo milkshake dan chocolate milkshake. Rasanya sedap sangat

 Anda anda anda dan anda semua kena datang ke Tijaarah Western Cuisine untuk menikmati semua jenis hidangan dengan santainya.




Anda risau dengan harga makanan ?? Jangan risau kerana Tijaarah Western Cuisine mempunyai membership card. Register kad adalah FREE !!
Hanya perlu tunjukkan kad tersebut dan dapatkan diskaun tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.
Malah, makanan disini adalah berpatutan dan sesuai dengan kualiti makanan yang dihidangkan :)













Anda mahu ke Tijaarah Western Cuisine?
Di bawah terdapat  info detail :

Dibuka pada :
Sabtu-Khamis  11.30am-11.30pm
Jumaat sahaja : 4pm-11.30pm

Alamat; 
Tijaarah Western Cuisine
59, Ground Floor, Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Waze:
Type sahaja Tijaarah Western Cuisine, anda akan jumpa destinasinya.

GPS :
Type 3.068407, 101.490230

Boleh hubungi di talian :
03-55241516

Instagram :

Facebook :

Emai :
tijaarah.sa7.sdn.bhd@gmail.com




Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Umi dan Encik Megat serta pihak Tijaarah Western Cuisine kerana  sudi menjemput syima. Semoga perniagaan Tijaarah Western Cuisine berjalan dengan lancar dan success selalu.




Sunday, November 15, 2015

Cafe Berkonsepkan Makmal

Assalamualaikum.

Minggu depan syima exam, huhu cuak pula nak dekat exam ni. Btw, dengar kisah dunia, ada macam-macam kisah. Kisah Paris berlaku tembak-menembak, Malaysia dengan tanah runtuh. Nauzubillah, pelbagai bencana yang muncul dalam dunia zaman sekarang.

Ok lah, syima nak story tentang satu cafe ni. Dia berkonsep kan dalam makmal. Menarikkan ??
Nama nya adalah Chemistry Cafe+Lab. Dalam kedai tersebut juga menggunakan peralatan seperti dalam makmal. Contohnya, gelas. Chemistry Cafe+Lab menggantikan gelas dengan bikar yang selalu kita gunakan di dalam makmal.


Dekorasi dalam Chemistry Cafe+Lab juga amat menarik. Hiasan yang simple but unik dan menarik minat pengunjung yang hadir. Malah, Cafe tersebut sesuai untuk semua pengunjun yang mahukan santai dan relaks di hujung minggu. Ia juga sesuai untuk meraikan hari ulang tahun mahupun ulang tahun perkahwinan. Kalau anda nak tahu, Chemistry Cafe + Lab ini adalah yang pertama di asia. Banggalah anda menjadi rakyat Malaysia. , 







Disini juga mempunyai pelbagai menu yang menarik. Air nya juga mempunyai pelbagai rasa yang menarik. Serius, rugi kalau korang tak datang. 










Harga makanan disini juga berpatutan dan sesuai untuk semua pengunjung yang hadir.



Syima suka sangat dengan pavlovanya. Serius sedappppp !!!


                                          












Bersama kakak syima, YanieYusuf









Jika anda yang berminat nak datang kesini, boleh lihat info selanjutnya:

Area Shah Alam:
Chemistry Cafe+Lab
No26, Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7, 40000, Shah Alam Selangor

Area Bangi :
3A-57-01 Bangi Sentral,
Seksyen9, Selangor

Atau

Instagram : @ChemistryCafe

Atau

Facebook : ChemistryCafe+Lab



Sekian sahaja dari syima. Kalau ada salah dan silap. harap di maafkan :)





Tuesday, November 10, 2015

4 Makanan Cantikkan Kulit

Assalamualaikum

Nak kulit cantik, tapi tiada duit nak pergi kedai kulit sebab mahal. Nak beli produk tapi takut side effect. So, guna la apa yang Allah kurniakan pada kita. Apa itu eh??

Haaa.. mai syima nak story kit ada 5 makanan yang cantikkan kulit

1. Almonds a.k.a biji badam


Biji badam kaya dengan vitamin E dan tinggi protein. Biji badam juga mengandungi tinggi 
antioxidants, fiber, vitamin dan mineral yang juga membantu dalam penyakit kardiovaskular.

# Scrub badan menggunakan biji badam
Ia bagus untuk cerahkan badan kita dengan vitamin semula jadi, malah badan akan rasa tenang.

