Mencari makanan asli thai yang sedap ?
Harga berpatutan ?
Jawapannya adalah di Restoran Rumah Thai
Hari ini syima nak review sikit mengenai Restoran Rumah Thai . Berkesempatan Syima dengan akak-kaka, abang ipar dan adik Syima kami merasai masakan dari Thailand di Restoran Rumah Thai. Apa yang menarik disini?
Restoran Rumah Thai terletak di Taman Melawati yang dahulunya ia beroperasi di Taman Melati. Mungkin orang Taman Melati mesti kenal dengan Restoran Rumah Thai kan. Sangat femes dengan masakan yang sangat sedap berkonsepkan Thailand.Jom tengok menu apa yang kakak Syima order..
Set Menu Superior:
Keropok Ikan
Kerapu 3 Rasa
Tom Yam Songkla
Udang Butter
Ayam Pandan + Sos Thia
Brokoli Cendawan
Nasi putih
Menu tambahan:
Sus Ekor (1 orang)
Kerabu Mangga (1orang)
Terija Syima tengok menunya sangat banyak dan kuantiti pun banyak. Order untuk 4 orang makan tapi kami berlima pun tak larat nak habiskan. Memang sangat banyak dan sedapppp!!!
Kakak Syima ada order menu special iaitu Meung Kham. Meung Kham ini merupakan makanan ala-ala desert yang di makan dengan mencampur semua ramuan dan dibalut dengan daun sirih.
Di Restoran Rumah Thai juga menyediakan kemudahan WIFI Percuma, tempat solat, dan lokasi tempat parking sangat mudah dan banyak. Makan juga semua sedap dan rasa sangat Thailand nya. Tak perlu nak ke Thailand untuk merasa Tomyam Thai hanya boleh ke Restoran Rumah Thai.
SINGBOARD MASIH BELUM DILETAKKAN. TETAPI SANGAT MUDAH UNTUK DICARI. IANYA TERLETAK DISEBELAH DENGAN RESTORAN KL HOUSE STEAK. |
"Good Food, Good price, Good Ambience "
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat:
Alamat :
Restoran Rumah Thai
B-4, G-2, Gaya@Melawati, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati
Kuala Lumpur, Malaysia
Call untuk booking :
Restoran : 03-4162 8207
Ema : 018-278 2460
Waze: AM Bistro, Taman Melawati (Sebelah dengan KL House Of Lamb)
GPS: Lorong Selangor, Taman Melawati
Facebook: Restoran Rumah Thai
Website: http://www.restoranrumahthai.com/
Waktu Operasi :
Isnin-Ahad
11pagi - 11malam
Good readinng your post
ReplyDelete