Assalamualaikum.
Alhamdulillah ada waktu untuk menaip di papan kekunci. Maklum lah busyy dengan posting dekat ward, dengan conference, dengan assignment nya ha.
okay lah, syima nak story kit pengalaman syima pergi Zoo Negara Malaysia. Ini adalah pertama kali dalam hidup, syima jejak kan kaki di zoo negara. Sebelum ni pernah pergi Zoo Taiping dan Farm In The City. Ternyata ini adalah pengalaman yang sangat bernilai dan tak terkira harga nilainya.
Memang best lah dekat zoo negara. ada macam macam jenis haiwan ada, malah sambil kita melihat haiwan, kita dapat belajar mengenai haiwan dan ada perkara yang kita banyak tak tahu mengenai haiwan.
kami adalah keluarga KBBA |
Thank You So much kepada pihak penganjur :D |
Terima kasih pihak penganjur Zoo Negara Malaysia dan Cosmoderm :D |
'
Thank you juga kepada Ju |
Mula-mula kami memasuki kawasan taman rama-rama dan ada serangga yang eksotik. ada bermacam-macam jenis serangga yang tidak pernah dijumpai di Malaysi seperti labah-labah tarantula, lipas yang berada di Africa dan banyak lagi lah. Juga ada pelbagai species rama-rama dan pelbagai warna yang memukau mata untuk melihat
Kemudia kami berarah ke akuarium. disini ada pelbagai jenis species ikan. ada ikan air tawar dan juga ikan air masin malah pelbagai jenis lagi. malah disi ada penguin yang comel-comel hehe
kemudian kami meneruskan langkah ke pertunjukkan. ada pelbagai haiwan yang menarik dalam pertunjukkan ini. serta telatah haiwan yang sentiasa mencuri hati penonton dengan gelak dan tawa.
ketika ini dua ekor burung yang bernama coco dan renggo sedang berlawan bermain bola dan gelung |
burung-burung yang jinak serta mendengar kata |
Dobbie si anjing laut bersama tuannya, sedang bersalaman |
Dobbie yang sedang mendengar arahan tuannya |
syima, kakak dan adik sedang bergambar bersama kuda bernama Hobbit dan seekor ular |
Disini juga mempunyai 6D action adventure. ini sesuai bagi sesiapa yang suka kan cabaran. harganya juga berpatutan taw :D Bagi dewasa warga Malaysia harganya adalah RM10.00 sahaja
Kemudian kami pergi ke muzium madu. haaaaa syima try sendiri rasa madu ni fresh dari sarang taw. ternyata madu asli ini sangat sedap dan sungguh berkhasiat
Akhir sekali ini lah saat yang kami tertunggu-tunggu iaitu melihat panda gergasi bernama Xing Xing dan Liang Liang. kami hanya dapat melihat panda jantan sahaja kerana, panda betina baru sahaja melahirkan anak jadi ia kena kuarantin kan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Tuuu pandanya sedang menyorok hehehe |
HAPPY BIRTHDAY MR PANDA YANG KE 9TH
secara keseluruhannya Zoo Negara Malaysia memang best, anda semua dapat belajar perkara baru dan menimba pengalaman serta memahatkan kenangan yang indah disini :)
sangat enjoy dah best
ReplyDelete