Bahan-bahan:
  • Biji badan yang telah ditumbuk - separuh cawan
  • Madu - 1 sudu
  • Jus lemon - 2 sudu
Cara-cara:
Ambil separuh cawan biji badam rendam dalam air selama 2-3 jam, kemudian tumbukkan badam tersebut, kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau dengan rata dan siap untuk digunakan untuk scrub badan.

# Scrub Muka
Ia bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan akan menyegarkan muka serta nampakkan muka lagi muda.

Bahan-bahan :
  • Biji badam yang telah ditumbuk
  • Susu segar - 2 sudu
Cara-cara:
Campurkan kedua-dua bahan, kemudian scrubkan pada muka. In Shaa Allah sel kulit mati akan hilang

# Masker biji badam

Sesuai untuk kulit kering dan semua jenis kulit. Ia untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengelakkan jerawat.

Bahan-bahan:
  • Serbuk badam
  • Telur (putih sahaja) - 1 biji
  • Jus Lemon - 1 sudu
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dengan sebati. Kemudian sapukan pada muka seperti masker. Biarkan selama 20 minit. Akhirnya bilas dengan air sejuk.


2. Coklat Gelap


Syima tahu ramai wanita yang menggemari coklat. Kalau anda nak tahu, coklat juga bagus untuk kesihatan tau.

Ia akan relax kan salur darah kita,dan menurunkan tekanan darah. Malah, coklat gelap juga menggurangkan hormon stress, bermaksud kurangnya kerosakkan collagen pada kulit dan kurangkan kedutan pada wajah.

Malah, coklat gelap mempunyai, Flavanols. Flavanols adalah sejenis flavanoid iaitu metabolisma tumbuhan yang bagus untuk kesihatan dan mempunyai tinggi antioxidant. Flavanols juga melindungi wajah dari kerosakkan akibat sinaran UV. Malah, ia memulihkan hidrasi kulit.


3. Teh Hijau


Ramai orang di Jepun, Korea dan China cantik-cantik kan? Rahsia mereka adalah teh hijau. Dari zaman nenek moyang lagi, mereka dah mengamalkan teh hijau. Malah, jika tetemu datang ke rumah juga, mereka hidangkan dengan air teh hijau. Banyak khasiat air teh hijau yang terkandung di dalamnya. Anda dah bosan asyik minum je, jum cuba cara-cara di bawah.

# Untuk mata
Bagi mata yang ada lingkaran hitam atau selalu orang panggil eyebag. Setelah minum air teh hijau ini. Bag teh itu, jangan dibuang. Ia boleh juga digunakan untuk rawatan bagi lingkaran gelap bawah mata. Letakkan bag teh dalam peti sejuk, kemudian letakkan di bawah mata. Teh hijau mempunyai tannin, yang akan menggurangkan bengkak atau lingkaran hitam di bawah mata.

# Scrub Teh Hijau
  • Serbuk teh hijau
  • Gula kasar
  • Air sedikit sahaja
Gaulkan kesemua bahan dan scrub pada muka. In Shaa Allah muka akan rasa segar dan mencerahkan kulit.


# Masker muka
  • Baking soda
  • Serbuk teh hijau
  • Sedikit madu
Campurkan kesemua bahan dan sapu rata ke seluruh kawasan muka. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air sejuk. Ia akan menyegarkan muka, mencerahkan malah membantu dalam detox pada kulit

 4. Tomato


Tomato kaya dengan antioxidant, vitamin dan mineral. Anda mesti kurang gemar untuk memakannya, tapi anda mahukan khasiatnya. Haaaa.. syima ada petua untuk kegunaan tomato pada kulit.

# Masker muka.

  • Jus tomato (ambil isinya sahaja)
  • Madu - 2 sudu
  • Baking soda - 1 sudu
Campurkan kesemua bahan dan sapukan pada muka sebagai masker. Ia akan menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit.

# Tomato membantu dalam merawat jerawat
  • Jus tomato
  • Sedikit ekstrak jus timun
Campurkan semuanya, dan sapu kesemua kawasan muka. Asid di dalam tomato akan membantu dalam pengawalan minyak di muka terutama di kawasan dahi dan hidung. In Shaa Allah kurangnya jerawat dan kulit berminyak.



Okay sekian sahaja tips dari syima. Andai ada tips yang lain boleh lah share kan diruangan komen. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi :)





Wednesday, November 4, 2015

The Best Roti Canai !! Warisan Ayah 3Q


Assalamualaikum

Hari ini syima nak share story. Hari tu syima pergi food review tau, dekat Selayang. Nama Kedai Warisan Ayah 3Q.


Bersama kakak syima YanieYusuf



Unikkan nama kedai nya. Nama Ayah tu merujuk kepada suami Puan Aqma iaitu owner kedai ni. Manakala, 3Q merujuk nama anak-anaknya iaitu Qistina, Qaisara dan Qusyairy. Sebab tu lah nama Cafe ini Warisan Ayah 3Q.



Hiasan dalaman nya juga penuh dengan keindahan yang asli dan penuh dengan gaya yang tradisional yang memukau pandangan syima untuk melihatnya.


Okaylah sekarang syima nak story pasal makanannya. Serius, makanannya teramatlah sedap, menarik tertarik the bomb lah. Syima suka dengan roti canainya. Disini mempunyai 30 jenis roti canai baq hang. Tudia keluaq dah bahasa Utara haha. Memang roti canai nya terbaik lah !! Bukan sahaja ada roti canai, malah ada pelbagai masakan yang sungguh menyelerakan.

Ini adalah Roti Canai Salad. Roti canai ni dia macam ala-ala kebab but dalam roti canai. Unikkan?? 

Ini pula roti canai Jepun. Dalamnya terdapat keju, telur, planta dan susu pekat manis. Nampak simple je, but rasa dia meletop !! kaw kaw tau. Tak percaya? Mai datang Cafe Warisan Ayah 3Q

Ini pula roti canai Hawaii. Haaa.. nama pun dah gempak kan? Rasanya lagi lah gempak. Serius. Ni favourite syima sebab rasa gabungan mayonies, sosej dan daging di dalamnya memang sebati di dalam mulut





Okay, menu lain pula yang the best pula adalah : 

Ikan Kerapu 3 Rasa
Syima suka rasa yang terdapat di dalamnya. Memang sedap dan menyelerakan.

Ikan Siakap Stim Halia
Haaa.. yang ni pun sedap jugak taw. Ramuan yang dicampur memang menyerap ke dalam ikan dan menambahkan lagi keenakkannya

Ikan Kerapu Phak Phu Nenas
Gabungan ikan dan nenas serta sosnya memang enak dan menarik taw. Tambahan pula makan dengan nasi panas. Memang ternyata enaknnya.

Tom Yam Campur
Tomyam yang terdapat di Warisan Ayah 3Q memang sedap, rasanya semua cukup tambahan pula syima memang penggemar masakan tomyam. Haaa sangat menepati cita rasa syima

Kerabu Ikan Bilis
Gabungan rasa dalam makanan ni serius menaikkan lagi selera syima. Tak terkata la rasanya, anda semua boleh cuba sendiri  betapa enaknya.



Air Kelapa Janda Pulang
Hahaha namanya yang unik menunjukkan rasanya yang unik juga. Air kelapa yang digabungkan dengan gula melaka memang sedap. Sekali gus, melengkapkan juadah yang ada.



Semua harga makanannya sangat berpatutan dan ada juga harga buat para pelajar, kerana cafe ini berdekatan dengan Kolej Komuniti. Malah, disini juga ada menyediakan penghantaran makanan bagi kawasan yang berdekatan dan memudahkan para pelanggan mengisi perut yang kosong itu.


Malah, Cafe Warisan Ayah 3Q juga mempunyai dewan untuk disewa bagi meraikan Hari Lahir atau untuk bermesyuarat. Kemudahan disini juga terdapat Internet, untuk photostate dan juga binding. Ini memudahkan para pelajar untuk menyiapkan tugasan.


Waktu operasi :
8am-12am (Ahad-Jumaat)
Tutup : Sabtu

Cafe Warisan Ayah 3Q beralamat :
B-G-08, P8 Avenue,
Jalan SH 1/1, Selayang Height
Selayang, Selangor

Landmarknya adalah :
Kolej Komuniti Selayang

Atau

Boleh menghubungi :
03-6128 0236 / 013-307 5369 / 013-307 5234

Atau
Follow Instagram ~ ~ ~ @Warisan_Ayah3Q




Licin syima dan adik syima makan. Serius makanan disini enak-enak belaka !



Terima kasih Puan Aqma kerana sudi menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari.

Bergambar bersama blogger KBBA yang sporting serta Puan Aqma yang baik hati

Terima Kasih juga kepada ahli KBBA (Kak Yanie , Kak Qaseh , Kak Nina , Kak Bella , Kak Julia , Abg Sohoque dan Kak Aliah) yang peramah dan sporting sangat hehe.

Syima doakan agar perniagaan Puan Aqma, berjalan dengan lancar, bertambah maju dan maju dengan jayanya dan ditambah kan rezeki. Amin


Terima Kasih kerana sudi membaca :)